Coretan Terbaru KakakeciK

Sunday, March 3, 2013

TIDAK PERLU SEMUA ITU!!!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Terasa nak je kongsi di sini ketidakpuasan hati kakakecik mengenai media massa yang terlalu nak mengejar mereka la penyampai berita online yang terpantas. Sampaikan semua info di mana lokasi pihak keselamatan nak di kongsi...rasa nak menitis je air mata nie bila pihak media tak ambik berat tentang perkara ini..


Jangan la kita sebarkan maklumat di facebook, twitter atau dimana-mana sekalipun sekiranya nampak Polis dan ATM lakukan di Sabah. Apa yang kita nampak itu adalah rahsia pertahanan negara. Jika kita shared semua nya secara tidak sengaja kita nie membocorkan maklumat kepada penceroboh, pengkhianat negara yang sedang memerhati.


Memang berita2 tentang di sana tengah hangat...semua orang nak tahu apa yang berlaku..tapi berkaitan dengan operasi, lokasi pihak keselamatan bila tahu, nampak..diam je la..Tolong la STOP share segala informasi pergerakan anggota keselamatan di laman sosial kerana ia akan memudahkan musuh mengetahui strategi, kedudukan dan pergerakan anggota keselamatn samada melalui status atau gambar. Terutama bagi pemberi maklumat kepada anggota musuh ada di mana-mana. Baik diamkan diri dari tatau benda apa yang terjadi di Sabah sana.


Sama-sama la kita berdoa agar keadaan di sana kembali pulih dan Allah akan bersama2 dengan pewira kita dalam memperjuangkan kedaulatan negara. Al-fatihah untuk anggota yang terkorban di Semporna


TIDAK PERLU SEMUA TU!!!!!RAHSIA NEGARA, AMANAH KITA







5 comments:

nini said... [Reply]

betulll...semua nak update...ish

||aLeaSaRa|| said... [Reply]

ye betul tu...semakin bertambah anggota polis yg terkorban...

hana hadi said... [Reply]

a'a betol tu. lagi2 kalau sebar melalui fb or blog.kan boleh tersebar meluas. dah la xda lesen suka hati je. entah betol tidak pun xtau

Mummy LiYzA ^^, said... [Reply]

Btol tuh..musuh gelak ngn tepuk tgn ja kebodohan kita..

Kira Sakura said... [Reply]

betul la tue sebab kita mana tau kot dorg ada perisik yang merisik. kan bahaya tue