Coretan Terbaru KakakeciK

Thursday, June 6, 2013

Rezeki Israk Mikraj

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Syukur Alhamdulillah…dengan rezeki yang Allah berikan kepada diri ku ini. Petang tadi ada buat kek karamel yang ditempah oleh kak Azie, baru je dia datang ambik malam nie. Kek karamel tu untuk makan-makan di majlis hari lahir anak sedara nya. Tetapi, si anak dan suami nya kata untuk majlis esok tempah lain yang ada nie kita makan malam nie je..Apa lagi, mau tak mau kak Azie tempah lagi sebiji kek karamel untuk esok nak perasa yang sama jugak, dan dah bayar siap2 pun.

 

Malam nie kena tido awal..tak boleh lewat sebab esok jugak perlu mengapam 100biji apam beras. Mak nyang dah lama bagitau kalau dia buat majlis bacaan Yassin di rumah nya dia nak tempah apam beras yang dikatakan oleh nya sedap dan comel. Hehehe, pagi semalam dia datang rumah untuk tempah, tapi kakakecik tak biasa jual lagi apam beras nie, so kakakecik sedekah kan aje apam tu. Semoga dengan sedekah ini membuka pintu rezeki kakakecik di kemudian hari. InsyaAllah.

 

p/s : Moga Allah mempermudahkan urusan kakakecik di dapur esok.

4 comments:

diana said... [Reply]

Alhamdulillah..
murah rezeki..:)

Yan Ty said... [Reply]

Syukran , mudah2an rezeki sis bertambah.

Resepi Apam Beras PCM ke?

kiera'sakura said... [Reply]

insyaAllah moga lagi murah rezeki akak lepas nie amin

MR & MRS MAKMUM said... [Reply]

nk ckit apam beras tuuuu