Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Jumaat, Sabtu, Ahad…3 hari kakakecik cuti last week..Ahad tu sepatutnya dah kerja..tetapi bila adik beradik ahli keluarga balik semua berkumpul kat umah, terpaksa la cuti sendiri..Ingat Aisya je ke boleh cuti sendiri tak mau p sekolah..Ateh pun sama x pergi kerja cuti sebab adik beradik balik umah....ikut perangai Aisya la nie..hehehe..
Kebetulan sama Ahad tu jiran sebelah rumah tempah kek karamel pandan choco berry. So, pagi tu pukul 8.00 dah start buat. Sementara tunggu kek dibakar..Sarapan la pau sambal yang ada lagi 3biji tu. Satu untuk Ateh, Satu untuk Achik, Satu untuk T-ah..Mana puas makan sorang sebiji kan…Di kala nie la adik ilah mempengaruhi kakakecik kata tak payah pegi kerja arini..dorang suruh kakakecik buat donut..Aik..mana boleh cuti..Kak Munirah lak bubuh api…alahai sehari je pun..yang sebelum nie cuti banyak hari boleh je..Okey, kalu kak xp kedai..ang kena bayar ganti rugi kat kak la ye dik ilah. Tu dah de orang tempah kek..ok la tu…Huahauahauahuahua..bijak sungguh ibu Sorfina tu ye.
Walau apa pun kakakecik tunggu kek siap bakar semua, pergi jugak kerja sebab da sebutharga tutup pada pukul 12.00 tghri..pergi kerja tak sampai 2 jam pun..pastu balik la umah..terbalik kan kek karamel dan menguli donut…Time buat donut nie kak Munirah dok tanya la itu ini apa yang kena letak dalam adunan doh donut tu..
Time dok uli nie dok rasa pelik je dengan adunan doh tu…tapi rasa nya semua dah letak nie..Biarkan doh sejam. Dah cukup sejam..tumbuk2 dan uli semula doh..Rasa doh nie keras je..padahal air dah letak lebih…Opppppppppppps..baru teringat terlupa letak minyak..Terus bagitau mak dan lain-lain. Dik Ilah dah bebel, sebab dia kata selalu kalau buat untuk dia mesti ada je terlupa tersilap. Mak, camne nie..letak je la ye minyak kita uli sekali lagi. Bila letak minyak doh dah macam roti canai. Minyak x serap dalam doh..Tak pe mak, kalau x jadi donut kita leper2 buat roti arab cicah gulai ayam tu..
Yakin kan diri pergi mixer doh tu…agak dah sebati antara minyak dengan doh, kakakecik tak rehatkan doh itu semula tapi terus canai dan terap. Biar dalam 5-10 minit sementara tunggu goreng, Alhamdulillah menjadi jugak donut tu…Senyum je la dapat juga bagi ahli keluarga makan. Kakakecik frozen kan jugak donut dan pau sambal tu untuk Dik Ilah dan Kak Niroh bawak balik umah depa..
p/s : Resepi untuk donut yang hampir tak menjadi tu boleh ke SINI # Bila Di Kampung: DONUT
pssst: kekonon Dik Ilah bawak balik donut dan pau frozen tu untuk sarapan pagi dan bekalkan untuk Adik bawak balik kampus..tapi tak de pun adik kata..
10 comments:
selamat jadik..huhu
nangis kalu tak jadik, hehe
akak cuti bebila pun takpe takde org kacau heeee
Syabass Datinnn...xperimen yang menjadi!!!...
@Lydia Miza tu le..nasib baik menjadi kalau tak ntah ke mana doh tu
@Seri Kandi Tanah Jauhar uwaaaaaaaaaa tahu je kan akak...
@kiera'sakura ada juga yg kacau..MYCUSTOMER la yang kacau nya hehee
@Mat Gebu terima kasih CMG..alhamdulillah syukur jadi kalau x rugi 1kg tepung dan masa 1 jam menunggu doh
bila nak try kek karamel achik shida niiiiii
@Mama Safiyyah nak try makan ke nak try buat mama yeen hehehe
Post a Comment