Coretan Terbaru KakakeciK

Tuesday, June 21, 2011

Durian oH Durian

Assalamualaikum…..

Durian…Raja Buah…Ramai yang suka makan durian kan…ada jugak yang tak suka makan durian…macam si kurus keding nie tak suka durian…kenapa dia tak suka..terjah la ke sini..tetapi shida boleh dikategorikan hantu durian jugak la…tapi tak la hantu macam si budak pulau tu…dah lama shida teringin nak makan buah durian…dr awal musim di perak dan pulau pinang..dok tunggu pakcu panggil p dusun dia tak dengar apa pun…diam je…ntah2 buah dah habis pe…

Jika selama ini shida boleh pendam je nak makan durian…tetapi semalam shida tak boleh kawal lagi…masa on the way balik umah dah nampak buah durian macam di dusun shida tahun sebelum2 ini..tapi shida tak singgah..teruskan perjalanan sampai ke rumah…tetiba….buka je pintu rumah dah bau duriaaaan…usik si aisya comey tu “ aisya makan doyan erk….tak ajak ateh pun” terus pergi dapur…..demn….doyan bapak gajah besar dok atas meja…siap ada pulut ngan santan lagi….ish nak makan nasi putih berlauk ke nak makan pulut doyan nie….dalam hati makan nasi putih je la…doyan besar nie mesti doyan kahwin..shida memang tak suka durian kahwin….

So…bila dok lepak2 tolong2 mak di dalam bengkel sambil wat decoupage…adik tanya mak…mana durian tadi..mak kata ada je kat dapur belakang…adik pergi dapur…datang semula dengan seulas durian di tangan…masa nie dah bebel dengan dia..busuk la p makan kat dapur la….tanya la mak..durian kahwin ke..mak kata tak…DURIAN KAMPUNG ..HAAAAAAAAAAAAAAAAAH durian kampung ini tak boleh jadi…kena makan nie…mak pun cerita la macam mana dia g kutip(beli)durian tu kat umah sedara ayah…teruja mak tengok durian luruh depan mata…hahhaa…

Shida malam tadi tidur lewat skit sebab nak habiskan novel Coke & Sundae…dalam pukul 12.30 tgh malam mcm tu terasa nak makan durian…tengok yang durian besar atas meja dah xde…aduuus kecewa la jugak…pergi dapur belakang…oppps ada 3 biji lagi..tanya mak buah durian ni untuk majlis esok ke..mak kata tak…utk kita makan2..sedara ayah bagi….shida pun ambil la yang buah besar…2-3x dok nak buka x boleh…tukar ambil buah lain…sekali senang je buka….fuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuh isi pun nampak sedap…terus bawak pergi kat kabinet dapur…makan…sedap…makan lagi..sedap…5 ulas shida makan saja….

cuba bilang biji yang ada yang telah shida makan…

1,2,3,4,5…

yang 1 bahagian tak nampak tu ada 3ulas (simpan utk mak n ayah)

itu makan saja…isssh nasi pulut ada lagi….makan ngan nasi pulut letak santan pun sedap gak….


sedap sangat2 durian ini..shida suka yang macam nie…1 bahagian ada 2 ulas sahaja

tapi shida dah kenyang…makan ngan nasi pulut 2 ulas je…yang lagi 2 ulas makan saja jugak….hahahha…hampir sebiji durian shida makan…tinggal 1 paksa (bahagian) sahaja untuk mak ayah rasa…

bangun pagi tadi terus gtau ayah..”ayah sedap la buah durian yang cheq makan malam td”…ayah kata memang sedap pun…durian D24 ke apa ntah….tak kisah la D24 ke D99 ke janji shida dah PUAS….(time kejadian..semua orang kat rumah dah tido..tinggal shida sorang2 je tak tido lagi)

pssst : kerana durian nie jugak la rasa nyer shida rasa biul pening sakit tekak perit je nie….uwaaaaaa

23 comments:

HIZLLE.4411 said... [Reply]

semalam baru makan durian..huhu..tp lau dapat yg musang king...lagi sedap..:)

zahidahmy said... [Reply]

semalam dapat makan durian nie..lau dapat yg musang king lagi best..huhu

aDisH.sHidA said... [Reply]

@♥zahidahmy♥ musang king mcm mana erk...aiik orang yang sama ke dengan pengomen di atas tu (hizlle)

Sunah Sakura said... [Reply]

errr... kenapa saya macam sama ngan si kurus kering tu? :p

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Sunah Sakura uiiit adikecik pun xsuka doyan jugak erk....alahai rugi la dik

kaka said... [Reply]

huarrrrghhh..lamanya kaka xmakan durian..nak jugak nak jugak...please bagi sikit...hihi :p

fazaira said... [Reply]

alahaii sedapnyer doyan.....

sy paling suka mkn ngan pulut, fuuhhhhh!

dulu sy ni hantu doyan tp skang ni tak lagik sebb penah dulu dok umah kawan dan dia ade 4 batang pokok yg buahnye lebat, tahun tu pokok doyan dia memang menjadi so buah bile dah kumpul dah jadik mcm bukit la... makan sampai tak demam, sejak tu dah takot nk makan lebih2....

Hafizah Mohamad said... [Reply]

musim durian kali ni kak fiza dapat makan durian pree jer x yah beli....tokey kebun durian selalu hantar...he he he ...save bajet...

Lydia Miza said... [Reply]

durian kampung ke?cantiknyer isi..kuning dan tebal

Nasz said... [Reply]

best2..huhu..

MOHD NASER.com

Farhana Jafri said... [Reply]

perghhh durian sedap tu.. dh lme dh xmkan.. waaa~~ jeles2!!

jemput singgah ANASAURUS :)

Cik Pulau said... [Reply]

dah makan ritu masa adik balik cuti..
tapi tak puas,,
tiba2 teringin nak suruh ayah carik durian..
lalala~

kalau ayah tanya..
cakap akak yang buat sy terliur nak makan.. hehehe..^^,

halila Ibrahim said... [Reply]

durian memang la sedap tapi pas tu sakit tekak n batuk la..

Mama Safiyyah said... [Reply]

ish ish ish........tinggal sikit je untuk mak ngan ayah.....teruk betullah makcik ni!!!!

aDisH.sHidA said... [Reply]

@kakaalo lo kecian nya kat kaka...ok ok kaka amik la yang ada 3 ulas lagi tu erk :)

aDisH.sHidA said... [Reply]

@zaidizain doyan memang sedaaaaaap sangat2...shida suka makan saja or dengan pulut letak santan je..lain2 tak mau.....

shida pun dah sakit perit je tekak nie..huhu

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Hafizah Mohamad syok la kalau mcm tu kak fiza..mai anta kat shida skit

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Lydia Miza(Aidyl Azim) a'a doyan kampung nie miza...sedap sangat2...isi nya tak tebal mana...memang sedap la

aDisH.sHidA said... [Reply]

@NasZtau tak pe nasz....kemaruk nak makan doyan dah lama

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Farhana Jafri cepat g cari....skrg banyak org jual..musim dia nie

aDisH.sHidA said... [Reply]

@cik pulau kojam nyer kamu....akak plak dipersalahkan...xpe pemes skit akak kan di pulau tu...hehehe

aDisH.sHidA said... [Reply]

@halila Ibrahim tengah alami nie perit sangat2 tekak nie

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Mama Safiyyah cik yeen....ada lagi buah lain..buah ini je shda tgl 3 ulas..kira ok la shida simpan gak..kalau x x merasa plak depa buah yang sedap nie