Coretan Terbaru KakakeciK

Sunday, September 23, 2012

Jom Memasak : Lontong..Orang Kedah

Assalamualaikum dan Selamat Petang,

 

Setelah berminggu-minggu ambil resepi Lontong daripada Dapur Tanpa Sempadan..hasil air tangan CMG, akhirnya semalam..Sabtu 22 Sept 2012 kakakecik berjaya buat seperiuk lontong untuk makan-makan family….opps abg on, abang kakakecik no 2 dia kata xde rasa apa2 pun lontong..maksud nya dia xde feel sangat dengan lontong tu..yang dia dok pulun makan sambal bilis je..sabar je la..

 DSCN9731

Terima kasih jugak kepada Lydia Miza, Ayu Citarasa Rinduan, Cikgu Areef Naim atas komen korang tentang teknik, petua untuk membuat lontong nie..Alhamdulillah menjadi la bagi kakakecik tatau la kena tak dengan selera orang Johor kan..

DSCN9727

Ini la hasilnya..seperiuk kuah lodeh untuk lontong..makan sampai puas dan kenyang…tak makan nasi tengahari kot..asyik berulang makan lontong je..

Jom semak resepi Lontong Orang Kedah..

Bahan-bahan (Kuah Lodeh) :

  • 1/4 biji kobis bulat, hiris cuci dan toskan
  • 3 batang lobak merah, hiris ikut suka (konpius time nie, so buat bunga2 la)
  • 1 biji kentang (dipotong sederhana dadu)
  • 1 biji sengkuang saiz kecil hiris jejari
  • 8 tangkai kacang panjang, hiris serong
  • 1/4 bunga kobis, hiris cuci dan toskan
  • 3 keping tauhu (goreng dan didadu kan)
  • 1 cekak soo hoon, potong dan rendam hingga lembut
  • 30 gram fucuk @ tauhu kering, potong kecil dan rendam
  • 500gm udang fresh
  • 1 batang serai, dititik
  • 400 ml pati santan
  • Santan cair secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar Halus :

  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci kunyit
  • 1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan

Bahan Lain :

  • Nasi impit secukupnya
  • Sambal tumis
  • Begedil (versi orang Kedah makan lontong)

Cara Membuatnya :

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis serai dan bahan kisar hingga harum dan pecah minyak.
  2. Tuang santan cair dan masukkan lobak merah dan ubi kentang, Kacau dan masak hingga lobak dan kentang sedikit lembut. Tambah bahan2 lain termasuk udang, kacau rata, dan biar masak sekejap.
  3. Masukkan sengkuang dan tauhu kering.
  4. Tuang santan pekat, tambah garam secukup rasa.
  5. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api sederhana. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. (jangan sampai ia pecah minyak)
  6. UNTUK LONTONG :- Letak nasi impit secukupnya dalam mangkuk sesuai, tuang kuah lodeh secukupnya bersama isi2nya. Letak 1/2 bahagian telur rebus, tambah juga sambal tumis @ sambal kacang dan serunding. (Kakakecik just letak sambal bilis dan begedil)

** JANGAN LUPA LETAK TEMPE YE…kakakecik tak makan tempe so tak letak la..heheh

Selamat Mencuba

DSCN9738

Amacam orang-orang Johor dan Jawa…lulus tak cheq orang Kedah yang xde darah Jawa nie buat lontong….begedil tu untuk extra mark..hehehe

 

psssst : rupa2nya ramai sedara kakakecik tak biasa makan lontong dan x kenal apa itu lontong…kecian kan

4 comments:

Citarasa Rinduan said... [Reply]

tahniahhhh. terro lahhh

missina said... [Reply]

ada member bg tau letak gk skit lengkuas ngan halia...ketuk pun tkpe,,tkyah blender,,,sy pun blajaq mkn ni ms keje kt melaka ni,,;)

kiera'sakura said... [Reply]

org org kedah mmg xmkn lontong ke kak? kira ingtkan ye sbb makcik org kedah. dari dia la kira jadi suka lontong huuu

Mat Gebu said... [Reply]

Bijakkknyaaa Datinnn....lulus sangat!!