Coretan Terbaru KakakeciK

Tuesday, June 11, 2013

Dinner Kami

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Hajat di hati tertunai. Walaupun pada awal tu gundah juga rasa nya pabila hujan membasahi bumi Pendang petang tadi. Dalam benak fikiran dah plan nak singgah beli barang untuk buat mee (mee goreng dan mee kuah). Alhamdulillah hujan renyai2 sahaja time kakakecik balik. Risau hujan akan turun kembali, cepat2 kakakecik balik kerja dan singgah Petronas Pendang untuk membeli mee, udang dan sawi. Fish cake dan fish ball tak de…tak kisah la janji mee ada kan.

 

So, untuk dinner malam nie, dinner kakakecik berdua dengan ayah malam nie kakakecik buatkan mee kuah ke mee bandung ke tatau la jugak..yang pasti dia berkuah..

DSCN4263

Resepi….main campak2 je..tak perlu kot nak kongsi..hehe..Sebab apa kakakecik buatkan mee kuah malam nie, teringat 2-3minggu lepas time mak g mengajar bunga daun getah di Pendang, kakakecik ada belikan ayah mee kuah kat kedai di Pendang. Tapi alangkah kecewa nya, bila ayah tanya beli di mana..tak rasa apa langsung..tak sedap..Em…ye ke ayah…bila kat kedai biasa kita makan tu la..So malam nie kakakecik tunaikan semula tekak ayah.

DSCN4267

Alahai bibir kakakecik dah gatal2 nie…asyik dok garu je..bengkak skit…mesti udang yang kakakecik beli tadi udang lama…dah la mahal jugak RM6.50 sepeket yang ada dalam 15 ekor udang..Tak pe nak wat camne dah beli pun kan..mau tak mau kena la guna..Harap ia tak melarat.

 

 

pssst : ada lagi mee…plan esok nak wat mee goreng plak untuk sarapan pagi, gara2 tergoda mee goreng Norfa

5 comments:

Unknown said... [Reply]

udang kat sini sekilo rm 25-30 ringgit..

Udin said... [Reply]

boleh tahannn.. hehe..

Kira Sakura said... [Reply]

haishhhh tergoda pulak. nie yg nak mintak mama buat *bukan nk buat sendiri* hahahaha :p

cik Anggur said... [Reply]

hyum2 sedapny atp tak leh makan mee ~ ummm

Lydia Miza said... [Reply]

Mee kuah ada telur gak ye cam mee bandung? X pernah buat lg mee kuah. Mkn pun x pernah kot lg