Coretan Terbaru KakakeciK

Sunday, March 17, 2013

Laksa Utara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Jumaat..hari cuti..apa lagi masak la..kekonon nak rehat hari Jumaat tu…tapi tekak nie dok teringin nak makan laksa..Kebetulan ikan kembung yang mak beli banyak je lagi ada dalam peti ais..Sabtu Ahad kami tak de kat umah..nanti tak sedap plak ikan tu lelama kan.

 

Apa lagi yang nak ditunggu..terus siang ikan dan rebus…ikan pun dalam 15-20 ekor macam tu je…time dok bersiang nie teringin nak wat kuah yang pekat dan halus isi nya..Pikir punya pikir…camne nak buat macam bagi kuah jadi pekat gitu kan. Memandangkan tahap kesabaran tu tak tinggi mana, selepas rebus ikan..malas dah nak asing2kan tulang dan isi nya..Masuk je semua dalam blender dan kisar..Kisar lama bagi tulang tu betul2 hancur…Tapis jugak..sebab masih ada sedikit tulang yang tak hancur baik. Mak kata, nak lambatkan kerja..huhuhu…tak lambat pun mak,biasa je..hehehe. Cer tengok gambar kat bawah tu..kepekatan kuah nya….sedaaap

DSCN3208

Resepi..alahai kakakecik main campak2 je pun..bahan-bahan sama je macam buat kuah laksa utara, ada letak belacan, bawang putih & bawang besar yang dikisar, asam gelugur, garam secukup rasa dan isi ikan yang telah dikisar. Air mesti la letak kalau tak macam nak jadi kuah kan.. Untuk bagi wangi kuah laksa nie.jangan lupa letak bunga kantan dan daun kesom…

DSCN3210

Terliuuuuuuuuuuuuur tak…erm, kakakecik sendiri pun telan air liur jugak nie..kalau nak makan cuba la buat sendiri kan..hehehe..sebab nak jemput makan sama2 pun dah habis…

4 comments:

Mummy LiYzA ^^, said... [Reply]

kenapa laksa k shida????kenapa???ohhh kenapa????

Kira Sakura said... [Reply]

ada satu jenis ikan tue kalau pakai jadi laksa tisu kan kak? ikan ape ntah namanya. tapi kira xbpe suka laksa tisu tue huuuu

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Mummy LiYzA ^^, kenapa mummy liza..kenapaaaaaaaaaaaa.hehehee

masih belum boleh makan laksa ye

aDisH.sHidA said... [Reply]

@kiera'sakura eh, ikan apa ye,akak pun tatau la..akak selalu buat guna ikan selayang or ikan kembung je...

sama la x suka jugak yang kuah tisu tu