Coretan Terbaru KakakeciK

Thursday, December 27, 2012

Jom Memasak : Asam Pedas Selatan

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari,

DSCN0326 

Fuuuuuuuuuuuuuuh tarik nafas panjang….ini la kali pertama kakakecik cuba buat asam pedas selatan…dop tahu la jadi ke tak…almaklum la cheq nie kan anak jati Kedah..kalau tengok dari segi rupa tu dah ada la..rasa nya tatau la nak kata..mungkin tak sesedap asam pedas di Citarasa Rinduan mahupun asam pedas air tangan Ummi Syafiq…dua dua sahabat kakakecik nie memang Johor Asli..mesti sedap kan dorang buat..bila la dapat merasa asam pedas dorang…hehehe..

 

Sememangnya kakakecik suka asam pedas selatan nie..sampai hirup kuah nya, kalau letak jeruk sawi lagi uuuumppph…dulu kalau ke KL mesti ke Kampung Baru..singgah makan tengahari di warung arm ke apa ntah x ingat dah nama kedai nya…pernah sekali bawak mak pergi makan kat situ tapi mak kata x sedap asam pedas tu…tekak orang kedah..tak leh masuk asam pedas selatan…kalau nak tau sebelum datang keje tadi dah pesan siap2 dengan mak..kalau mak xmau makan asam pedas tu..petang nanti bagi je kat kak Hah…hehehe

Kebetulan Sabtu lepas kakakecik beli 1 pinggan ikan merah yang ada banyak ekor jugak…so pagi tadi kakakecik buat la asam pedas selatan ni dengan 2 ekor ikan merah dan tambah kacang bendi dan tomato.…Resepi kakakecik ambik dari Dapur Tanpa Sempadan. Jom kita semak resepi nya

DSCN0323

Resepi : ASAM PEDAS SELATAN

BAHAN-BAHANNYA :

  • 2 ekor ikan merah
  • 1 biji tomato, belah 6
  • 5 biji kacang bendi (kalau panjang potong 2) – eh betul ke penjodoh bilangan ini???
  • 1 kuntum bunga kantan, belah 2
  • 1 genggam daun kesom
  • 1 1/2 senduk nasi cili kisar
  • 1/2 camca besar pes asam jawa
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :

  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3/4 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci halia
  • 2 biji buah keras, hiris (xde so kakakecik abaikan)
  • 3/4 camca teh lada hitam biji
  • 1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis cili hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan). Biar mendidih.
  4. Masukkan bunga kantan, daun kesom dan ikan, masak dengan api sederhana.
  5. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.
  6. Akhir sekali masukkan tomato dan kacang bendi, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.

Selamat Mencuba

 

pssst: jangan tak percaya kakakecik hanya makan kuah nya dan bahan campur sahaja..isi ikan x makan..makan dengan ikan goreng..hehe….pelik tapi benar

2 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply]

hehehe.. kami orang Johor memang tak boleh dipisahkan dengan asam pedas. Mak mertua akak pun tak boleh masuk lidahnya dengan asam pedas.. nasib baik anaknya masuk, hehehe

Kira Sakura said... [Reply]

tak pernah try asam pedas selatan. asam pedas kira buat tatau asam pedas mana tue, asam pedas mama kiera la agaknya hihihhi :p