Coretan Terbaru KakakeciK

Tuesday, March 5, 2013

Citarasa Tak Sama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Balik kerja tadi sampai rumah dalam pukul 7..terus cari bahan2 nak buat donut…ok dah ada semua…kakakecik guna resepi yang sebelum nie…1kg tepung tu..tapi untuk kali nie kakakecik lebih kan sedikit air…sebab teringat mak suka donut yang lembut..apa salah nya kakakecik mencuba kan…uli..oh tidak…tak sanggup nak uli 1 kg tepung tu..macam sebelum nie jugak bagi mixer yang uli…

 

 

Rehat kan 1jam doh…..elok nak cukup sejam mak bagitau dah nak melimpah pun…relax la mak..kakakecik tetap tunggu 1 jam…sekali tengok alamak lembut nie..macam x best je nak buat…tapi tetap canai dan terap..time buat tu memang perasaan tak de la excited sangat sebab lembut adunan tu…mesti tak akan cantik bentuk donut nie nanti..huhuhu…

 

Memang betul pun…huduh nak habaq mai…tapi x semua la yang huduh nya..tak kisah huduh ke apa janji mak suka…

 

DSCN2782

 

Tapi itu la..mak suka donut yang lembut macam nie..kakakecik pulak lebih suka yang biasa2 tu…xde lembut sangat…dah alang2 buat doh donut mesti la buat burger malaysia kan…so esok kita bekal ini je la pegi keja…lembut2 pun kakakecik dah makan sebiji setengah donut dan 2 biji pau sambal aka burger malaysia tu

5 comments:

ros_reeza said... [Reply]

burger malaysia, sedap... Ros pun suka.. letak sambal, timun.. kalau yang kecik kecik, lagi best..

ros_reeza said... [Reply]

burger malaysia, sedap... Ros pun suka.. letak sambal, timun.. kalau yang kecik kecik, lagi best..

kiera'sakura said... [Reply]

yang lembut la sedap makan kak. kira tak suka yg keras huuu

aDisH.sHidA said... [Reply]

@ros_reeza akak pun suka suka snagat sangat sangat.puas hati buat sendiri

aDisH.sHidA said... [Reply]

@kiera'sakura bukan la keras sgt yunk..tp yg lembut nie buat pau sambal sedap