Coretan Terbaru KakakeciK

Monday, March 18, 2013

Satu Pusingan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Masih lagi di Perak..Kinding Permai..masing-masing bermalasan untuk masak lunch arini..pakat tido yang tinggal berjaga Aisya dan Ateh nya…Mungkin semua nya penat berjalan semalam..1 pusingan daripada Kinding Permai ke Kuala Kangsar ke GreenTown, Ipoh ke Rapat Setia dan Kinding Permai..

 

Misi jejalan tu bukan syok2 nak habiskan minyak..tapi nak beli barang. Destinasi pertama kami adalah ke Kuala Kangsar. Ikut jalan bawah je…lebih dekat rasa nya..melalui Pekan Chemor, Sg Siput dan sampai la Kuala Kangsar. Kakakecik tertido selepas Sg Siput..terjaga dah nak sampai Kuala Kangsar. Kami ke Kuala Kangsar untuk tempah doorgift dan mak nak beli pasu-pasu untuk gubahan bunga.

DSCN3246

Memula tu pergi kedai yang dekat jalan besar tu..DwiCitra Craft…tak de apa yang nak dan akak kat situ syorkan pergi WIN Kraf dekat dalam kampung sana…Dah pernah pegi pun kat WIN Kraf tu…

DSCN3252

DSCN3250

Erm, ramai plak kat WIN Kraf nie..ada 1 keluarga nie..dok pilih beli pasu2 dan labu sayong..so, kami tengok2 dulu mana yang berkenan baru deal..setelah puas hati dengan harga yang ditawarkan…tempah la untuk 100 unit..akhir Mei nanti baru ambik..Mak plak sibuk memilih pasu2 yang agak sesuai dengan harganya. 5 biji jugak la yang mak berkenan dan beli…

DSCN3253

Penuh bonet, dah la naik Viva je..tu tak pegi lagi Ipoh..nak beli doorgift lagi…Bila dah beli doorgift tu terpaksa la masuk kan pasu2 mak dalam kereta..nasib baik seat belakang hanya Dik Ilah, Aisya dan Sorfina je..

 

Ipoh….ke GreenTown untuk beli aksesori langsir kat Nagoya..bila ke GM mata nie pasti pandang je baju2 yang banyak jual kat situ…sekali ternampak long dress yang simple dan harga murah la jugak….beli la 2 helai untuk kakakecik, 1 helai untuk adik, dan mak beli jugak sehelai..

 

Dari Greentown…kami ke Rapat Setia, rumah kakak angkat yang dah 3 tahun tak jumpa..bila dah 3 tahun xpergi tu jenuh gak pusing 2-3round nak cari rumah..padahal seingat kakakecik dari jalan besar tu terus je sampai hujung jalan..umah Kak Azizah tu last sekali dan di depan umah nya loji kumbahan….tapi Dik Ilah dok kata ada belok masuk lorong..so ikut je la sebab dia selalu dok pegi…hehehe..dah 2-3x pusing x jumpa2..baru call tanya.hehehe…

 

Haaaa..kan dah betul apa yang kakakecik kata..terus je umah nya…Alhamdulillah dapat la kami bersua muka dan berborak..setelah 3 tahun xjumpa..Nak tahu kak Azizah nie anak angkat family Tok Su sejak Dik Ilah tu umur 6 tahun..sekarang Dik Ilah dah 30 tahun..lama tak hubungan kekeluargaan yang terjalin antara kami..Masih sampai sekarang kami masih berhubung..masa 1 keluarga. Ops, suami kak Azizah nie adalah senior kepada Cikgu Areef Naim..malam tadi borak dengan Abang Faiz banyak pasal blogger la…terutama kisah Cikgu Areef dan Pak Cik Mat Gebu…hehehe. Akak, sedap la ktw goreng dan dessert semalam..nak resepi

 

HAPPY BIRTHDAY kepada KAK AZIZAH, semoga akak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, hidup bahagia di sampai keluarga tersayang dan senantiasa di bawah rahmat Ilahi.

 

psst : segan nak bergambar dengan family kak Azizah dan abang Faiz..

 

(entry di taip ketika masih di perak, tapi x ok baru arini dapat post)

2 comments:

Kira Sakura said... [Reply]

GM tue destinasi kira cari baju tunang dengan baju nikah dlu hihihi. kalau jubah pun suka beli situ

aDisH.sHidA said... [Reply]

@kiera'sakura kan sana banyak sangat baju2..kt luar GM pun ada kedai yang berderet2 jual baju dah siap...

eh jangan plak jubah kita sama ye hehehe