Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Petang semalam, time sorang dua jiran datang tolong untuk menyediakan bahan-bahan mentah bagi majlis tahlil. Dah siap sedia semua bahan-bahan mentah tu, kakakecik pun buat la kek. Kali nie kakakecik buat kek marble perasa pandan choco berry..selalu sangat buat kek karamel.kakakecik pun dah jemu tak makan sangat. Apa salah nya sekali sekala kita ubah selera kan.
Jom kita semak resepi nya yang kakakecik dapat dari page FB Dapur KakZu just kakakecik tukar perasa nya sahaja.
Resepi : Kek Marble Pandan Choco Berry
Bahan-bahan :
- 250 gm butter
- 230 gm gula castor
- 5 biji telur
- esen vanilla
- 250 gm tepung naik sendiri
- strawberry paste + pewarna pink
- pandan paster + pewarna hijau
- Chocolate paste
Cara-cara :
- Pukul butter dengan gula hingga kembang
- Masukkan telur,esen vanilla,tepung pukul lagi hingga rata dan sebati
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian diletakkan strawberry paste, 1 bahagian pandan paste dan 1 bahagian lagi chocolate paste.
- Sediakan loyang saiz 8 inci yang telah dialas dengan kertas kek dan digris.
- Letak sesenduk color hijau, pastu 1 senduk color pink dan 1 senduk color coklat.Ulang sehingge habis.
- Bakar sehingga masak..suhu dan masa bergantung pde oven masing2.Oven kakakecik suhu 160C selama 1 jam.
Dapat la jiran yang datang untuk masak2 petang nie jamah merasai kek marble nie. Alhamdulillah, mak su pun ada tempah kek nie dan kek karamel untuk majlis di tadika nya pada 21hb nanti.
Selamat mencuba
6 comments:
terliur...yeay saya dah ada butter
kek marble yang kira belum sempat nak buat lagi
@Lydia Miza yeyeye ummi nak buat kek marble...
@kiera'sakura buat la sama2 dngan en suami nya...
k shida pm bpa henget sebijik nih..ngn kek kt ats td..
@Mummy LiYzA ^^, akak dah pm...ehehe
Post a Comment