Coretan Terbaru KakakeciK

Monday, December 17, 2012

JJCM : Mee Kari Greentown Mall, Ipoh

Assalamualaikum dan Selamat Petang,

 

Misi mencari mee kari di ipoh diteruskan..kali nie ke Foodcourt Greentown Mall, Ipoh..Kiera bagitau kat foodcourt UO Greentown Mall(UO GM) tu sedap banding dengan Mee Kari Mat Jasak yang kakakecik pernah makan sebelum pergi kenduri dia bulan lepas..

 

So..malam sebelum tu terpaksa sms perantin 1 bulan lebih tu tanya apa yang patut..yang penting dia pesan..turun tangga..kiosk mee kari tu belah kanan depan kiosk minuman..kakakecik pun bagitau la adik ilah..nasib baik dia dah biasa dengan UO GM so senang la cari…opps bukan cari bangunan Greentown nie yang senang…memusing gak kami..kakakecik yang dok bagi jalan hahaha…sebab dah biasa lalu kat area situ…cari hotel yang kakakecik pernah duduk tahun lepas…

 

Masuk je UO GM..foodcourt la yang dituju…turun lif, turun tangga…terus ternampak kiosk mee kari..terberhenti kakakecik kat tangga tu…kenapa…apa yang kakakecik nampak tu?

  DSC00757

DSC00758

ini la kiosk/kedai mee kari yang dimaksudkan kiera tu…yang buat kakakecik terberhenti kat tangga bila tengok kedai nie…sambil gelak..sebab nya kedai nie adalah Mee Kari Hj Daud Mat Jasak jugak…sama je dengan mee kari yang kakakecik makan kat belakang superkinta tu

 DSCN0174

Senarai harga…mee,ktw,bihun kari ke kicap ke sup ke sama je harga nya..RM3.50..kalau kosong RM1.80 je..murah kan..kalau nak special boleh la tambah kerang, fishball..kalau rasa mee/ktw/bihun tak cukup banyak…boleh jugak tambah..kalau tambah tu kena la bayar kan..sos je free..hehehe

 

DSCN0176

Kakakecik, adik ilah dan shahira ambik mee kari tambah kerang….

 DSCN0179 Mee Kari extra kerang…RM3.50+0.50 = RM 4.00, Sos Percuma..ambil je bape banyak pun..

Akhirnya dapat jugak kakakecik merasa mee kari yang dikatakan sedap oleh kiera..tetapi disebaliknya bagi kakakecik..sebab nya kakakecik dan adik agak pelik mee dia jadi merah..cer tengok gambar bawah tu…

DSCN0183

Agak-agak korang sebab apa mee dia jadi merah macam nie ye…kakakecik rasa la dia letak siap2 sos dalam mangkuk tu..dan bila dia celur mee masukkan dalam mangkuk mee tu akan serap sos nya….betul tak andaian kakakecik nie…Selain mee yang kemerahan nie…kuahnya agak pekat la bagi kakakecik x boleh nak hirup sangat…pastu fishcake nya agak tebal..lagi satu tak de fishball special yang ada isi ketam di dalam nya macam kat mee mat jasak dalam pekan tu…apa pun kakakecik dan adik suka yang kat pekan sana…

 

pssst: mak tanya, bagi ampa sedap ke mee kari tu?nie mesti tak kena selera dengan mak mee kari yang kami makan tu..hehehe

14 comments:

░♥si lampu neon♥░ said... [Reply]

tapi kann nampak sedap je ? huuu ke saya yg lapa ni !

t.a.c.a said... [Reply]

kak shida... kalau mee ade merah2 camtu maknanya kandungan kapur dia banyak!!! x elok utk kesihatan.. maknanya mee dia x celur properly..

najwa's said... [Reply]

pelik kan? tak penah tengok plak mee kaler merah. banyak asid borik eh? (-.-')

Sunah Sakura said... [Reply]

agaknya sama popular dengan mi yang jual kat angsana sini tu..huhu

onie said... [Reply]

slrppppppppppppppppppppppppp,sedapnya,kesukaan !

aDisH.sHidA said... [Reply]

@░♥si lampu neon♥░ selera masing2 kan...mee kari ni x berapa kena dengan selera akak..huhu

aDisH.sHidA said... [Reply]

@t.a.c.a oooh mcm tu ye taca..mana la kak tau..egtkan sebab dia letak sambal sebelum tu...kamu eprnah makan x kat sini

aDisH.sHidA said... [Reply]

@najwa's tahu xpe najwa...nak makan pun pikir semacam..tp habis jugak la mee tu tgl kuah n fishcake je x makan

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Sunah Sakura kalau akak ke sana nanti nak merasa la mee kari kat angsana tu selain nasi ayam penyet taman u

aDisH.sHidA said... [Reply]

@onie nanti turun ipoh p makan

kiera'sakura said... [Reply]

hahahahaha. kira suka kt situ myb sbb kuah dia pekat. kira tak suka yg cair2 hihihi plus kira tak suka mkan kt pekan tue sbb panas dan bising. hihihi... peel lain2 kan kak :p

Anonymous said... [Reply]

Mee kri gm terbaaikk..sedap sgt3 smpai xbole than tgok..

Anonymous said... [Reply]

MAAF KALAU MENGGANGGU ... MEE YANG KEMERAHAN MENANDAKAN ADA BANYAK ASID BORIK DALAM MEE TU.. BOLEH AKIBAT Kanser.. jangan makan selalu.. mohon maaf HANYA BERKONGSI ILMU

ABU AMIN @ RASIDI said... [Reply]

Cuba try mee kari walid, padang serai kedah