Coretan Terbaru KakakeciK

Sunday, June 24, 2012

Jom Memasak : Kek Karamel versi Tebal

Assalamualaikum dan selamat petang…

Minggu lepas..4 orang sahabat kakakecik telah berusaha menghasilkan kek karamel…alhamdulillah sekurang-kurangnya apa yang kakakecik dapat dari page Dapur KakZue dapat kakakecik kongsikan dengan sahabat2 yang lain…tahniah kepada Mrs Abi, Sunah, Fasihah dan Munet…harap kalian tidak putus asa dan jemu untuk buat kek karamel lepas nie…Ehem ehem Lydia Miza dan Ayu CR bila plak korang berdua nak buat kek karamel nie sahabatku…caiyok caiyok…

Okey…masa selalu la kan..hari Jumaat hari masak untuk kakakecik…kebetulan petang khamis mak kol mintak buat kek karamel untuk jamuan perjumpaan mak dan sahabat2nya dengan Datuk YB..memandangkan susu sejat 1 Malaysia yang kakakecik beli tu ada lagi 2 1/2 tin…boleh la kakakecik buat 2 biji kek karamel yang tebal punya…telur pun masih ada lagi..ngam ngam je telur tu untuk 2biji kek karamel…

Jom kita semak resepi kek karamel versi tebal perasa tiru Sunah…hehehe

DSCN9143

RESEPI : KEK KARAMEL versi Tebal


Bahan-bahan dan cara membuatnya:

GULA HANGUS

2 @ 4 sudu besar gula

**Jadikan gula hangus. Ratakan pada keseluruhan loyang supaya kek tak melekat pada loyang.

BAHAGIAN ATAS (karamel)

1 tin susu cair /susu sejat

80 gram gula kastor

1 sudu teh vanilla

3 biji kuning telur

2 biji telur (ambil semua telur kuning dan putih)

** Kacau sebati dengan perlahan dan ketepikan.

LAPISAN KEK (A)

140 gram tepung gandum

70 gram gula kastor

3 biji kuning telur

135 ml air

1 sudu teh baking powder

45 ml minyak (3-4 sudu)

** Pukul telur kuning, air, minyak dan gula hingga kembang.

** Masukkan tepung yang telah diayak bersama dengan baking powder tadi sedikit demi sedikit.

MERINGUE (B)

6 biji putih telur

70 gram gula kastor

1 sudu teh cream of tar-tar

** Pukul putih telur hingga kembang dan masukkan gula serta cream of tartar. Pukul hingga adunan tidak menitis apabila bekas diterbalikkan.

** Campurkan adunan A dan B. Kacau dengan kaedah kaup balik.

** Kacau sebati, kemudian bahagikan adunan kepada tiga bahagian.

  • Pewarna coklat + perisa coklat
  • Pewarna hijau + perisa pandan
  • Pewarna merah jambu + perisa strawberry

Cara-cara membuat kek karamel:

  1. Tapis karamel ke dalam loyang berisi gula hangus.
  2. Masukkan adunan kek yang telah diwarnakan. Ambil satu senduk adunan hijau pandan, tuang ke atas karamel dalam loyang tadi. Kemudian, ambil satu senduk adunan coklat, tuang ke atas adunan hijau pandan dan ambil satu senduk adunan merah jambu, tuang pula ke atas adunan coklat tadi. Ulang sampai adunan habis.
  3. Panaskan oven selama 10 minit.
  4. Bakar kek dengan kaedah double boiler dan gunakan air panas.
  5. 40 minit pertama gunakan api bawah dan 15 minit lagi, api atas dan bawah pada suhu 180 darjah Celsius.
  6. Apabila kek sudah masak, biarkan ia sejuk sendiri, kemudian keluarkan dari loyang dan terbalikkan (lapisan karamel di atas).
  7. Simpan dalam peti ais sebelum dipotong untuk dihidangkan.

DSCN9137

*****Ita Yuzie de pesan kalau xnak bagi karamel tu lembut sangat letak 2sudu tepung kastad/tepung jagung…kakakecik je yang letak..saja nak cuba terai test…hehehe

Pssst: buat 2 biji ingatkan nak kongsi2 la makan dengan Aima dan adik beradik KBU yang lain…tapi Aima x jadi mai umah…rezeki jiran bawah umah la yang buat kenduri pada hari Jumaat tu…


P/S PENAJA: dah boleh buka tempahan Kek Karamel untuk AidilFitri nampak nya

7 comments:

aDisH.sHidA said... [Reply]

@IBU GEBU

ita, kesimpulan nya shda tak letak pun tepung kastad sebab shda buat 3bj telur kuning 2 bj telur penuh..

lepas nie kot nak cuba wat 6bj telur kuning + tepung kastad kat adunan karamel

Zai Zamree said... [Reply]

nmpk sng...Insyaallah mai mood rajin kdapur leh la buat :)

Sunah Sakura said... [Reply]

semalam buat juga untuk BBQ..letak satu sudu tepung jagung...pun ok...dengan 6 biji kuning telur untuk karamel..saya buat perisa resipi oren coklat..hahaa...terbalik kitaaaaa..

Unknown said... [Reply]

Cantik..tme ksh dgn tips yg diberikan..

Unknown said... [Reply]

Guna loyang saiz apa ye

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Yazelin Hassim loyang saiz 8inci

Unknown said... [Reply]

Tq