Coretan Terbaru KakakeciK

Thursday, March 7, 2013

Rezeki Group Kampung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah hari ni..eh dah masuk hari lain la, okey okey siang tadi kakakecik mendapat tempahan 2 biji kek karamel daripada jiran kampung yang dah lama tak bertentang mata…..Rezeki kakakecik bertambah apabila saja  syok2 suka2 post gambar kek karamel kat group kampung..tak sangka ada plak yang berminat dan teringin nak makan..daripada seorang kepada seorang dan seorang seorang….pakat2 nak order walau dok luar kampung..kata nya nanti depa balik kampung depa nak..ada yang siap booking pada tarikh sekian2 dia nak ambik..sedangkan dia ada kat johor lagi sekarang nie…tak kisah pun semua tu…
DSCN2789
Untuk tempahan daripada Yana untuk makan-makan di tempat kerja, katanya nak test dulu sebab sebelum cuti nanti dorang nak sambut birthday budak2 Pra Sekolah…Yana nak perasa oren+coklat dan sebiji lagi kata nya apa2 je janji ada perasa blueberry.. So kakakecik dok pikir jugak nak match perasa apa lagi yang sesuai untuk bersama2 blueberry nie..Cadangkan kepada Yana, blueberry+pineapple+coklat…

Teringat akan Selera Sakura, nak tahu la kek karamel Aisyah yang selalu customer Sunah tempah tu perasa apa…tak ingat perasa apa yang Sunah letak dalam kek karamel aisyah tu..Oh rupa2nya perasa blueberry+yam dan strawbery…Boleh la buat nie, sebab semua perasa tu kakakecik ada….tapi yang jadi masalah nya di sini, kakakecik ada paste semua nya,camne nak buat warna biru macam Sunah tu…..try je la…janji customer kakakecik dapat jugak merasa kek karamel Aisyah….
DSCN2794
Ini la rupa kek karamel Aisyah kakakecik buat..harap2 dapat la memenuhi selera dan citarasa Yana dan rakan2 nya.

Time nak wat meringue tadi hampir tak menjadi meringue kakakecik…dah agak dari awal sebab telur nya tak cantik sangat..putih telur pun tak putih sangat…Dah pukul putar tak naik2 macam selalu..kalau 12biji telur putih dalam mixer kakakecik tu memang penuh la…ini separuh je.walau pun terbalik kan bekas dia tak de jatuh…Walaupun tak jatuh kakakecik tak sanggup nak tanggung risiko nanti buat jugak rugi lagi teruk…baik buang je adunan telur putih tu…Terus mintak tolong mak telefon ayah yang berada di kedai Pak Din…aduuuus sekali ayah tak bawak telefon nya…nasib baik mak ada nombor telefon Pak Din…kol order telur mintak dorang hantar kat umah…mudah kan…hehehehe…ada delivery…alhamdulillah…mudah kerja kan…

DSCN2790
Memandangkan ada yang bertanyakan kakakecik di group berapa berat kek nie…kakakecik just bagitau saiz kek nie 8inci..berat tu tak pasti tapi rasa nya 1kg lebih….alang2 buat tadi, kakakecik pun timbang la kek karamel nie..berat kek nie lebih kurang 1.3kg. Berat jugak kan…dah la sedap (depa kata la) memang berbaloi dengan bayar RM30 tu….


psst : mak suruh buat kek karamel nie nak balas bekas jiran..kak tie kak ipar sorang tu pun tadi bila bagitau ada orang tempah…eh, dia pun nak tempah jugak..jumaat nie la ye kak tie cheq buat….malam nie dah tak dan…Alhamdulillah dengan rezeki yang diberikan oleh Allah Taala


ps : Happy birthday Pak Cu Sofi…semoga pakcu dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik2 dan hidup diberkati oleh Nya

8 comments:

shazrina said... [Reply]

macam macam dugaan pulak nak buat kek karamel ni ye .. :) pernah buat kek ni, walaupun agak byk step die, tapi bile dah jadi tu, ermmm rase puas hati sangat sangat ..sebab sedap :)

izyantyPersonalTaste said... [Reply]

sedapnya...nak tempah jauh lah pulak...nak buat tak rajin he3...

kiera'sakura said... [Reply]

makin laris bisnes kek karamel akak kan alhamdulilah :D

nanti nak try buat coklat oren la tapi takut kat umah dorg xnk makan klu coklat nie huuuu

aDisH.sHidA said... [Reply]

@shazrina nie pertama kali buat meringue nya tak jadi..huhu..kalau last week buat tersilap letak bahan hehe...

memang sedap kan..berbaloi dengan step yang banyak tu

aDisH.sHidA said... [Reply]

@izyantyPersonalTaste try la buat tgok nnti terus jtuh cinta...izyanty dok mana...belah2 utara gak kan

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said... [Reply]

ehem ehem..kak nk sponsor kek keh3

aDisH.sHidA said... [Reply]

@kiera'sakura alhamdulillah kiera..tak sngka plak saja letak dlm group kg tu..ada yang berminat dan ada permintaan nya..

coklat oren kat sini ramai org suka..akak pun suka gak tp makan sekeping 2 je la

aDisH.sHidA said... [Reply]

@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr uhuuuk uhuuuk sponsor kek apa tu gk..hehe..insyaAllah