Coretan Terbaru KakakeciK

Wednesday, June 22, 2011

Laksa oH Laksa : Makan Bersuap

Assalamualaikum…..

Laksa Penang, Laksa Kuala Perlis, Laksa Teluk Kechai, Laksa Johor, Laksa Sarawak, Laksa Kelantan, Laksa Sayong(Perak)…Laksa yang mana menjadi pujaan hati kalian semua….bagi shida laksa buatan sendiri…eh eh bukan laksa tu shida wat sendiri..kuah nya sahaja shida buat sendiri…

Malam td shida buat kuah laksa…ini semua angkara ikan yang mak beli kat orang datang jual kat kampung tak manis…x sedap utk di masak buat lauk…so shida buat la kuah laksa…plan nak wat kuah belacan (asam pedas)…bila mintak tolong mak ambil daun kesum mak suruh buat kuah lemak (lebih kurang macam kuah laksa johor)…family shida lebih prefer kepada kuah lemak…shida makan 2-2 tak kisah janji buat sendiri kuah tu…macam malam td makan campur 2-2 kuah dalam 1 bekas…

laksa ini laksa yang shida makan malam td yang membuatkan ramai kawan2 blogger kita tak puas hati..ada yang mintak pos lagi…

atiq dan qaseh dah dapat kan laksa masing2 di wall

Erm…telan air liur eh tengok…memandangkan pucuk janggus tak berani g ambil…shida letak daun salad, timun dan bawang besar sahaja…maaf telur rebus x de sebab x bape suka sgt, cabai melaka (cili padi) dan asam limau pun shida tak letak sebab shida tak makan benda alah tu….

Seronok sangat2 malam tadi makan bersuap dengan Aiman dan Aisya…gembira hati Ateh depa tengok depa makan sungguh laksa yang mak menakan depa buat…siap bertambah….

 

pssst : ada yang suruh up resepi…alahai shida tak de sukatan la sebab main campak2 je…sori yer elly

8 comments:

forever love said... [Reply]

ahhhh!!. nk jugak... nty turun KL.. bawak taw

Hafizah Mohamad said... [Reply]

sedapnyer shida...kak fiza pun hari ni buat laksa juga...he he he... laksa bogel x dak daun2...sedap nampak kuah laksa shida.pekat...=)

Along Usop said... [Reply]

demmmmmmmmmmm..........



laparr..

Isteri Encek Bard said... [Reply]

Sedapnyer

Muslimah Optimis said... [Reply]

feveret cheq memang laksa.. hihihi

Akulah Pak Lan said... [Reply]

Baru plan nak meniaga laksa kat KL ni

tomato said... [Reply]

oke lapiaqqqqqqqqq T_T

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said... [Reply]

main campak2 ja??

memang terer la kak shida ni hehe