Coretan Terbaru KakakeciK

Sunday, April 22, 2012

Persiapan Terakhir Ke Morocco

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

 

Sepanjang minggu lepas kami sekeluarga (espc. myMum) sibuk dengan persiapan ke Morocco…dan semalam adalah hari terakhir untuk semua selesaikan kerja-kerja yang perlu untuk memudahkan segala urusan penghantaran ke Morocco..sampaikan adik yang masih dalam perjalanan balik ke rumah dari Ipoh pun mak awal-awal lagi dah pesam.. “adik esok kena bangun awal tau” tapi tadi kakakecik kuar dari umah pun dia masih belum bangun…

 

Memang kami tido agak lewat malam tadi…dengan harapan nak selesaikan semua tetapi masih ada yang belum mencukupi…kakakecik buat sorang-sorang..sambil layan Menara Cinta dan perlawanan bola antara Kedah vs Kelantan malam tadi…pagi nie awal-awal lagi mak, ayah dan Kak Hah siapkan apa yang perlu..tu belum lagi Kak Mah..jiran datang tolong jugak…

 

Erm…korang mesti terkejut kan..tup tup tak ada angin yang khabar kan..tetiba kami semua nak g Morocco…ada sapa nak pesan ole-ole tak…opps sori kakakecik tak terima pesanan anda semua ye…sebab yang pergi nya bukan kakakecik sekeluarga…

 

Tetapi…

 

Habis tu sapa yang pergi sampaikan kami sekeluarga kelam kabut semacam je….issssssh buat kecoh je kakakecik nie…

 

Erm…janji jangan marah ye….puji tak pe…kalau nak tempah lagi lagi la di alu2kan

 

Untuk pengetahuan semua…mak kakakecik antara pengusaha produk bunga daun getah di bawah bimbingan RISDA yang telah dipilih untuk membekal bunga bagi tujuan promosi di Morocco…mak kakakecik buat 3 jenis bunga saja… Warna biru nie memang dah ditetapkan oleh pihak pengurusan RISDA…setiap negeri ada warna sendiri…YANG PERGI MOROCCO HANYA LA BUNGA DAUN GETAH

1. Bunga Ros Gulung (Mini)

DSCN8661

 

2. Bunga Ros Bude (Ros Kudup)

DSCN8669 

3. Hevea Rose…(yang nie sejibik mcm bunga ros kelopak dia)

DSCN8657

DSCN8655 Sebahagian Hevea Rose yang akan berlepas ke Morocco….paling ramai yang suka bunga pattern nie..

 

Siapakah tulang belakang dalam menghasilkan bunga-bunga nie…jom kakakecik kenalkan mereka semua…

 

DSCN8664Mak…semestinya la mak orang yang paling penting dalam hasilkan bunga-bunga nie semua…mak buat semua nie…agak2 apa yang myMum buat tu…sebenarnya mak sedang memilih kepingan daun-daun getah yang telah diproses untuk dijadikan daun bunga…last minit daun untuk dipasang pasang bunga tak cukup..terpaksa la memilih daun yang sesuai dengan saiz yang ditetapkan

 

DSCN8670 Kak Solhah…pembantu mak yang setia..siang malam la dia kena datang buat kerja-kerja terakhir nie…esok dah nak hantar ke KL…

 

DSCN8662 Jangan tak percaya…ayah pun dah tunjuk skill yang selama nie disimpan..selama mak buat bunga daun getah hampir 10 tahun, ayah tak pernah tolong mak buat kerja-kerja asas mcm nie..ayah lebih kepada kerja-kerja lain..caya la ayah…hehehehe

 

DSCN8653Keadaan bengkel myMum yang penuh dengan bunga…ntah2 sekarang nie tengah penuh dengan kotak2 yang telah di isi bunga siap

 

DSCN8660

Kakakecik macam dah jatuh cinta dengan Hevea Rose nie…eh warna dia..bunga mmg dah lama berkenan…warna nie mcm menarik..kalau wat bunga bekas hantaran pun lawa nie…#maknantikalaucheqtunangnakcolornielehdak (mood gatai)

 

pssst : kalau sapa2 berkenan nak tempah ke apa ctc la kakakecik yer…kalau nak tengok bunga2 lain yang myMum hasilkan sila ke SINI

20 comments:

Sunah Sakura said... [Reply]

jangan lupa sponsor satu hantaran nanti kayyyy....

Kira Sakura said... [Reply]

semoga selamat bunga tue smpi nanti..

*nk sakura :p

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said... [Reply]

adus ingtkan kamu yg pergi rupa2nya..bunga ye...

wahhh...cantek2 belaka la dik...nanti kakD nak tempah la....i loike...

shida anwar said... [Reply]

nak kembor,kalau ai nak beli 3 kuntum juai dak?

Unknown said... [Reply]

Bunge je? Hahaha kejam la akk ni

ttpu

Woofer Storm said... [Reply]

buat suspen je..ingat baru je nak ikut sekaki^^

#apapun cool la bunga tu..nak satu^^

Mat Gebu said... [Reply]

Cantikkknyaaa rose kaler biru.... ^___^...tahniah jugaa...

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Sunah Sakura
1 hantaran tu bermaksud 1 set hantaran ke..cmne hehehe..

insyaAllah

aDisH.sHidA said... [Reply]

@kiera'sakura

amiin..harap2 dorang dr sana akan beterusan wat tempahan

sakura...hehehe buat sendiri

aDisH.sHidA said... [Reply]

@LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™

hehe..KakD bunga je pegi dulu..tuan tatau la bila dapat pegi...

ok kalau nak tempah habaq la ye...kita kira harga cmne

aDisH.sHidA said... [Reply]

@shida anwar

juai eh..tp mcm x padan lak nak anta 3 kuntum je hehehee

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Iffah Afeefah

hahaha..kecian iffah erk...bunga je pegi...

pun boleh kan

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Woofer Storm

kalau nak ikut boleh..duduk dlm kotak tu mau x..hehee..sanggup e

#Eh satu je cukup ke...

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Mat Gebu

tau xpe jatuh cinta gak cheq tengok rose biru nie...masa pihak risda suruh buh color biru..kami semua mcm terkejut..biar betul..rupa2nya cantik

Elly Jade said... [Reply]

cantiknyaaaaaaaa
kalau color pink mau sy pemsan
hehe

Cik Ros said... [Reply]

semoga bunga-bunga ni selamat sampai ke Morocco.

shida anwar said... [Reply]

3 kuntum maksud ai lebiu..
ok lah tu..
serius memang suka ros biru dr ros merah...
terbeliak gak biji mata tgk bung ni..
kalau framekan mesti cantik..

Misz-ella said... [Reply]

rose biru? wahhh .. idaman kalbu. dgn muka tak malunya KC nak mintak satu. hehehe.

izyantyPersonalTaste said... [Reply]

sangat cantik...teringin nak belajar gak

ellynadyra said... [Reply]

sgt cantik bunga biru tu, aku terus jatuh cinta