Coretan Terbaru KakakeciK

Sunday, June 10, 2012

Holiday #1: Kejohanan Ragbi MSSM 2012

 

Sudah berakhir pun Kejohanan Ragbi MSSM 2012 yang berlangsung dari 4 Jun 2012 hingga 9 Jun 2012. Negeri Sembilan Negeri Minangkabau Adat Perpatih telah menjadi tuan rumah peringkat kebangsaan, untuk bawah 12 tahun di Padang Sekolah Sains Tuanku Munawir dan bagi bawah 15 dan 18 tahun, Padang Majlis Perbandaran Seremban…

 

Opps kenapa tetiba arini kakakecik update tentang Kejohanan Ragbi MSSM nie plak yer…kakakecik terlibat ke?

 

P1020379

Team Ragbi Perlis…bawah 12 tahun

 

Tak de la…sebenarnya anak saudara kakakecik, Angah atau lebih dikenali dengan IZZUL di kalangan kawan2 dan jurulatih nya telah terpilih untuk mewakili negeri Perlis untuk bawah 12 tahun…so, kakakecik pergi Negeri Sembilan untuk memberi sokongan…EH kakakecik yang tak malu nak ikut family abg kakakecik pegi la sana…(Angah yang mana satu..berdiri no 3 dari kanan)

 

Tapi nasib tak menyebelahi team dorang untuk mara ke akhir..hanya setakat separuh akhir sahaja perjuangan mereka..kalah dengan team tuan rumah Negeri Sembilan…frust jugak la angah..sampaikan tak sembang dengan kami…tak pe la angah..lepas nie tumpu UPSR…bagi dapat result elok..dengar dah ada 3 sekolah yang nak ambil angah masuk..janji angah kena usaha dalam pelajaran pulak okey..noemoemoemo…smile :)

 

Sekitar Kejohanan Ragbi MSSM  2012, bawah 12 tahun 

P1020585

 

P1020580

 

P1020582

 

P1020583

 

P1020584

 

TAHNIAH kepada team Sabah menjadi JUARA RAGBI BAWAH 12 TAHUN…best jugak tengok team Perak main…

Pssst : sakan kakakecik cuti last week…5 hari jugak la…nie baru yang 1st entry..akan menyusul lagi lepas nie

2 comments:

Anonymous said... [Reply]

Perak main cantik.. tapi budak-budak sabah besar dan laju..

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Anonymous

ye betul perak main cantik..pertahanan dia memang mabeles...sukar ditembus pihak lawan..egtkan perak akan jadi juara..