Coretan Terbaru KakakeciK

Thursday, September 13, 2012

Jom Memasak : Meggi Ganja

Assalamualaikum…Selamat Petang,

 

Hujan-hujan petang hari nie terasa lapar plak kan (gluuuuuuuuuurp kamu tu puasa la kakakecik) oppps, nie untuk yang tak puasa la..hehhe…jangan terkejut ye tengok tajuk di atas..MEGGI GANJA, jangan nilai sesuatu tu dari segi nama, luaran nya sahaja..kakakecik pun tatau kenapa ia dinamakan Meggi Ganja…kakakecik pun dapat resepi nie dari Noni dan Yun 2-3 tahun lepas, masa gathering Ym kat Sg Tekala…

 

Sebenarnya dah seminggu kakakecik buat megi nie..buat khamis lepas sebagai menu berbuka..namun disebabkan kekangan masa, tak sempat nak hapdate..lagipun simple je kot nak buat megi nie…tapi kakakecik nak jugak share..mana tau boleh bg idea untuk orang lain masak lak kan…Menu yang ringkas, mudah dan senang disediakan..

DSCN9589

Resepi : Meggi Ganja

Bahan-bahan (Anggaran bagi 2 pek Meggi)

  • Meggi – rendam dengan air panas, biar kembang dan toskan
  • 1 Sudu Lada Hitam – ditumbuk halus
  • 2-3 Sudu Sos Tiram
  • Bawang Putih –Potong Dadu
  • Bawang Besar – Potong Dadu
  • 5-6 Biji Cili Padi- terpulang nak ketuk2 ke, potong ke (kakakecik ketuk2 dan potong 3)
  • 2-3 Batang Sosej – Potong Sederhana Nipis
  • Isi Ayam, Udang
  • Sayur-sayuran : Carrot, Sawi, Tomato
  • Minyak untuk menumis
  • Air, Garam secukupnya
  • Telur Dadar untuk hiasan

Cara-caranya (mudah sahaja)

  1. Tumis bawang putih dan bawang besar..tak perlu garing just layu2 je.
  2. Masukkan sedikit air, sos tiram, lada hitam dan garam secukup rasa…biar mendidih
  3. Seterusnya masukkan isi ayam, udang, sosej dan cili padi. Agak isi ayam dah empuk masuk kan sayuran dan megi..Kacau hingga sebati.
  4. Akhir sekali, taburkan telur dadar dan siap untuk di makan..

Selamat Mencuba

 

pssst : macam menu megi lagi je untuk berbuka harini…

4 comments:

Anonymous said... [Reply]

kenapa namanya ganja??? boleh ketagih ke?? ahahahaha

Saleha said... [Reply]

mungkin nama ganja kot lepas makan megini kepala jdi terawang2ann kot

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Syakir Rahman tatau la jugak..myb sebab tu jugak kot...hehee

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Saleha

nak kata kepala akan terawang2an x jugak..tp akan rasa nak lagi nak lagi..makan xpuas mcm tu