Coretan Terbaru KakakeciK

Saturday, March 9, 2013

Majlis Tahlil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Bertemu lagi di sini…ada yang pernah bersua muka berborak mesra dengan kakakecik..ada jugak yang belum berjumpa tapi kita mesra seolah2 macam dah pernah bertentang mata.. Alhamdulillah dengan aturan daripada Yang Maha Esa..kakakecik mendapat ramai kawan daripada dunia blog walaupun hanya sekadar di alam cyber tetapi antara kami begitu akrab…syukur sangat2…Terima kasih Allah SWT.

 

Actually malam tadi kat umah kakakecik ada buat majlis tahlil..adik ilah nak buat untuk arwah ayah mertua nya. Seronok kalau dok kawasan kampung nie..semua nya buat secara gotong royong, jemput je jiran kiri kanan pun dah ramai. Siang nya, kaum ibu masak..untuk majlis tahlil malam tadi just buat kari ayam+betik, goreng ikan kembung yang telah di lengat dan dilumur kunyit, sedikit ikan kering/masin, sayur kubis+carrot dan sambal belacan bersertakan ulam-ulaman.

DSCN2863

Majlis bermula selepas solat Isyak, dalam pukul 9 malam macam tu..mak ayah bajet lebih kurang 30 orang sahaja akan datang ke majlis tahlil tu. So, sekali lagi kaum2 ibu la yang main kan peranan hidangkan makanan. Ikutkan mak suruh ayah buffet je..layan diri..mudah kan. Tapi, ayah tak nak kata nya tak ramai mana pun..hidang je…Ikut je la apa yang ayah nak kan..walaupun pinggan mangkuk banyak digunakan..tak jadi masalah semua tu..

DSCN2868

Kaum ibu dibahagian dapur…pakat2 agih kerja hidangkan lauk pauk…bukan sesapa pun, anak menantu mak, adik2 mak, jiran sebelah umah…

 

DSCN2869

Bila majlis bermula…kakakecik pun jenguk la tengok..ramai nya..tak sangka sampai ke ruang depan bilik nie..bajet hanya kat ruang yang dikosongkan malam sebelum nie...tak sangka segenap ruang di rumah kakakecik dipenuhi..termasuk di ruang TV dan sofa..dah la tu tak angkat pun sofa yang dok ada tu…hehe...terus kakakecik ke dapur bagitau mak yang ramai orang bukan 30 orang tapi 50 orang lebih. So, hidang yang sepatutnya untuk 2orang 1 hidang terpaksa dijadikan untuk 3orang..hehe..kelam kabut jugak la time nie sebab risau nasi tak cukup..terpaksa tanak lagi nasi dan keluarkan pinggan.. Alhamdulillah rezeki sama2 kita kongsi dan semoga majlis tahlil malam tadi mendapat keredhaan dan keberkati daripada Allah.

 

p/s : kalau tak kelam kabut kecoh kenduri kat umah mak kata bukan kenduri nama nya…ye la mak kan anak sulung, adik2 nya ramai..mahu xkecoh…lagipun mak ayah nie bermasyarakat dengan orang kampung…konon nak panggil jiran kiri kanan je tapi lain lak jadi nya..hehehehe

6 comments:

Zai Zamree said... [Reply]

hehehe...mcm kt kmpg kami la...klau knduri arwah xde ckit2...mak kata tkut jiran2 kecik ati klau x pnggil

Lydia Miza said... [Reply]

masakkan saya menu tu nnt masa saya ke pendang plis

Kira Sakura said... [Reply]

masakan kampung adalah yang terbest bila ada kenduri. rumah akak tue kenduri apa pun memang selalu ramai org. kenduri akak nt mesti lagi ramai :D

kalau papa pun suka nak suruh hidang mcm tue tapi lepas ktorg semua pakat tentang terus sampai skang kalau ada kenduri buffet je heeee

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Z@i Z@mR33 adat dok kampung kan..ini pun panggil jiran kiri kanan je..tahlil panggil org masjid

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Lydia Miza awak datang la pendang dulu..hehe..insyaAllah bole je buat..janji awak datang

aDisH.sHidA said... [Reply]

@kiera'sakura rasa nya jarang sekali kat umah akak nak wat kenduri wat nasi daging, nasi tomato..selalu nasi hidang kampung mcm nie la..

alaaaa..umah akak kdg2 x kenduri pun dah ramai kalau semua berkumpul..

uiit uiit kenduri akak!!! harap2 nya


ayat apa nie ummi kiera "kalau papa pun suka nak suruh hidang mcm tue tapi lepas ktorg semua pakat tentang terus sampai skang kalau ada kenduri buffet je heeee"