Coretan Terbaru KakakeciK

Wednesday, June 5, 2013

Butik Pengantin..Jangan Haloba

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Erm….dok fikir jugak nak kongsi ke tak pengalaman kami sekeluarga dengan butik pengantin yang kami ambik untuk majlis perkahwinan Izzuan dan Syu dua tiga hari lepas…Tapi memandangkan kami memang tak puas hati dengan servis nya tak salah untuk kakakecik kongsi di sini..bukan bermaksud nak menutup periuk nasi nya. So, tak perlu la nak glamorkan nama butik nya, kalau nak tau boleh je kita soksek di inbox.

Kami booking untuk ambik pakej dengan butik dot dot ini pada bulan dua lagi..bulan dua okey…empat bulan sebelum majlis…pakej yang kami ambik cover baju pengantin lelaki dan perempuan (baju baru), pelamin, meja makan dan akan dapat la aksesori, pintu gerbang dan kek 2 tingkat serta hiasan meja kek yang mana meja kami kena sedia sendiri..caj pengangkutan dikenakan sebab majlis di Sik..butik nie di Sungai Petani…

Yang kami tak puas hati tu…ada ke patut mai pasang hias pelamin dan meja makan pukul empat pagi…empat pagi okey bukan empat petang…tak pernah dibuat orang mai ketuk dinding nak pasang pelamin bagai pukul empat pagi, nasib baik pelamin buat di luar umah dan kami tak ambik bilik tido..kalau tak camne nak tido kan..time gitu semua orang nak tido la…Kakakecik memang tak boleh tido la sepanjang malam tu…dok tunggu dia datang tak sampai-sampai…Dah la pagi Sabtu sehari sebelum majlis call tak dapat…sampaikan izzuan dah nyaris2 nak pergi butik dia..kalau dia tak mai jugak memang akan report polis la..ye la duit semua dah bayar habis…elok da dapat call, dia kata tunggu nanti dia sampai..2-3x call x sampai2 jugak apa lagi kakakecik perli la…”Dok mana nie, tak sampai2 lagi..tak kan cari umah tak jumpa kot” ambik ang…tu baru skit kena..hahaha…Bila dia sampai, kakakecik kata orang nak tido la waktu macam nie…Dia balas..”Kira awal lagi ni kak oooi kami mai nie, ada yang kami p subuh” Tu hampa punya pasal..jangan ngek sangat dalam buat kerja…

Okey..habis bab pasang pelamin dan hiasan meja makan yang ntah apa2 tu..tanpa hiasan bunga di panel…memang tak puas hati la…biar la nak buat camne dah mai buat time orang da nak tido..suruh ketuk pintu bila dah sudah tak dengar plak ketukan nya..Nak jugak la tengok hasil nya dan komplen mana yang tak puas hati kan…tapi kakakecik terjaga pukul 6 pagi selepas 1 jam tido tengok dorang dah tak de…hampeh betul..
syu n iwan
Mai hari kenduri, Izzuan p berdua je dengan Syu kat butik tu…tup2 pengantin 10 orang kot dok tunggu turn nak mekap…ooooooooi, apa kes nie bila tanya aritu kata dalam 5-6 orang je..ni sampai 10 orang..memang sah sah tak dan..dia hanya mekap eyeshadow, letak bulu mata dan lipstik….eye liner n blusher syu letak sendiri…nasib baik syu pandai gak touch up nie,kalau bagi kakakecik memang dok macam tu la..keras tangan situ la nak pakai eye liner n sapu blusher…dah la mintak duit balik dalam RM100 tak kasi balik…nyah ooooo nyah kalau nak untung pun jangan haloba sangat…Dah la kena mekap sendiri, pilih kasut dan bunga pegang sendiri, payung pun tak dapat, kipas pun xde, pintu gerbang pun tak de..kata nya pintu gerbang tu ada orang tak hantar lagi…wakluuuu nyah oooi, dah tau ada dalam pakej kami ang la kena p ambik…tak kan tunggu orang hantar kot…aiiiiiiiiiiiiiiii nahas gak nyah ni….Kek pun pengantin kena p ambik sendiri di kedai kek…apa ke heeeeeeeeeeee nya nie…

Malam selepas kenduri, budak yang mai pasang pelamin n meja makan datang dengan 2 orang lagi untuk ambik barang2 pelamin..kakakecik malas nak layan, biar je..tapi time serah baju kakakecik kata “Apa yang dot dot dot buat macam nie, dengan mekap yang tak sempurna, kena mekap sendiri..mintak duit balik tak bagi” Budak tu jawab… “tu kami tatau, kami hanya mai ambik n hantar pelamin je”…Kakakecik sambung g…”Awat dia tak mai sendiri, takut ke” terus berlalu sambil tutup pintu..bukan nak kurang ajar tapi nak ajar sikit depa…lagipun kekutu banyak malam tu..penuh rumah…habis pelamin depa dengan bulu sayap kekutu…

Memang sah sah butik pengantin nie kakakecik tak akan suggest kepada adik beradik…walau apa pun team timie jugak yang kami puas hati..itu la nak buat camne dah timie tak cover sampai Sik, dah puas pujuk tapi tak leh gak..

**** KALAU RASA TAK MAMPU NAK HANDLE DAN MANAGE JANGAN LA TAMAK HALOBA, BOLEH TAMAK TAPI MEMADAI LA..CARI LA JURUMEKAP PART TIME, TUKANG PASANG PELAMIN PART TIME…BARU LA OKEY TAK DE LA SAMPAI KE SUBUH DOK P UMAH ORANG ****

p/s : macam2 cerita yang kami dapat dengar dari pengantin lain berkenaan butik tu, baju tak dapat di hari kenduri, terpaksa tangguh waktu akad nikah sebab baju tak siap…yg baju syu pakai ari ahad tu..tup2 ari isnin tu dah de pengantin yang pakai..oooooooi, tak basuh ke baju tu..kalau syu hantar ari isnin memang pengantin tu kena pakai baju lain la…


pssst : Lokasi butik ini di depan INTAN Sg Petani...nak tau lebih lanjut email ke kakakecik di shida5062@gmail.com





24 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply]

tamaknya... kalau akak, mungkin macam Shida, tak sebut nama butik tapi akan ku sebut lokasinya dan apa2 yg sewaktu dengannya, biaq padan muka dia

micah aje said... [Reply]

servis teruk...ishk3

Lydia Miza said... [Reply]

Ni mmg kes tipu smpi make up pun x siap:(

cik Anggur said... [Reply]

sakitnya hati oooiiiiii !bakar kedai dia hahaha

Kira Sakura said... [Reply]

teruknya. tue kes tamak la tue ape lagi. ishhh tunggu la kat sana nanti kena jawabnye. tapi bukan boleh buat aduan ke kak. kan hak pengguna tue.

Unknown said... [Reply]

kalau akak memang akak sebut nama butik dia.supaya tak ramai lg yg terkena..

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Seri Kandi Tanah Jauhar akak kita nie jenis tak sampai hati...kecian pun ada..biar la dia..kalau pk kan sangat nanti sakit hati

aDisH.sHidA said... [Reply]

@micah aje tau xpe...memang teruk la

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Lydia Miza awak...memang teruk kan..tipu tahap gaban nie

aDisH.sHidA said... [Reply]

@kiera'sakura tamak haloba kalau rasa xmampu nak buat jangan ambik kena la pandai2 manage..malas nak panjang2 kan isu..biar la dia jawab nanti

aDisH.sHidA said... [Reply]

@diana huhuhu...takpe la nak wat cmne...kalau dulu masa nak kenduri adik ada gak kes kena tipu..tp dorang tipu nama kedai..x tukar ke nama butik dorang dok kekal butik lama..last2 kami x ambik pakej dengan dorang..ambik dengan butik yg betul yg kami nak

JunAina said... [Reply]

Tahan hati jala kan nak marah... Sepatutnya dia kena bayar balik apa2 yg ada dlm package tp tak sempat nak cover. Haisshhh...ini kes naya dan kes nak tutup periuk nasi sendiri.

Unknown said... [Reply]

gile!
bukan tamak. tapi mmg jenis nak untung cara haram

ku tak suka..
boikot je

Zai Zamree said... [Reply]

teruknya servis...naseb kami ambik kt KB ritu ontime depa mai...

kwn kami kena gak cmtu...butik lain kt KB...dia ambik bj songket mcm kiera ritu so dpt gelang kaki,payung & bunga pegang tp semua tu x dpt2.col hr knduri x pick up...naseb la bunga pgg coklet fereroche yg dia buat utk pkai gaun ada...guna yg tu la tp pelik la...bj songket tp bunga fereroche

aDisH.sHidA said... [Reply]

@JunAina biar la kat dia..moga dia celik skit hati tu jangn dok haloba je nanti jawab la di sana bila tak tunaikan apa dia janji

aDisH.sHidA said... [Reply]

@rinduan citarasa sakit hati kan...biarkan dia...mmg boikot la..

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Z@i Z@mR33 tau xpe..tengok dia wat tempat lain sblm2 nie okey je...sakit jiwa tau dengan dok tgu dia mai pasang tup2 ntah apa2...

Unknown said... [Reply]

Boleh gtau x butik mana. Sbbnya sy nk kawen bln 10 n dh booking kt butik area Sg petani..

Unknown said... [Reply]

Tlg bg emel.. sy nk tau sgt2 coz sy booking kt area Sg ptani jgk. Knduri sy bln 10 ni..

Unknown said... [Reply]

Boleh gtau x butik mana. Sbbnya sy nk kawen bln 10 n dh booking kt butik area Sg petani..

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Husna Abdul Jalil OOH YE KE..HARAP BUKAN BUTIK YANG SAMA KAN...

INI EMAIL SAYA..shida5062@gmail.com

ewanlatif said... [Reply]

ada juga ye butik mcam tu.
bagi yang ingin melangsungkan perkahwinan silalah kunjungi amani bridal di lagenda heights sungai petani.

Unknown said... [Reply]

salam sis.. sy dah email sis.. nk tahu jgak.. takut terkena butik yg tu... pls...

Unknown said... [Reply]

Kesian la bt apa la mcm tu.sy dh email sis..tq