Coretan Terbaru KakakeciK

Wednesday, March 6, 2013

Jodoh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

JODOH..bukan siaran tv di channel astro ria yang ada tampilkan Che Lah Masterchef tu ye..sebenarnya malam tadi ada borak2 dengan seorang sahabat tetapi lebih sesuai antara kami berdua adalah hubungan kakak dan adik, setiap hari kami berhubung untuk bercerita perihal kehidupan seharian, berkongsi masalah, bergelak ketawa dan sedih bersama....macam biasa la borak kat telefon je...kalau sekali borak tu mahu sejam ke dua jam…sudah menjadi kemestian la sementara masing2 masing belum bersuami kan..dalam borak tu ada la sentuh bab jodoh nie..ye la dah masing belum ada pasangan..

Si dia ada kata..Kak, jodoh tu rahsia Allah..dengan siapa pun kita tatau jodoh kita nie..ada tu tetap ada…kalau kita dah tahu x suprise lagi..ye tak ye jugak kan…Eh, adakah jodoh kak dengan ehem ehem itu, ataupun dengan si dia tu..ke dengan siapa ye…habis tu kamu tu adakah dengan dot dot tu or dengan teeeeeeeeeeeet? Tak tahuuuuuuuuu..

Blank ringbound notebook and pencil 
Kalau diizinkan olehNya..pasti ada jodoh yang telah diciptakan untuk kita..time tu bila pandang muka suami sure akan kata..Ya Allah dia ke jodoh ku selama nie..tak sangka la plak..tapi adakah jodoh tu si dia depan mata kita selama nie..tatau..adakah dia yang kita suka..tatau..adakah dia yang telah lama kita kenal..pun tatau…semua nya kita tak tahu..kerana jodoh itu rahsia Allah. Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita..Macam Jiji dan Cik Pelangi nya…kawan baik selama nie..InsyaAllah tak lama lagi akan jadi suami isteri yang sah…

misteri jodoh
Jodoh ini tak semestinya dengan orang yang sudah lama kita kawan tapi mungkin jodoh kita dengan orang yang kita baru kenal. Semuanya Allah Taala yang tentukan. macam Kiera dan Nadh, jodoh mereka di KBU..siapa sangka kan…

danbo jodoh
Jodoh itu sememangnya RAHSIA ALLAH..dia temukan kita dengan orang yang salah pada mulanya, dan menemukan jodoh yang sesuai di pengakhirannya..Kenapa??? Kerana Dia sayangkan kita. Janganlah sesekali kita menjauhi DIA….Aima ada mengupas tentang kenapa Allah temukan kita dengan orang yang salah di entry nya Kenapa Allah Menemukan Kita Dengan Orang Yang Salah?.

danbo

Sebagai seorang perempuan, tak perlu untuk kita mencari pemilik tulang rusuk ini. Kerana pemilik tulang itu yang akan mencari tulang rusuknya sendiri. Tapi sampai bila nak tunggu nie…Cer sabar skit. Apa pun kita perlu la berusaha, berdoa agar si pemilik tulang rusuk tu cepat2 datang. Sekiranya dia jodoh kita dan empunya tulung rusuk, harap dipermudahkan segala urusan…InsyaAllah..Biar la si dia dapat memimpin kita ke jalan yang di redhai..
“ Aku tak ingin menjadi yang pertama atau yang kedua untuk dirimu..TAPI, aku ingin menjadi yang terakhir untukmu…”

p/s : Kalau suka, tak semestinya bercinta. Kalau bercinta tak semestinya ada jodoh. Kalau ada jodoh, insyaAllah tak akan ke mana jua..


9 comments:

Sunah Sakura said... [Reply]

siapa kata jodoh itu tidak mungkin dengan orang yang baru kita kenal? siapa tahu yang baru sahaja melintas di depan kita tadi dan terlanggar kita, kemudian baru kita kenal dia siapa, rupanya jodoh yang Allah takdirkan untuk kita...

Allah tidak pernah menemukan kita dengan orang yang salah... Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Benar... bukanlah Dia menemukan kita dengan orang yang salah, tetapi ditemukan kita dengan orang yang membuka mata kita bahawa selagi mana dia bukan jodoh kita dari azali, walau sekuat mana kita berusaha pun, dia tetap bukan milik kita...dan kalau dia memang jodoh kita, walau sekuat mana pun halangan yang datang dari sekeliling, dia tetap milik kita...

siapa kata, sebagai perempuan, kita tidak perlu mencari siapa bakal suami kita...jodoh tidak datang bergolek, sedangkan kejayaan tanpa usaha pun tak akan ke mana kan? sama macam kita tahu rezeki tu Allah bagi untuk semua hambaNya, tapi kita tak hanya bergoyang kaki menunggu rezeki datang kan? kita akan bekerja bersungguh-sungguh untuk dapatkan rezeki yang halal..macam itu lah jodoh...

dan perihal jodoh...kata ustaz Azhar...bukan lah tentang siapa jodoh kita, tapi tentang panjang atau pendeknya jodoh...kerana barangkali kita ada satu jodoh saja di dunia, barangkali juga kita ada dua, tiga, empat jodoh di dunia kalo kita kahwin sampai 4 kali...mereka jodoh kita, tapi ada yang panjang dan ada yang pendek...

banyak sebenarnya tentang jodoh ni yang kita kena faham dan hadam betul2...Allah Maha Mengetahui...

moga kita sama2 bertemu jodoh kita kelak...

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Sunah Sakura terima kasih sunah..atas perkongsian di komen tu..

ini berdasarkan apa yang akak n aima bicarakan malam tadi..apa pun semoga kita semua bertemu jodoh kita..

Kira Sakura said... [Reply]

setuju dengan apa yang akak dengan aima sebutkan. kadang kita dah kawan lama dengan orang tue pun tak semestinya jodoh kita dengan dia. sebab tue la sape jodoh kita Allah sembunyikan nanti bila kita dah jumpa perasaan indah tue akan datang tanpa ingin pergi ;)

kira doakan akak dan yang lain2 diberikan jodoh yang terbaik dan sebaiknya amin

Unknown said... [Reply]

sunah mcm buat entry

iffah terkedu

setuju ngn akk n sunah sekali

Unknown said... [Reply]

betul la..bila pandang muka suami tak sangka lak jadi suami..hehehe..padahal dulu selalu menipu dia..muahahah

aDisH.sHidA said... [Reply]

@kiera'sakura belajar dari pengalaman kan kira..

amiin..moga2an..doa ibu ngandung nie berkat

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Iffah Afeefah hehe...takpe entry di ruang komen pun orang baca jugak..

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Iffah Afeefah hehe...takpe entry di ruang komen pun orang baca jugak..

aDisH.sHidA said... [Reply]

@diana ooh mcm tu ye..skrg menipu tak lagi..hehhe