Coretan Terbaru KakakeciK

Wednesday, February 27, 2013

Oh Tidak!!! Karamel Ku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

 

Semalam dapat tempahan kek karamel daripada jiran yang berada di KL, dia nak balik kampung, dia teringin nak makan kek karamel yang kakakecik upload dalam group fb kampung.  Ikut kan kakak nya bagitau dia balik 28..so ok la kan..tup2 semalam bila masuk group kampung nampak komen dia kata nak esok boleh tak (hari nie) kakakecik pun kata boleh je..kekonon nak buat la malam tadi…tapi badan memang penat, letih sangat2..pukul lapan dah tido..siap silent hp lagi…sedar2 pukul 10.45 tengok ada miskol ada..mesej aima baca tapi tak balas…

 

Ingatkan nak buat la malam tadi selepas bangun dari tido..tapi mata tak larat jugak nak celik…tido semula sebelum pukul 12…tak pe la buat pagi nanti sebelum pegi kerja..So, pagi tadi bermula operasi nya..macam biasa la buat gula hangus dulu..pastu asing2kan telur kuning dan putih…tup2 mai part nak letak minyak dan air..selamba je kakakecik p letak dlm bekas adunan karamel…tak perasan lagi..bila nak ambik bekas adunan kek tengok pelik..kenapa lak air dan minyak tak de nie…tadi dah letak..pusing ke bekas sebelah…Ya Allah, aku dah tersilap letak plak…pastu dok ingat minyak tak letak la…air je..p la tambah tepung kastad..nampak berminyak je..huhu…habis habis habis..rugi macam nie..telur 5 biji, susu cair 1 tin, gula 70gm..(tatau la macam mana boleh tersilap bekas, selalu buat okey nie..mesti kes fikiran kot lain pastu mengantok kan). Sudah tu godek2 stok susu cair dah tak ada..yang ada susu pekat…maaaaaaaaaaaaaaaaaaak camne nie..cepat2 panggil mak yang nak pergi kenduri mintak tolong telefon sesapa belikan susu cair..ye la time tu kakakecik tengah mixer kan telur putih…

DSCN2591

Sambil tunggu mak mencari sesapa pegi beli susu cair tu kakakecik siapkan adunan kek dan telur putih…tengah2 buat semua tu..dengar motor kat luar umah..cepat2 la jenguk..nie mesti sapa2 mai hantar susu..yeees, darling mai anta susu…2 tin plak tu…cepat2 la buat adunan karamel nya…Dah tu tengah melapis kek karamel tu, Kak Hah plak mai sambil bimbit plastik ada 1 tin susu cair…tu dia sekali mai 3 tin terus, xpe la…boleh simpan buat stok kan…esok2 nak buat lagi..

 

Terpaksa la kakakecik menunggu sejam..lambat la masuk kerja hari nie..dalam 30 minit bakar tu, dengar orang jalan mai ke arah dapur..sapa plak yang mai..tengok2 mak su soyah, mak customer dah mai..alamak tak kan nak ambik dah kot..mak su sat nah, kek tak siap lagi..dok bakar lagi..(dah gabra time nie, huhu). Nasib baik mak su soyah kata, xpe aku nak bayar je dulu..satg siap mai ambik…hehehe..lega lapang rasa dada nie…

DSCN2594

Alhamdulillah, akhir nya kek karamel yang ditempah siap sempurna…kakakecik buat perasa pandan+coklat…(sebab Ja kata ikut suka perasa apa pun). Adunan karamel tu ????? apa lagi buang je la…padahal kalau nak masak buat puding boleh je kan..tak teringat dah time tu gabra punya pasal..dah tuang baru teringat….

 

Eh, tadi masa kol mak bagitau kek dah siap nanti tolong masuk kan dalam kotak bagi kat mak su soyah, mak tanya…yang kat umah ada tak?maaaaaaaaaaaak, mana ada pun buat..buat sebiji je…erm mak mintak buat lagi malam nie tak pun esok…malam ni la ye mak kita buat 2 biji…kita buat sama2 dengan begedil..esok kan nak buat soto…lama tak makan soto air tangan sendiri…tambah plak dengan begedil yang ikut suka nak letak bape biji..sedaaaaaaaaaaaaaaaaap nya

 

pssst: Nasib baik arini mak awal2 lagi dah masak gulai ikan nyok+bendi, goreng ikan lengat…kakakecik just buat roti telur je tadi…

4 comments:

Unknown said... [Reply]

suka duka seorang kakakechik...heheh...

Unknown said... [Reply]

suka duka seorang kakakechik...heheh...

aDisH.sHidA said... [Reply]

@diana suka duka pembikinan kek karamel pagi tadi

Kira Sakura said... [Reply]

kihkihkih. kelam kelibut kan memang mcm2. semua benda boleh tukar