Coretan Terbaru KakakeciK

Thursday, February 28, 2013

Jom Memasak : Kek Karamel Anna Qawina

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Malam tadi kakakecik buat 2 biji kek karamel dan untuk kali ini kakakecik cuba menggunakan resepi daripada Anna Qawina..Bahan-bahan dalam resepi nya sama jugak dengan resepi kek karamel yang kakakecik pernah buat sebelum nie..Just ada sedikit perbezaaan kat bahagian karamel nya..

 

Sebenarnya dah lama pun kakakecik ambil resepi nie tapi duduk bersusun kat situ je la tak mencuba pun..kebetulan semalam tengok stok susu pekat pun banyak..apa lagi kan ni la masa nya nak mencuba resepi kek karamel Anna Qawina..Apa pun jom kita tengok resepi Anna Qawina nie

DSCN2629

Resepi : Kek Karamel AnnaQawina

A. Gula Hangus

  • 2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
  • tabur gula dlm loyang dan masak atas api perlahan..biar gula hancur dan warna tukar menjadi perang
  • Ketepikan dulu - gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu

B. Bahagian Atas (Karamel)

  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 bj kuning telur
  • 2 biji telur (putih & kuning)

C.  Lapisan Kek

  • 140 gm tepung gandum *Ayak bersama baking powder
  • 70 gm gula kastor
  • 3 biji kuning telur
  • 135 ml air biasa
  • 1 sudu teh baking powder
  • 45 ml minyak masak
  • 2 sudu besar susu pekat manis (Ana tambah) – tapi kakakecik tak letak pun

D. Merinque

  • 6 biji putih telur
  • 70 gm gula kastor
  • 1 sudu teh krim of tartar

Cara-cara :

  1. Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.
  2. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jangan bg berbuih2...nti x jd karamelnye..
  3. Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
  4. Pukul bahan (C) *Campurkan semua sekali & pukul guna senduk je..ketepikan.
  5. Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh...(meringue)
  6. Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
  7. Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak. (C+D+pewarna, perasa)
  8. Masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
  9. Bakar cara double boiling (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)
  10. Jika tak pasti keremel dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit,
  11. Bila masak angkat & rehatkan 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
  12. Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.
  13. Sedap dimakan sejuk.

 

DSCN2681

Rasa nya alhamdulillah sedap jugak…tak manis sangat…sedang2 je manis nya..tapi walau apa pun bagi kakakecik kalau buat sebiji je kek karamel nie macam rugi la plak kan…utk 1 adunan perlu guna 1 cawan susu cair dan 1 cawan susu pekat, 1 cawan bersamaan dengan 200 ml, iaitu setengah tin susu, so bila pakai setengah je setengah lagi simpan xleh lama macam susu cair tu..hehe…lagipun susu pekat dengan sekilo gula mana murah lagi..hehe..sedangakn utk adunan sebelum nie just letak 70gm gula dan 1 tin susu cair …1 tin susu cair  tak sampai pun RM3.00 hehe…Tapi, kalau buat 2 biji sekali gus macam kakakecik nie berbaloi la jugak..hehehe..tak perlu susah2 nak sukat gula..main tuang 1 tin susu pekat  dan 1 tin susu cair…

 

Kalau sapa teringin nak buat kek karamel nie..cuba la ye..kakakecik dah selalu, sampaikan nak makan pun x de selera dah..sekeping je akan akan..

Persiapan 28-02-2013

Assalamualaikum dan Selamat Malam..


Pusing kiri pusing kanan..tak nampak apa pun..ye la just pusing nak renggang2 kan badan..legaaaaaaaaa rasa nya…bila meletup bunyi krak krak badan nie. Minggu ni adalah minggu yang sangat sangat sangat bizi untuk kakakecik…x apa bukan selalu kan..selama nie dah banyak pun rehat.

Malam tadi, kena mengasuh si Auni kejap…terpaksa la layan dia yang pantang nampak wayar cepat je dia nak ambik…sampai kan ateh on laptop nak check line internet ada ke tak, dia pun sibuk tekan itu ini…kalau tak dapat apa yang dia nak sebek je muka pastu nangis..
DSCN2600
Tinggal Auni..malas nak layan ragam dia nanti satu keja apa pun ateh tak boleh buat..bye bye auni dok la dengan tok…ateh nak buat kek..kak aisya nak tolong ateh…

Biarkan Auni dengan mak…kakakecik ambil tugas mengupas kentang..kupas dalam 10 biji macam tu tengok jam dah pukul 8.30….opps kena stop la kupas2 kentang kena bikin kek dulu..nanti lambat plak siap nya..untuk esok kakakecik buat 2 biji kek karamel untuk memenuhi permintaan mak..dah lama kot tak buat kek karamel perasa kegemaran mak..pandan oren..resepi kali ni kakakecik try wat adunan karamel yang campur susu cair dan susu pekat (tanpa gula)
 
DSCN2622
dan sebiji lagi kek karamel perasa oren coklat seperti permintaan Sunah sewaktu dia datang rumah dulu…teringat akan dia di kampung so buat la perasa yang dia suggest….Sunah pun dah makin maju bisnes kek karamel nya di Johor sana…sapa yang dok belah JB Skudai tu kalau nak order boleh ke Selera Sakura.
 
DSCN2628
Sementara tunggu kek 2biji tu masak..sejam dari buang masa macam tu…kakakecik goreng la kentang untuk buat begedil…sambil goreng sambil tumbuk..last2 ayah datang tolong tumbuk kan.thaaaaaaaaaaaaaaaaaaanks ayah..ayah pun x lama sangat tumbuk coz ada 2 org jiran datang tumbuk dan bentuk2 begedil tu..dapat la 3/4 tupperware untuk jamuan esok..

DSCN2633
Sudah nya begedil ni mak, kak mah dan kak ma yang bentuk2 kan selepas kakakecik adun semua bahan…tengok dapur kosong je…semua dah siap..apa kata buat siap2 sambal kicap..esok tak kelam kabut sangat…so buat la sambal kicap…

DSCN2612
Dah siap pun sambal kicap untuk makan bersama soto…kakakecik masak dulu sambal kicap nie sebab risau ada setengah orang perut nya tak tahan daulat macam kakakecik susah plak nanti dok asyik pedih perut..so lebih baik kita masak kan ia dulu…..

Alhamdulillah sebahagian untuk persiapan jamuan 28hb dah siap…siang nanti just buatkan kuah soto, goreng begedil, goreng so’un, kacang goreng, potong daun bawang+daun sup dan kelaskan tauge…tak sabar nak makan soto nie…nyum nyum..sapa yang jual mahal tak nak kek dan bihun soto tu jangan nak merungut ye..bukan tak pelawa tapi dah diri sendiri yang tak nak kan…raya nanti kan nak sewa 1 hari untuk wat soto..hehehe


p/s : 28 feb adalah tarikh lahir 'MAI' seseorang yang kakakecik kenali…dikesempatan nie kakakecik nak ucapkan selamat ulangtahun kelahiran kepada beliau, kakakecik doakan semoga beliau dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, berada  dibawah lindungan dan limpahan kurnia daripada Ilahi…jangan lupa hajat mak awak tahun nie tu ye :)

Wednesday, February 27, 2013

Oh Tidak!!! Karamel Ku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

 

Semalam dapat tempahan kek karamel daripada jiran yang berada di KL, dia nak balik kampung, dia teringin nak makan kek karamel yang kakakecik upload dalam group fb kampung.  Ikut kan kakak nya bagitau dia balik 28..so ok la kan..tup2 semalam bila masuk group kampung nampak komen dia kata nak esok boleh tak (hari nie) kakakecik pun kata boleh je..kekonon nak buat la malam tadi…tapi badan memang penat, letih sangat2..pukul lapan dah tido..siap silent hp lagi…sedar2 pukul 10.45 tengok ada miskol ada..mesej aima baca tapi tak balas…

 

Ingatkan nak buat la malam tadi selepas bangun dari tido..tapi mata tak larat jugak nak celik…tido semula sebelum pukul 12…tak pe la buat pagi nanti sebelum pegi kerja..So, pagi tadi bermula operasi nya..macam biasa la buat gula hangus dulu..pastu asing2kan telur kuning dan putih…tup2 mai part nak letak minyak dan air..selamba je kakakecik p letak dlm bekas adunan karamel…tak perasan lagi..bila nak ambik bekas adunan kek tengok pelik..kenapa lak air dan minyak tak de nie…tadi dah letak..pusing ke bekas sebelah…Ya Allah, aku dah tersilap letak plak…pastu dok ingat minyak tak letak la…air je..p la tambah tepung kastad..nampak berminyak je..huhu…habis habis habis..rugi macam nie..telur 5 biji, susu cair 1 tin, gula 70gm..(tatau la macam mana boleh tersilap bekas, selalu buat okey nie..mesti kes fikiran kot lain pastu mengantok kan). Sudah tu godek2 stok susu cair dah tak ada..yang ada susu pekat…maaaaaaaaaaaaaaaaaaak camne nie..cepat2 panggil mak yang nak pergi kenduri mintak tolong telefon sesapa belikan susu cair..ye la time tu kakakecik tengah mixer kan telur putih…

DSCN2591

Sambil tunggu mak mencari sesapa pegi beli susu cair tu kakakecik siapkan adunan kek dan telur putih…tengah2 buat semua tu..dengar motor kat luar umah..cepat2 la jenguk..nie mesti sapa2 mai hantar susu..yeees, darling mai anta susu…2 tin plak tu…cepat2 la buat adunan karamel nya…Dah tu tengah melapis kek karamel tu, Kak Hah plak mai sambil bimbit plastik ada 1 tin susu cair…tu dia sekali mai 3 tin terus, xpe la…boleh simpan buat stok kan…esok2 nak buat lagi..

 

Terpaksa la kakakecik menunggu sejam..lambat la masuk kerja hari nie..dalam 30 minit bakar tu, dengar orang jalan mai ke arah dapur..sapa plak yang mai..tengok2 mak su soyah, mak customer dah mai..alamak tak kan nak ambik dah kot..mak su sat nah, kek tak siap lagi..dok bakar lagi..(dah gabra time nie, huhu). Nasib baik mak su soyah kata, xpe aku nak bayar je dulu..satg siap mai ambik…hehehe..lega lapang rasa dada nie…

DSCN2594

Alhamdulillah, akhir nya kek karamel yang ditempah siap sempurna…kakakecik buat perasa pandan+coklat…(sebab Ja kata ikut suka perasa apa pun). Adunan karamel tu ????? apa lagi buang je la…padahal kalau nak masak buat puding boleh je kan..tak teringat dah time tu gabra punya pasal..dah tuang baru teringat….

 

Eh, tadi masa kol mak bagitau kek dah siap nanti tolong masuk kan dalam kotak bagi kat mak su soyah, mak tanya…yang kat umah ada tak?maaaaaaaaaaaak, mana ada pun buat..buat sebiji je…erm mak mintak buat lagi malam nie tak pun esok…malam ni la ye mak kita buat 2 biji…kita buat sama2 dengan begedil..esok kan nak buat soto…lama tak makan soto air tangan sendiri…tambah plak dengan begedil yang ikut suka nak letak bape biji..sedaaaaaaaaaaaaaaaaap nya

 

pssst: Nasib baik arini mak awal2 lagi dah masak gulai ikan nyok+bendi, goreng ikan lengat…kakakecik just buat roti telur je tadi…

Tuesday, February 26, 2013

Baucer BR1M, Tunai RM250

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Dua puluh tiga haribulan dua tahun dua ribu tiga belas, hari Sabtu yang lepas kakakecik pergi ambil BR1M 2.0 kat Pejabat Khidmat ADUN Sg Tiang..kena pergi antara jam 9 pagi hingga 12 tghri..so kakakecik tak nak pergi awal tak nak pergi lewat..nak tengah2 aje..plan nak pergi dalam pukul 10 pagi macam tu.. Sekali, dua orang anak abang bermalam di rumah..tido dengan ateh nya..(lasak jugak si Alya dan Safiyyah tido) terpaksa la lewat skit..nak tunggu dorang bangun siap lagi…dalam pukul 10.40 pagi baru gerak daripada rumah..Sebelum tu hantarkan dorang dulu..janji dengan Kak Tie jumpa di jalan nak masuk kampung..malas nak hantar sampai rumah dorang..nanti kena patah balik..dah lewat nie..hehe..

 

Pukul 11 lebih skit baru sampai kat Pejabat Khidmat ADUN Sg Tiang di Felda Sg Tiang tu…pergi plak sorang-sorang..alamak bukan ingat sangat lorong mana nak pergi pejabat YB nie..sebab pergi sebelum nie dengan abang ipar…aaaaah hentam je la..sekali memang terlepas lorong….terlajak nak bagi signal belok masuk bahaya..pandai2 la shida ko cari lorong yang mana agak boleh tembus ke pjbt YB…

 

Alhamdulillah jumpa pun….erm, banyak lagi kereta yang ada nie…mesti ramai lagi orang..opps nasib baik ada parking yang terdekat..jalan tak sampai 100 langkah pun dah sampai…pekarangan pejabat YB ada khemah…yang mana dorang asingkan setiap khemah ikut nombor giliran seperti dalam surat jemputan…Sekali lagi syukur ke hadrat Ilahi..bahagian nombor kakakecik tak de orang langsung…terus je kakakecik ke kaunter tu..bagi surat, ic semua..dorang bagi baucer..tandatangan di belakang nya..siap…(kesian yang lain kena beratur panjang)

DSCN2534

Ingatkan terus dapat duit..sekali kena beratur plak…ambik duit dalam pejabat..pihak CIMB Bank Pendang sediakan terus kaunter penukaran baucer…kalau tak silap kakakecik ada 6 lorong…3 lelaki 3 perempuan..kakakecik ambik ujung sekali malas nak dok tengah2 panas2 nie macam bau ada nanti…


Sambil beratur sms dengan sesorang nie..dia dah ambik BR1M sebelum kakakecik lagi..so tak terasa sangat la kena beratur yang tak lama mana tu…sampaikan abang RELA tegur..cekap nya dia taip sms..hahaha.ye la mata tengok ke lain.jari tekan keypad..ala biasa la hp cikai bukan touch screen..hehe…

DSCN2537Alhamdulillah dalam masa 20 minit semua nya selesai…dapat pun RM250.00 tunaaaaaaaaaaaaaai…dah dapat tunggu apa lagi balik je la…hehehe…

 

p/s : bersyukur la dengan apa yang diperoleh jangan dipertikaikan…ambil dan bersyukur..guna sebaik2 nya…

Nuffnang K.O.S.O.NG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Hujan masih lagi mencurah di daerah Pendang, sudah 2 hari hujan..Alhamdulillah…sejuk la skit…Semalam sambil2 buat kerja yang memberikan 1001 tekanan kepada kakakecik, sempat jugak la jenguk ke web Nuffnang..niat di hati memang nak cashout walaupun jumlah nya tak seberapa…

NUFFNANG  

Ya…..ini la kali pertama kakakecik cashout sejak setahun memasang iklan nuffnang di blog kakakecik…risau la jugak kan..entah betul entah kan tidak…kakakecik ikut je step yang nuffnang bagi..isi nama, alamat, poskod..confirm kan…

cash out

Nuffnang dah kembali K.O.S.O.N.G…setahun lepas nie plak kot baru nak cash out..dok rancang tu duit nuffnang nie nak campur dengan duit BR1M dan tambah duit poket sendiri skit nak beli la sesuatu…supaya nampak jugak la kan benda nya daripada duit habis hangus macam tu ye…Onie de pesan dulu..kalau akak nak cash out nuffnang nie buat la di ujung2 bulan..tak perlu tunggu lama..tu yang kakakecik cash out semalam..hehehe

 

p/s : Jika tak nak mau tunggu lama,cash out la di hujung bulan dan akan dikenakan caj RM1.00 (dipotong daripada duit nuffnang) untuk setiap kali proses pengeluaran cek

Monday, February 25, 2013

Kerja Sampai Tekanan Jiwa dan Menangis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

Semalam hujan dan hari ini mendung je…begitu juga dengan diri kakakecik…malam tadi tak mampu menahan mengalir menitis air mata nie sewaktu sedang berusaha menyiapkan kerja yang diamanahkan, calling2 mengadu kepada aima.. “Aima, Kak dah x mampu lagi buat kerja nie aima..mungkin ini yang pertama dan terakhir” Aima masih memujuk “akak jangan tolak rezeki dan up harga” Aima memang harga kita boleh up tapi apa kata customer bila kita tinggikan harga…riso dorang merungut katakan kita caj mahal..memang kerja tu mudah aje copy paste dari maklumat yang kakakecik dah buat sebelum nie tetapi bila copy dan paste akan not responding yang ambil masa yang lama…memang tekanan la kita..sepatutnya boleh siap cepat dah jadi lambat..waima nak edit 1 huruf pun ambik masa hampir 10-15 minit…..

DSCN2565

Bermula dengan edit copy paste daripada pen drive di PC…pastu ke Laptop..masih lagi guna pendrive…bila asyik not responding save as file ke my computer…tetap buat kerja-kerja tu walau masih not responding…petang Sabtu dengan muka tak malu nya bertanya kan dengan seorang sahabat adik kenapa asyik jadi macam tu..sahabat adik suruh pindahkan file tu save as kat desktop….waaaaaaaaaaaaaah masih sama walau tak seteruk yang sebelum nie….tapi lama-lama teruk jugak la…

 

Jap jap maybe netbook si merah tu kecik kot..apa kata kita tukar guna laptop yang gedabak lak…puas skit tak sakit mata menengok nya…huuuuuuuuuh tetap sama…memang tensen tahap gaban la..sampai sampai pukul 3 pagi kot dok mengadap kerja tu tak selesai…dah tu sambil tunggu not responding tu boleh la pegi buat kek coklat lagi..

DSCN2569[1]

Kakakecik pun tatau apa masalah nya…yang kakakecik dok agak sebab format excell yang dorang bagi 1 sheet je dan semua list yang ada di masuk kan dlm tu semua…dekat 10ribu row kot…mau tak jadi macam tu…nie semua kerja technician TNB la..kalau kakakecik buat sendiri format tu kakakecik buat by sheet untuk setiap pencawang….

 

Memang kerja nie mengajar kakakecik erti kesabaran yang melampau lampau…dan seboleh kakakecik dah x mau lagi buat kerja nie..buat apa nak tamak kalau ia membuatkan kita tekanan..sakit belakang sakit mata dok mengadap kerja nie..KECUALI..customer tu setuju dengan kadar upah dan masa yang ditetapkan..hehe

 

p/s Alhamdulillah sekarang ni dalam proses touch up semula dan edit mana yang patut…harap2 malam nie dapat siap semua dan tido awal..

Sunday, February 24, 2013

Al-Fatihah

Assalamualaikum…

24 Feb 2013 bersamaan 13 Rabiulakhir 1434, dikala Subuh pergi nya seorang insan kepada Penciptanya..

Al-fatihah untuk ayahanda kepada Shahir bin Mat Hassan – adik ipar(ayah mertua adik Ilah) yang telah kembali ke rahmahtullah Subuh tadi..

Semoga Allah mencucuri rahmat ke roh beliau dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Amiin

 Arwah sakit 2 bulan lalu dan baru dapat tahu disahkan ada kanser tulang tahap 4 pada januari lalu..bila kenang2 arwah sedih dan sebak.. :( Mak ayah pun terasa ralat sebab dok tangguh nak pergi melawat arwah di Hosp Ipoh...sebab katanya arwah akan dihantar pulang ke Hosp Selama...tetapi ajal arwah dah sampai...menghembuskan nafas terakhir tanpa keluarga di sisi..Sedih sangat2

doakan perjalanan kakakecik dan keluarga ke Perak dipermudahkan dan selamat. Halalkan makan minum dan salah silap 

p/s: berbuat baik la kepada ibu bapa dan pasangan anda sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir

Friday, February 22, 2013

Laksa 2 Kuah, Laksa Ikan Sekoq

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang sempurna untuk meneruskan kehidupan di dunia ini..Bangun pagi tadi tengok mak dah rendam laksa dan rebus ikan..pucuk putat pun dah makin bertambah segar bugar plak..sah mak nak buat laksa arini..Aik mak macam tau2 je plan kakakecik nak buat laksa hari nie..takde plak kakakecik bagitau mak malam tadi…biasa la mak mesti dapat rasa apa anak dia nak buat..Kakakecik plan nak buat buat sebab tengok pucuk putat banyak dalam peti ais tu..tu yang nak buat..mau2 plak malam tadi pcm ada tanya sesuai tak ikan tongkol buat kuah laksa asam..dah tu beberapa lepas Nurul Ain ada tayang laksa di FB…tak boleh jadi nie..

DSCN2502
Pucuk putat yang segar bugar..mak ayah pegi petik kat pokok di sawah..banyak plak tu..kakakecik lebih suka makan laksa dengan pucuk putat banding dengan daun selom

So, pagi tadi dalam pukul 11 lebih kakakecik dengan bantuan Kak Tie (kakak ipar) buat laksa..untuk hari nie kakakecik buat 2 jenis kuah…kat umah nie kalau buat laksa mesti kuah nya yang santan+kari tu….x berapa nak layan sangat laksa kuah asam (belacan) tu.itu yang jadi laksa 2 kuah..kakakecik akan taruk 2-2 kuah dalam laksa sepinggan tu….

DSCN2495
Bahan-bahan untuk buat kuah asam pedas (belacan tak de plak terlupa nak letak dlm pinggan tu)

DSCN2496
Ikan selayang yang diasingkan antara tulang dan isi nya (mudah kerja kakakecik arini sebab kak tie tolong asingkan..thanks kak tie)

Urusan membuat kuah memang kakakecik buat sorang2 je…just mintak kak tie rasakan kuah nya cukup rasa atau pun tak..kakakecik memang dah jadi tabiat begitu akan mintak sapa2 tolong rasakan…
laksaKuah asam pedas (belacan) dah siap manakala kuah lemak (santan+kari) tengah mendidih

DSCN2509
Bahan-bahan ulaman dah siap so apa tunggu lagi jom la kita makan laksa…pilih nak laksa kuah lemak or laksa kuah asam..kalau laksa kuah asam special skit..nak tau apa yang special nya jom kita tengok….

DSCN2517
Laksa ikan sekoq..kakakecik saja la simpan 3 ekor ikan kembung rebus tu untuk makan sama2 laksa kuah asam…si afif nampak ikan dlm pinggan tu terus mintak dia pun nak jugak..hehehe

DSCN2525
Laksa kuah lemak yang menjadi kegemaran kakakecik sekeluarga..kalau buat kuah tu mau seperiuk besar…akan panggil jiran kiri kanan depan umah mai makan..Kecian plak kat adik, dia kata time dia cuti aritu bukan nak buat…eh sapa suruh tak gtau dengan mak…padan muka…selamat menjamu mata la..



pssst: Eh ikutkan plan tu nak buat kek lapis dan soto kalau finaz jadi mai umah..tapi dia tak jadi datang so laksa je la hasil nya untuk hari ni…




Memang Tak Pandai

Assalamualaikum dan Selamat Malam...


Malam tadi teringin nak buat kek coklat kukus yang guna sukatan minyak...walaupun sebelum nie pernah buat tapi mengecewakan...konon malam nie nak mengetest samada diri ini pandai ke tak buat kek coklat kukus...resepi ambik kat blog kak nor  secubit garam


Punya la semangat pegi beli gula perang, telur semua sebelum balik keje tadi.walau dah lewat maghrib nya...elok dah sampai umah macam malas plak nak buat..tetiba finaz tanya kek coklat dah buat ke..so apa lagi terus ke dapur kedebuk kedebak buatkan adunan kek dan pukul 9.30 start la mengukus...


Sejam menunggu sempat la online ajar adik tentang blog....mak dah tanya buat apa kat dapur tu...hahaha...buat kek coklat mak...elok dah cukup sejam pergi la ke dapur buka penutup pengukus...huhuhu...kecewa tak macam yang diharapkan....biar je la...nanti terbalik kan bagi bahagian atas dok bawah xde la kedut2 tu nanti hahahaha...


ini la hasil kek coklat kukus tadi...ada yang kata okey je...dengan topping yang meleleh itu..tapi kakakecik tak berapa suka kek coklat yang seakan2 padat nie...huhuhu....secara jujur nya kakakecik bagitau memang kakakecik tak pandai buat kek coklat..ini kali kedua buat kek coklat guna sukatan minyak jadi macam nie..adakah kalau guna sukatan minyak tekstur nya begini...selalu kalau teringin sangat nak makan kek coklat buat guna tepung ready made yang beli di kek sayang je...mudah just tambah butter 250gm dan telur 5biji...


psst : lepas nie jangan lagi mintak kakakecik buat kek coklat walau da ambik resepi kek coklat di entry selera sakura




Thursday, February 21, 2013

Boleh Muntah Bila Baca

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Pada entry WW semalam ada yang bertanyakan tulisan siapa la yang cantik boleh buat stress bila membaca nya…

 scan0003

Ye kakakecik akui sendiri..memang kakakecik stress sangat bila baca tulisan tu semalam..terus pening kepala rasa berdenyut2 je bila membaca nya..siap letak balm lagi…yang sakit hati tu dorang boleh gelak berbahak2…memang geram la jugak..

scan0004

Kalau la 10 orang customer yang datang dengan tulisan begitu rupa memang boleh muntah pengsan terus gamaknya…wahai2 customer ku sekalian kalau ye pun nak jadi doktor tak kesampaian nya jangan la tulis macam tu rupa…dah tu dia sendiri pun bila kita tanya apa dia nie…ambik masa yang lama untuk bagitau…siap baca dari awal ayat kot..hahahaa…

 

psst : yang tulisan merah tu baru kakakecik punya..ala2 cikgu kan perbetul ejaan.

Wednesday, February 20, 2013

BR1M 2.0

Assalamualaikum dan Selamat Malam..

Malam nie tetiba line wifi skmm 1 malaysia kat kampung lancar laju plak…apa lagi online la..benda dah ada..free plak kan..rugi tak guna walau ada keje nak kena buat..okey okey tak mau nak cerita pasal wifi 1malaysia tu

Alhamdulillah..malam tadi elok sampai umah je selepas meet up dengan adik2 kbu di SP dan kena tahan dengan adik polis mintak lesen..(ada ke patut dia kata kakakecik takde lesen,bukan tak de lesen dek tapi tatau dok celah mana jarang polis mintak lesen nie almaklum la keta PHS tu selalu masuk balai)..ah melalut plak…sambung balik apa terjadi elok sampai umah selepas balik SP…sambil bergayut telefon dengan Aima..terpandang kat peti surat kat depan umah ada sampul surat putih terselit…

Dengan tangan kiri pegang barang tangan kanan mesti la ambik sampul surat tu kan…telefon pegang tangan mana..alahai macam korang tak pernah buat..selit kat bahu je la…riso gak telefon tu jatuh…time nak ambik surat tu dah agak nie mesti surat BR1M…

Yaaaaaaaa..memang betul pun sampul surat URUSAN SERI PADUKA BAGINDA BR1M 2.0, alamak lulus ke tak permohonan kakakecik nie…tak sabar jugak la nak membuka nak tau apa isi dalam nya
DSCN2470
Jeng jeng….kasi suspen skit..ye la kalau dapat de rezeki kakakecik nak beli teeeeeeeet..
DSCN2478
Alhamdulillah…permohonan BR1M kakakecik diluluskan..23hb (besday dik ilah)Sabtu nie boleh buat tuntutan di Pusat Khidmat Adun Sg Tiang..rezeki Rm250.00..apa pun tunggu Sabtu nie ramai ke orang time tu..jenuh beratur la…

Eh..korang dah dapat ke…mesti dah ada yang dapat,ntah2 dah habis pe guna.. Apapun terima kasih kerajaan Malaysia..harap ada la lagi BR1M nie untuk rakyat2 nya

p/s ; kakakecik jangan lupa bawak Kad Pengenalan Asal, Surat Kelulusan BR1M dan slip jemputan nanti tak pasal2 tak dapat kot RM250.00

WW : Ini Bukan Tulisan Doktor

 

scan0003

Tak Puas Hati : Meet Up KBU, Amanjaya Mall

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

all

Nak langkau cerita 9 hari cuti raya cina…ni kakakecik nak habaq mai pasal meetup KBU semalam di Amanjaya Mall, Sungai Petani..Semua nya atas plan dan ajakan seorang blogger KBU yang selalu ke luar negara…Nor Azlan Masli (NAM) atau lebih dikenali sbg PAK LAN..Pak Lan ada la post kat wall FB nya.. “sapa ada kat di SP hoi?” so, ada la respon dari seorang dua sahabat2 yang dok SP..kakakecik pun menumpang la bagitau kakakecik dok Pendang, jiran SP..hahaha..muka tak malu kan..Setelah berkomen-komen..Pak Lan ajak jumpa…set jumpa kat Amanjaya Mall..senang la bagi kakakecik sebab turun highway je terus sampai tak perlu nak redah jammed bagai..Janji pukul 6 petang..tapi pukul 6.15 baru sampai…abaikan sebab dah bagitau siap2 kat komen tu maybe lewat skit sampai..

 

Nak dijadikan cerita..masing2 tak ada nombor Pak Lan..yang Pak Lan inbox no.hp elok kakakecik dah gerak ke sana..baru tghri tadi tengok ada msj daripada nya hahaa..pastu tak janji plak nak jumpa kat mana Amanjaya Mall tu..kebetulan kakakecik ikut belakang Finaz masa nak parking…so menonong la kami berdua..tatau nak ke mana..ajak la Finaz ke kedai kasut Stefeno (eh betul ke eja tu) dalam dok jejalan tu..finaz tanya “Akak, camne ye kita boleh nak jumpa nie..sapa yang ajak ye” kebetulan time tu ternampak kelibat Pak Lan lintas depan Stefeno..kakakecik terus kata “Tu Pak Lan” hahaha Pak Lan automatik terberhenti dia leh kata “kenal, cam no” aiiii Pak Lan walau kita xpernah jumpa tapi ai kenal yu okey….lawak pun ada…Pak Lan tanya nak p mana…ish mana la kami tau..so Pak Lan decide lepak kat Kopitan Classic sementara tunggu yang lain sampai…

 

Okey…tak kan lepak saja tanpa makan minum kata nak mengopi…so masing-masing order la…kakakecik order Mocha Iced, Pak Lan…choc iced, Finaz..Mocha Ice Blended…

 air

Mocha Iced yang sedap….sampaikan Pak Lan pun tergoda..siap nak tukar lagi..dengan straw nya yang berpusing2…gelasnya yang ramping..auuuuuuuuuuw

 air finaz

ais blndr

Finaz punya Mocha Ice Blended….habis licin kot dia telan….tak de tinggal secoet pun..masih gelas ramping…sekali lagi Pak Lan pelik kenapa gelas dia tak macam gelas kami berdua…

paklanPak Lan dah tak puas hati nie..tengok la dah le dia jeling semacam je..hahha..sabar ye besday boy…hehe..dikatakan ada diskriminasi…sebab yang gegurl semua dapat gelas ramping..yang beboy dapat gelas pendek..sabar je la..tengok harga la hampa punya murah seringgit dari kami..

 

Okey, semua dah sampai…Jucy si hijau ibu ngandung..lemak di muka turun ke perut..Zul aka Putera Helmei yang tunggu di bowling…Aima yang berjaya buat kejutan kepada kakak dia..tak pasal2 je kena *@U!&%!@ tapi bukan dia yang dengar…Zul yang dengar sebab kakakecik tengah oncall dengan Zul tetiba nampak kelibat Aima jalan dengan lenggang lenggok dan senyum.grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..TAHNIAH Aima tahniah…berjaya buat akak tumbuk2 Finaz..

 

Bila semua dah sampai..order lagi apa yang patut…Jucy tak nak makan sebab dah order dengan Amir suami nya..nak makan sama-sama kot malam nanti..Finaz kekonon nak diet so dia order sandwich tuna je…Zul dan Pak Lan..roti cheese apa ntah..Kakakecik dok blur lagi tatau nak order apa..teringin nak makan tomyam tapi tak mau mee..sekali tengok nasi dengan fillet ikan black pepper macam sedap..apa lagi order nasi la..Aima ambik ktw tomyam..

 

Jeng jeng..makanan dah sampai..nasi…eh nie nasi sapa nie..buat2 tanya plak..sapa lagi yang order nasi..kakakecik sorang je..masa nie dah tak puas hati tengok makanan tu..awat lain sangat tak macam dalam menu..arrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrgghhhhhhhhh terus hilang selera nak makan…tak caya korang tengok la sendiri gambar bawah nie…

fish blck ppr ini dalam menu..menarik kan…tergoda kot dengan ikan nya nampak garing…salad nya walau kakakecik tak pun salad tu kalau dia letak sekali pun..hehe

Tetapi….bila kakakecik dapat nasi tu…begini rupa nya

DSCN2455 Beza gila kot…memang siap komplen lagi dengan adik tu..awat tak sama macam dalam gambar…kami semua dok bebel je..kalau setakat mcam nie better buat je sendiri kan..isi ikan letak sos black pepper dan hiris bawang besar jadi la..Dah tu elok dah habis makan…gatal muka2 dan badan nie..sampai sekarang dok garu lagi…Finaz yang merasa skit tu pun gatal2 jugak badan nya..maybe ikan tu tak fresh kot…

tmym

Ktw Tomyam Aima…boleh la..memang ada rasa tomyam…sekali hirup macam makan meggi tomyam je…kuah nya guna paste biasa tu…telan air liur eh…xmau cite panjang bab tomyam nie..#moodjelesmenyesal

47853_572557582756265_1256559765_n

 45850_572557552756268_250030797_nMenu orang diet..makan roti je..

Haiiii kakakecik tak habis lagi dok tayang makanan je..dah dah la tu…bila dah jumpa tu biasa la kan ada je itu ini yang diborak kan…tapi Pak Lan diam je..sekali sekala je dia nyampuk..dia lebih banyak dok snap picture…hehehe..

meetup

meetup1

Jucy terus terang kak nak habaq nie…kak suka tengok muka jucy la nie…nampak berseri, suci bersih je..mungkin aura ibu mengandung kan..dah tu sebelum ni kan ampa dok mekap tup2 kali jumpa ampa tak mekap..tu yang nampak kecantikan asli ampa yang wat amir berkenan tu….#Eh nie la kali pertama kakakecik jucy selepas dia kahwin..8 bulan dah la x jumpa dengan dia..dengan Finaz baru je jumpa sebelum raya cina aritu…

 amanjaya

Makan minum kami semalam disponsor oleh Pak Lan..terima kasih Pak Lan..Semoga Pak Lan dimurahkan rezeki lagi..Selamat Hari Lahir yang ke berapa ye…sori tak de kek..kek karamel tu pun boleh la kan dikirakan kek besday…

69589_572557452756278_1601168127_n

Memandangkan masing2 tak solat maghrib lagi..kami semua beransur ke surau Amanjaya Mall..konon selepas tu nak lepak2 lagi..sekali bila keluar je dari surau mencari2 jugak la 2 orang jejaka tu…dah tak nampak kelibat dorang..sms Zul tak jawab..kol dia tanya dok mana..kata dah balik…weeeeeeeeeeeeeeei.apa la ampa nie..ingat nak lepak2 lagi..loor dengar tadi kata nak balik terus..tu Jucy je yang nak balik terus..Pak Lan pun balik jugak..frust dan ralat la jugak sebab tak dan nak borak2 puas dengan Pak Lan dan Zul..huhu..

 

Kakakecik apa lagi suruh la Finaz online tanya Pak Lan dok mana dan x mau mai lepak dengan kami ke? hahaha..teruk tak kami..orang dah balik umah suruh mai semula..biaq la..ada kami kesah…Alang2 dah kuar tu biar la lama xpe..sampai mak kol baru reti nak balik..2 jam jugak la kami bertiga (finaz, aima dan kakakecik) ronda dalam Amanjaya Mall tu..masuk MPH, kedai baju, watson…last2 beli bio-oil je kat watson..murah kot..rugi kalau tak beli…last sekali singgah cosway sebab aima nak beli losyen..masa kat cosway nie ada berlaku ketidakpuasan hati sedikit selaku seorang pelanggan…biasa la kan kita kalau nak beli apa2 yang wangi nie mesti nak cium bau nya dulu..sedap ke tak..Aima pun dengan selamba je buka penutup botol losyen tu..sekali adik salesgirl tu tegur..akak tak boleh buka, kalau buka kena beli..Aima kata memang nak beli pun..lain kali tulis la jangan buka…Adik tu pun tunjuk la sign yang tulis amaran tu…alahai kecik nya..lain kali tulis besaq skit ye..aima kata…kakakecik plak p bubuh api…tak de yang tester ke..tak de..lain kali sediakan 1 botol untuk tester bukan semua customer tau bau nya camne..ni dah kes naya…aaah lantak la adik tu nak kata pun…dah benda betul kan..kalau p Body Shop pun ada tester…

 

Okey la..mak dah kol..so kena balik..sebelum balik singgah dulu isi minyak di shell dan p maybank di village mall..

 

pssst : menaip entry ini dengan dok garu sana sini di badan nie..malam nie kena makan ubat alergic…riso melarat

Tuesday, February 19, 2013

Tak Jadi Melapis Tapi Meloli Oreo

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Sembilan hari cuti..pack jadual kakakecik..ada je buat itu ini setiap hari..di awal cuti tu Jumaat malam Sabtu..plan awal nak melapis..tapi mood nak melapis tu tak sampai2 flite delay..so kakakecik buat la coklat oreo lolipop, kebetulan family abang dan kakak balik..dapat la anak2 buah makan coklat tu..

loli5

Kalau sebelum2 nie kakakecik buat yang plain dan badam…untuk kali nie nak kelainan dan nak mencuba jugak la buat yang ada oreo di dalam nya…macam kak Yusa dan Kak Ita Masam Manis buat tu…tapi yang kakakecik punya xde la lawa macam depa pun..

lolipop1bahan-bahan mesti la kena ada coklat compound, biskut oreo da  n lolipop stick kan..hehe..

loli2

nak tahu cara2 yang lebih lanjut boleh ke blog kak Yusa dan kak Azlita okey…terperinci kat sana…

loli3

Memandangkan biji haluih warna warni nie ada lagi..ajak la adik tabur2 kat atas permukaan coklat tu….lawa jugak kan…menarik je nampak…lepas nie boleh la buat macam nie untuk kenduri izzuan jun nanti…

 loli4Tengoooook..nampak tak oreo kat dalam tu..kakakecik beli yang inti peanut butter dan vanilla..sekali bila ngap rasa macam biskut coklat munchy kotak biru tu….time study 13 tahun dulu..biskut coklat tu mesti kena ada stok di bilik…

 

psst : acuan coklat tu tak sesuai la untuk buat coklat oreo sebab dia cangkat…huhu..pastu stick mudah tercabut…

DIY : Hantaran Biru Turqouse di CNY

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

CNY yang lalu..adik ipar abang..yakni adik kepada kakak ipar kakakecik telah melangsung perkahwinan nya. Seperti biasa dan macam tahun lalu la..mak mertua abang suruh kami (kakakecik dah kak ja) buatkan hantaran.

Kalau CNY tahun lalu masa kenduri Khilkan abang kepada Farid warna temanya Purple/Ungu..untuk Farid plak warna temanya adalah Biru Turqouse. Dulang semua nya Mak Ngah Chom dah beli..so tugas kakakecik dan kak ja hanya beli bahan-bahan aksesori lain..100% diserahkan kepada kami dua beradik..Mak Ngah bagi ongkos je..hehe..persiapan bekas hantaran nie start buat 20 Januari lagi…tapi bahan tak cukup..stop sat..2-3 hari lagi nak kenduri baru sambung buat semula..
hantaran asalKalau diikutkan sebenarnya gambar di atas adalah warna asal bunga  untuk hantaran nie…peach+cream…nampak soft gitu…tetapi bila dapat tau pihak perempuan silap buat hantaran warna tema turqouse jugak, maka mak ngah chom selaku emak pengantin mohon kami buat hantaran ada warna merah(sepatutnya pihak perempuan buat hantaran tema merah)..alamak camne nie…nasib baik mak ada mesin air brush..so spray je la di tengahh2 bunga tu…jadi la begini seperti gambar-gambar hantaran di bawah
bks 0Bekas kosong yang belum di isi apa-apa pun
htrn all Antara sebahagian hantaran untuk pihak perempuan
Jom kita zoooooooooooooom dekat-dekat hantaran yang telah siap
htrn6
htrn2
htrn7      htrn10
htrn1  htrn4
htrn3 htrn5
htrn8
htrn9
htrn12
htrn11
Lawa tak…lawa kan…hahaha puji sendiri nampak kakakecik.masuk lif tekan sendiri ye..Berapa kos untuk buat semua nie…lebih dari RM400.00 jugak la…huhu..tempahan..alamak tak biasa ambik tempahan la..just buat untuk sedara mara je..itu pun kalau dorang mintak tolong buatkan…upah tu kira ikut dorang bagi je…tak kisah sangat..Mei nanti ada lagi hantaran yang perlu dibuat untuk wedding mykazen…tatau lagi design macam mana nak buat nya…

psst:asyik buat hantaran orang je..hantaran sendiri bila plak nak buatnya…itu la selalunya akan kakakecik kena bila dok pulun wat hantaran2 nie