Coretan Terbaru KakakeciK

Friday, May 27, 2011

PUDING CUSTARD MARBLE

Assalamualaikum….selamat petang….

MARBEL

Mesti ada yang terkejut shida on9 dan update entry pada hari Jumaat….kat Kedah kan Jumaat cuti….tapi kenapa ye shida leh je on9 arini…rahsia nya sebab shida datang kemas2 kedai….berhabuk dah kedai nie…nasib baik blog tak berhabuk..hampir2 berhabuk…ok2 shida tak nak bebel banyak2…just nak kongsi puding custard marble yang shida buat malam tadi…1st time shida buat puding tau….sedap sangat2….betul bukan shida nak syok sendiri tapi adik, sepupu2, kak hah kata sedap mak je kata kurang agar2…mak cheq buat puding bukan agar2..hahaha..mak pandai je komen…mak tau ke buat….resepi nie shida dapat daripada blog mytwintot sezwati..

Bahan- Bahan :

1 tin susu cair**
2 biji telur**
2 sudu besar tepung kastard **
1 cawan gula**
1 sudu teh esen vanilla**
1/2 paket agar-agar (lebih kurang 175gm)

Cara Membuatnya :

  1. Bahan-bahan yang bertanda ** di bancuh dulu sebati
  2. Agar-agar di larutkan dengan dua cawan air.
  3. Bahan yang sudah dibancuh tadi campurkan dalam larutan agar-agar td. Kena kacau takut nanti telur dalam bancuhan jd scramble egg. Kacau dan masak hingga pekat.
  4. Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampur dengan bancuhan serbuk koko; 2 sudu besar coco powder + 2 sudu besar air panas. Satu bahagian lagi tak yah.
  5. Masukkan dalam acuan berlapis-lapis dengan berhati-hati

Selamat mencuba!

MICKEY

Mickey to adik yang deco huhuhu….konon nak buat love sekali tak menjadi bentuk love…mickey la jadi mangsa….cute kan

Thanks twintor..lepas nie hari raya boleh la i buat utk hidangan tetamu….

10 comments:

shafiq said... [Reply]

Lapor Plak..

Elly Jade said... [Reply]

kak,cmne ek nak wat lapis2 cmtu...huhu
eh ade mr smiley..comeeeyyy

aDisH.sHidA said... [Reply]

@shafiq mai sni makan....hehehe...

aDisH.sHidA said... [Reply]

@pearl jade nak lapis2 tu kita tuang skit2 selapis2..selang seli warna..kalau nipis2 lagi cantik rasa nyer ini selapis 1 senduk hahaha..smile tu adik akak yang buat

Elly Jade said... [Reply]

thanx ya kak shida..
kerani skola sye sibuk duk tny resepi sbb hr 2 mase fmly day skola sye bwk..tp yg order dgn jiran..hehe
yeayy..boleh try...huhu

Muhammad Ariff Mohamad Nizam said... [Reply]

cis!terliur baca entri ni.hehe. :)

nur aisya humaira said... [Reply]

assalam shida..:)

best plak tgk...nak try laa buat...:)

Rtp Farra Arisha said... [Reply]

selalu jugakk buat puding ni dgn mama. mesti best kann puding dlm gmbar tuu ;))

Sunah Sakura said... [Reply]

wahhh..menyelerakan~

cik azeya said... [Reply]

macam sedap je. lapar pulakk. -_-

hari ni puasa. lambat lagi nak buke. hhuhuh