Coretan Terbaru KakakeciK

Wednesday, December 26, 2012

Awesome Day : Kosongkan Duit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Cerita hampir basi tetap nak dikongsi bersama sebagai kenang-kenangan kakakecik bersama Aima dan DekNasz..Plan awal kami nak ke Pulau Aman, Pulau Pinang…tetapi apabila hampir dengan tarikh nak pergi tetiba Aima tanya..Pulau Aman tu ada apa? Alamak kat situ just ada perkampungan nelayan..mee udang dia yang pemes…tak de apa sangat..nak relax2 tu boleh la…sekali Aima cadangkan ke Perlis…sebab dia tak pernah lagi ke Perlis..kalau ke Perlis mesti la ke Padang Besar kan…banyak la ongkos keluar nak je beli itu ini…memang kosongkan duit la aritu…memang betul pun..RM200++ jugak la habis 4 jam di Padang Besar tu… “Tak pe kak hadiah untuk diri sendiri” Aima nak sedapkan hati kakak dia sorang nie..huhu (nasib baik lunch n dinner Aima belanja..thanks Aima)

 

Perjalanan kami ke Perlis Indera Kayangan opps bukan lagi Indera Kayangan..tapi Darul Sunnah dengan Alza Aima dipandu oleh Aima di bantu dengan co-pilot Finaz..Kakakecik jadi bos di belakang…bertolak dari umah kakakecik pukul 11 lebih..lewat coz buat kek coklat dan kek karamel..

IMG_9697

Sepanjang perjalanan tu macam2 la kami borak…sampai je kat KFC..Kampung Felda Chuping…terkejut kiri kanan jalan da xde lagi pokok tebu…hanya pokok getah je ada…kami berhenti seketika kat menara tinjau untuk bergambar

finaz

Ini bukan Najwa Latif tapi nie muka budak excited nak kikis duit kakak-kakak dia pada 21Disember lepas, awesome days la sangat kan Fienaz.. :)

IMG_9712

IMG_9716

Setelah bergambar sekeping dua..kami meneruskan misi kami ke Padang Besar la..Aima asyik tanya jauh lagi ke..sabar ye aima..nak kosongkan duit tu cepat je nanti..hehhe…dah melepasi UPP…tak lama lagi sampai la padang besar….ermmmmmmmmmm ramai plak orang..parking pun xde…main parking je depan laluan pejalan kaki tu…sekali kena saman (eh tak sure saman or just pemberitahuan kesalahan)

 IMG_9721

Acara mengosongkan duit duit yang ada…dah nak beli kena la bayar kan.kalau tak bayar tengok saja je..pastu balik dok teringat2 tido pun xlena…penat shopping..perut menyanyi…ujan plak time nak pegi makan tu…plan kakakecik nak makan bihun sup thai kat kedai atas bazar tu..sekali tak buka..so pegi je deretan kedai kat bawah tu…makan tengahari disponsor sepenuhnya oleh Aima…belanja besday gurl

 IMG_9741 

Kami kan kembo bulan..so kakak dan adik disember sama2 order nasi goreng paprik seafood…aima nasi putih daging merah…dah kenyang sambung shopping lagi..aima nak beli bagpack dan toto..kakakecik plak nak beli tudung bawal sulam utk mak dan adik….

IMG_9744 

Bergaya je beli tak pun…kerek je tauke cina kedai beg nie…memang kena sound jugak la kalau ye pun penat layan la molek2 skit customer jangan wat muka toyo je…huhu..nasib baik aima beli gak bagpack…dengan duit syiling lagi aima bayar hahaha..siap ada 5sen 5sen tu..padan muka sapa suruh tak bagi kurang harga nya..

 

Okey..semua benda yang nak beli dah dapat..walau ada lagi keinginan nak itu ini..bila dicongak congak…dah banyak duit keluar..baik cepat2 keluar dari Padang Besar nie..so, kami meneruskan misi ke Kuala Perlis untuk dinner…Aima nak belanja kakakecik dan Fienaz…makan lagi…order je apa nak janji makan habis..huwaaaaaaaaaaaa…nak tengok gambar2 makanan kami sila ke blog ini di ENTRY AWESOME DAYs

 

Di Kuala Perlis..sempat jumpa Nora, Syafik Way dan Faizal Fredley..1st time jumpa 2 orang adik Unimap itu…borak itu ini sementara tunggu hujan reda…pukul 8 lebih baru beransur pulang…pukul 9.46malam..dah sampai tol pendang…plan awal aima nak bermalam lagi 1 malam di umah kakakecik disebabkan kepenatan..tetapi dia ubah plak plan last minit bila dah sampai tol pendang sebelum kul 10 dia bajet boleh lagi dia nak balik kulim.kami bertiga berpisah di Tol Pendang..

 

Thanks Aima dan fienaz untuk 1 hari yang awosome dan kosongkan duit ini…

 

pssst: sedih tak de plak gambar kami bertiga huhu

1 comments:

Kira Sakura said... [Reply]

laaaa dah takde ladang tebu kak? takde la pemandangan yg cantik tue lagi huuu