Coretan Terbaru KakakeciK

Sunday, February 24, 2013

Al-Fatihah

Assalamualaikum…

24 Feb 2013 bersamaan 13 Rabiulakhir 1434, dikala Subuh pergi nya seorang insan kepada Penciptanya..

Al-fatihah untuk ayahanda kepada Shahir bin Mat Hassan – adik ipar(ayah mertua adik Ilah) yang telah kembali ke rahmahtullah Subuh tadi..

Semoga Allah mencucuri rahmat ke roh beliau dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Amiin

 Arwah sakit 2 bulan lalu dan baru dapat tahu disahkan ada kanser tulang tahap 4 pada januari lalu..bila kenang2 arwah sedih dan sebak.. :( Mak ayah pun terasa ralat sebab dok tangguh nak pergi melawat arwah di Hosp Ipoh...sebab katanya arwah akan dihantar pulang ke Hosp Selama...tetapi ajal arwah dah sampai...menghembuskan nafas terakhir tanpa keluarga di sisi..Sedih sangat2

doakan perjalanan kakakecik dan keluarga ke Perak dipermudahkan dan selamat. Halalkan makan minum dan salah silap 

p/s: berbuat baik la kepada ibu bapa dan pasangan anda sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir

2 comments:

kiera'sakura said... [Reply]

Al fatihah semoga arwah ditempatkan bersama para solehin amin

aDisH.sHidA said... [Reply]

@kiera'sakura amiin