Coretan Terbaru KakakeciK

Monday, July 15, 2013

Jom Memasak : Keow Teow Kerang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Jumaat weekend lepas ada beli 2bungkus keow teow dan jugak kerang. Keow Teow plan awal nak buat koew teow hailam, memang buat pun tapi hanya 1 bungkus sahaja. Kerang plak plan nak buat kerabu dengan tauge, tapi tak jadi buat kerabu tauge. Dah ayah bawak balik pucuk putat, so buat pucuk putat je la..Tauge guna untuk buat inti Babau..

 

Dah alang-alang ada sebungkus lagi keow teow dan jugak sedikit kerang yang lebih buat sambal kerang tu kakakecik teringin nak makan keow teow kerang. Dah lama kot tak buat keow teow kerang, selalu buat keow teow letak udang je…

 

Apa lagi, bermula la proses campak mencampak bahan ke dalam kuali..campak campak pun alhamdulillah rasa nya cukup rasa walau berpuasa…Okey kat sini kakakecik nak share la resepi keow teow kerang campak kakakecik.

ktw kerang

Bahan-bahan :

  • Keow teow (harus la keow teow kan)
  • Cili Kisar
  • Kicap, sos cili, sos tiram.
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Tauge
  • Daun Kucai
  • Telur (pastikan dibasuh)
  • Kerang yang telah direbus dan kupas kulitnya (tak kan nak masak sekali kulitkan)
  • Sedikit isi ayam
  • Bawang putih dan bawang merah (bahan tumis)
  • Minyak untuk menumis
  • Kicap pekat untuk salut (gaul di keow teow)
  • Carrot, Tomato (saja suka suki letak walau tak makan sangat)

Cara-cara membuatnya :

  1. Gaul sedikit kicap pekat pada keow teow. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumiskan la dulu bawang kecik, bawang putih sampai la garing sedikit. Bila dah garing dan berbau wangi, baru la masukkan cili kisar, sos tiram, sos cili dan kicap serta sedikit garam. Sampai la pecah minyak.
  3. Seterusnya masukkan kerang dan isi ayam. Biarkan sehingga ayam masak.
  4. Masukkan keow teow. Kacau sampai sebati. Masukkan tomato dan carrot.
  5. Last sekali, tutup api dan masukkan scramble egg, kucai serta taugeh.
  6. Sedia untuk dihidang. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng dan cili merah potong.

 

Selamat mencuba..

 

psst : tetiba teringat plak keow teow udang siap kopek kulitnya pada tahun lepas..teringat keow teow je bukan tuan nya

3 comments:

Kira Sakura said... [Reply]

eh eh macam ada cerita je disebalik ketiow kopek udang tue. alaaaaa kira lupa dah huuuuuuuuuuu

aDisH.sHidA said... [Reply]

@kiera'sakura hahahhaa....buweeek ada la kisah nya tu...lupa erk..alhmdlah

najihah sahami said... [Reply]

alahai sedapnya...terliur kak.. :(