Coretan Terbaru KakakeciK

Wednesday, December 19, 2012

Belajar Jadi Seorang Isteri Berkerjaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ini sembilan belas haribulan dua belas…genap 1 minggu mak tiada di rumah…sepanjang 1 minggu nie jugak la diri ini seolah2 menjadi seorang isteri yang berkerjaya..erm, kenapa plak bila mak tak ada kat umah baru merasai semua tu….

DSCN0191

Ye la…pepagi sebelum datang keje…kakakecik masak untuk ayah..walaupun sebelum nie memang kakakecik setiap hari masak untuk bekal kakakecik sendiri..itu lain sebab utk diri sendiri masak je ikut tekak kita dan simple2 pun dah okey..tetapi ini untuk ayah..sebaik2nya kakakecik nak masak makanan berkuah walaupun 1 jenis berkuah pun tak apa…gulai udang+timun dah buat jumaat sebelum ke ipoh, gulai ayam+kentang buat ari ahad..isnin semalam kubis masak lemak dan ikan rebus goreng…untuk hari ini kakakecik buat ikan siakap stim dan sweet sour ikan siakap…ikan seekor potong 2…masak 2 jenis…dan ari ni jugak kakakecik masak nasi dalam periuk biasa…guna dapur gas..kalau hari hari sebelum ni kakakecik tanak nasik dalam periuk elektrik dengan sukatan 2 cup selalu tak habis..membazir..so arini tak nak lagi bazir…masak je dlm periuk comey…tp rasa macam tak cukup lak..sori ye ayah kalau tetiba ayah berselera dengan menu arini..nasi lak habis…

 

Malam, selepas maghrib ketung ketang kat dapur lagi…masak apa yang patut untuk dinner…nasi goreng, megi kuah xpun panas je lauk tengahari…hehee..sementara nak tido tu basuh baju..guna washer machine je…tp bukan auto punya..so kena la kejap2 pegi kat mesin tu, kakakecik bukan la basuh setiap ari..alahai kami berdua je…3 hari sekali basuh la…esok pagi sidai…lipat kain pun waktu mana lak…waktu malam tu jugak la…sambil tngok tv kan…memang terasa la jugak penat nya…bila mak tak ada kat umah…

 

Begini la gamaknya rutin seorang isteri berkerjaya…sekurang2 nya kakakecik dapat belajar dan senang la menyesuaikan diri kalau dah kahwin nie nanti..hehehe

 

p/s: seminggu lagi mak akan balik

psssst:setiap malam pikirkan menu apa nak masak untuk ayah..esok plan nak buat singgang udang dan ayam goreng tepung /ayam bakar je untuk ayah

10 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply]

ni kira testing! testing! lah Kakakecik, dah bolehlah ni, hehehe

hnahdy said... [Reply]

hana xpernah masak memasak ni.. agaknya tunggu hana duduk keseorangan baru tergerak nak masak kot

MR & MRS MAKMUM said... [Reply]

chaiyok kak

Yan Ty said... [Reply]

Bila duk sorang pandai nak usaha tgo resepi tapi bila mummy Ty ada je terus baloq liat.

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Seri Kandi Tanah Jauhar secara kebetulan akak...hehe..boleh la untuk family makan...

aDisH.sHidA said... [Reply]

@hnahdy kena belajar nanti mudah bila dah dok asing...la belajar dengan mak

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Yan Ty hehehe..biasa la kan nak makan air tangan mak je...mcm shda bekal mmg masak sendiri..nanti balik makan je yg mak masak

Sunah Sakura said... [Reply]

hehe..bila duk menyewa umah dengan kengkawan macam saya skang ni pun da kena belajar jadi isteri bekerjaya kak...sebab gi lab pun office hour kan...balik umah petang memang terus ke dapur...takleh nak rehat la, sebab kita kesian kat orang lain yang penat balik keja kang, lapar takde makanan...lagi2 kalo balik umah, tengok diorang semua terbongkang...kalo saya pun terbongkang sekali, sape nak masak? hurmmm..

Iffah Afeefah said... [Reply]

mmg mk tkde payah skit kan

rindu kan mak mse ni

kiera'sakura said... [Reply]

klu selain kita nak makan mesti klu blh xnk masak yg sama kt umah kan.. hihihi..

psssttt lagi satu klu dah bersuami dan berkerjaya kena curik2 masa tuk layan suami dan buat semua keja tue lagi hihihi :p