Coretan Terbaru KakakeciK

Tuesday, January 1, 2013

Jom Memasak : Kek Span Marble

Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru 2013..

DSCN0346

Entry pertama di tahun 2013..kakakecik nak kongsi resepi kek span marble yang kakakecik buat Jumaat lepas..sponge cake mix dah lama kakakecik beli tp keinginan nak buat kek span nie tak berapa nak kuat..so biar je dia dalam peti ais tu…tetapi apabila butter untuk nak buat kek coklat kukus untuk memenuhi permintaan adik yang dok kat UKM tak cukup..buat la kek span nie..sementara tunggu kakak bawak balik butter…keinginan mengoven tu dah ada..buat je la…janji jadi hasil nya..

DSCN0337

Resepi kek span nie kakakecik dah tak ingat link nya…resepi pun dah ambil dari awal November dulu..mintak halal ye tuan punya resepi…

 

Resepi : Kek Span Marble

Bahan-bahan :

  • 400 gm sponge cake mix - di ayak
  • 5 biji telur gred A - suhu bilik
  • 80 ml air
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 80 ml butter – dicairkan
  • 2 sudu besar serbuk koko – diayak
  • 1 sudu kecil coklat emulco


Cara-cara :

  1. Sediakan acuan 9 inci yang digris butter dan dialas dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Masukkan tepung yang diayak dalam mangkuk adunan.
  3. Tambahkan air dan masukkan telur satu persatu dalam adunan tepung sambil diputar dengan kelajuan sederhana selama 4 minit hingga kembang dan gebu.
  4. Masuk kan telur sebiji demi sebiji. Setiap sebiji telur diputar dalam 20 saat baru dimasukkan lagi sebiji.
  5. Bila adunan dah kembang dan gebu, masukkan esen vanila dan butter cair perlahan-lahan sambil diputar dengan kelajuan rendah selama 1 minit sehingga ringan dan kembang.
  6. Ambil anggaran 2 senduk adunan tadi dan dimasukkan dalam mangkuk lain dan ditambahkan dengan serbuk koko dan coklat emulco. Kacau rata.
  7. Masukkan adunan plain berselang seli dengan adunan koko dalam loyang. Ambil pisau plastik atau lidi sate dan corakkan bentuk marble.
  8. Bakar pada suhu 180C selama 45 - 50 minit atau sehingga masak. Suhu bergantung pada oven masing-masing. Uji kek dengan mencucuk lidi sate bila lidi keluar bersih kek dah masak. Sejukkan kek atas redai kek dahulu baru dipotong.

  DSCN0344

Selamat mencuba

11 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said... [Reply]

cantik corak dia

~..Lesung Batu..~ said... [Reply]

geram aihh tengok..zzzz

cik Anggur said... [Reply]

lapaq plak eh

citarasa rinduan said... [Reply]

tepung tu ayu panggil tepung optima.

sedapnya shidaaaaaaaaaaaaaa

aDisH.sHidA said... [Reply]

@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr cantik ke..tu corak pemalas..letak 2 senduk sekali gus hahaa..

aDisH.sHidA said... [Reply]

@~..Lesung Batu..~ sabaq cheq nanti cuti sem cheq wat nah

aDisH.sHidA said... [Reply]

@citarasa rinduan hehe..sebab tepung optima ayu la shida cari kat bakery x jumpa..yang jumpa sponge cake mix..tak beli..balik google baru tau tepung yang sama je..pastu baru beli tepung ni..thanks ayu

Maria Firdz said... [Reply]

tengok pun dah sedap.. huhu.. nak try wat gak nnt..

salam jejak dan follow:
http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/

aida said... [Reply]

Assalamualaikum...resipi ni mmg Xltk gula eh? ke tepung tu mmg dah ada perasa???

aDisH.sHidA said... [Reply]

@aida WSLM... a;a sebab tepung sponge mix tu dah de gula..so tak perlu letak gula nanti terlebih manis plak..hehe

aida said... [Reply]

owh..tqvm :)