Coretan Terbaru KakakeciK

Monday, July 22, 2013

Jom Memasak : Roti Jala a.k.a Roti Kirai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

IMG_20130719_185914

Ja jala itik jala ayam…eh bukan nak jala itik or ayam la kakakecik ooi..tapi kalau jala ayam ke boleh juga buat kari makan dengan roti jala kan..erm..ada ke orang menjala ayam..tak pernah dengar plak, jala ikan ada la..apa2 je la ye..yang pasti ini entry tertangguh…Jumaat lepas, mak nak buat roti jala..ada sesetengah orang panggil roti kirai…

acuan

So..yang bancuh tepung tu semua mak la..ikutkan yang nak menjala nya pun mak jugak..tup2 acuan klasik yang warna kuning kakakecik baru beli tu tak berapa nak mau kuar tepung nya..(yang lama tatau dok mana, mungkin ada sesapa pinjam la tu)..kakakecik teringat yang kakakecik de beli botol 3 lubang tahun lepas..tak guna2 lagi…dok simpan elok je dalam laci..suruh la mak guna botol 3 lubang tu…sekali mak lak tak reti nak guna…Sapa lagi yang nak selesaikan kerja menjala tu..tak lain tak bukan kakakecik la….Walaupun pertama kali memicit menjala nya..alhamdulillah menjadi pun…Siap kena perli dengan abang on..ye la mak mana la reti guna botol tu,mak dulu2 guna bekas wana kuning je..huuuuuh ye la…

IMG_20130719_185813

Resepi : Roti Jala a.k.a Roti Kirai

Bahan-bahan (roti jala)

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 4 cawan air
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna kuning

Bahan-bahan (kari ayam)

  • Isi ayam (potong dadu)
  • Ubi Kentang (potong dadu)
  • Serbuk kari
  • Santan
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Kulit kayu manis
  • Buah pelaga
  • Bunga cengkih
  • Bunga lawang
  • Daun kari
    Minyak masak
    Garam secukup rasa

rotijala

Cara-cara Membuat Roti Jala :

  1. Blender semua bahan sehingga sekata. Tapis ke dalam bekas yang sesuai. Pastikan adunan tepung tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Jika cair, tambah sedikit tepung gandum. Jika pekat, tambah sedikit air.
  2. Panaskan kuali leper dengan api yang sederhana. Sapu sedikit minyak pada kuali.
  3. Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala dan pusingkan acuan dalam kuali  dari bahagian luar hingga ke bahagian dalam.
  4. Biarkan masak sehingga keperangan, anggaran dalam 1-2 minit, angkat ke pinggan dan lipat dan gulung. (Tak perlu terbalikkan)
  5. Ulang langkah 3-4 sehingga habis adunan. Sesekali sapu sedikit minyak pada kuali.

Cara-cara Membuat Kari Ayam

  1. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.Ketepikan
  2. Panaskan periuk/kuali.Tumis rempah-ratus dan bahan-bahan kisar sehingga keperangan.
  3. Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air. Kemudian masukkan santan.
  4. Masukkan isi ayam dan ubi kentang. Biarkan sehingga masak.
  5. Masukkan garam secukup rasa.

**Ayam boleh digantikan dengan daging.

Selamat Mencuba

 

pssst : apa menu berbuka korang arini, kakakecik macam nak cuba buat bubur som som, tergoda dengan bubur somsom kak Yatie Sinar Kehidupan malam tadi

3 comments:

Chik Att said... [Reply]

Mak CA dulu guna daun pisang ja..gulung jadi bentuk kon....pas tu kiraiiii...

Zai Zamree said... [Reply]

yg ni pon peberet kami...syedapnyeeee

Kira Sakura said... [Reply]

abang lang kira rajin menjala roti nie. kakak bancuh dia jala.