Coretan Terbaru KakakeciK

Monday, September 24, 2012

Jom Memasak : Begedil Ayam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Begedil…tak kisah la ayam mahupun daging…kalau di umah kakakecik sekotak kentang dibuat begedil pun boleh habis..kira nya kami 1 family memang Hantu Begedil..kakakecik Hantu Kentang…dah lama tak buat begedil..last buat pun seminggu sebelum raya masa bulan posa aritu…ala yang kakakecik buat Soto tu…pastu raya tahun nie xde wat soto untuk makan2…ingatkan nak buat la Soto sabtu lepas ari buat lontong..tapi tak mampu dah kudrat nie..so, just buat begedil untuk makan-makan gitu..derhaka skit makan dengan lontong…

DSCN9746

Buat begedil nie mudah je…jom kita tengok camne kakakecik buat begedil ayam.

Bahan-bahan:

  • 500 gm kentang
  • 200 gm daging ayam (rebus dan kisar)
  • 3 ulas bawang putih (**)
  • 1 biji bawang besar (**)
  • 1 sudu kecil lada hitam (**)
  • 1 kuntum bunga cengkih (**)
  • 1 batang daun sup - di potong halus
  • 1 biji cili besar –dipotong halus
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng


Cara penyediaan:

  1. Kupas kulit kentang, bersihkan dan potong memanjang seperti wedges. Goreng sehingga masak, angkat dan toskan. Tumbuk/ lenyek kentang semasa masih panas sehingga hancur. Ketepikan
  2. Kisar bahan-bahan bertanda (**) iaitu bawang putih, bawang merah, lada hitam dan bunga cengkih dikisar halus (guna pengisar kering).
  3. Satukan kentang, daging ayam kisar, bahan kisar, cili besar, daun sup, dan garam secukup rasa. Gaul rata.DSCN9728
  4. Ambil sedikit adunan, kepal-kepalkan menjadi bulat dan leperkan sedikit. Buat sehingga habis.
  5. Dalam bekas lain,pecahkan telur dan kocak2kan. Celupkan setiap ketulan begedil tadi dengan telur terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak sehingga berwarna keemas-emasan.
  6. Guna api sederhana je. Bila dah masak, angkat & toskan.

Sedia untuk di makan bersama soto atau di makan begitu saja.Selamat mencuba.

 

Kakakecik ada tengok Chef Sherson Lian 5 Rencah 5 Rasa buat begedil dia taruk telur kuning dlm kentang dan goreng menggunakan telur putih sahaja..kebetulan ada jiran orang indon dia gtau dia pun wat mcm tu..ingat dihati memang nak wat cara chef tu tapi mak tak bagi…grrrrrrrrrrr…next time kakakecik akan wat mcm tu…tak salah kan kita mencuba..mana tau cara itu lebih sedap..

 

pssst : raya haji nie kena buat soto la..dah teringin sangat makan soto ni.

5 comments:

Unknown said... [Reply]

heee da terliur da ni kak

waaa

CikSpek said... [Reply]

sy pun hantu begedil jugak! klu sy buat suka buat kecik2 comey2.

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Iffah Afeefah sila buat weekend ni cik ipah

aDisH.sHidA said... [Reply]

@CikSpek selalu wat kecik2 comey je...kali nie saja nak terai wat leper2 mcm nie...kelainan skit

Kira Sakura said... [Reply]

wahhhh raya haji ye kak? wahhh wahhh *ehem