Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Mohon maaf bagi jenguk ke blog kakakecik nie mungkin sepanjang Ramadhan nie terbanyak plak gambar2 makanan. Ye la dah setiap ari ada je menu istimewa untuk berbuka mahupun sahur. Nak jugak la kakakecik share di blog kesayangan nie..
Untuk berbuka tadi, kakakecik hanya sempat buat cucur sayur (tapi tak de letak sayur pun just letak kentang, kucai, bawang besar dan cili besar serta serbuk lada), pelengkap untuk cucur sayur nie kuah kacang. Memandangkan stok spaghetti baru beli, kakakecik pun buat la sos dan rebus spaghetti. Kakakecik hanya sempat buat 2 juadah tu je tadi balik kerja agak lewat, pukul 6 lebih baru sampai rumah. Alhamdulillah dengan 1 jam setengah tu dapat ini je untuk sesi keluarga (kami 3 beranak) makan berbuka. Dan lebihan cucur sayur tu Abang On dan Ali (mykazen) mai makan selepas terawih..rezeki dorang.
Kerabu buah beka mak buat untuk dimakan dengan nasi, tapi kakakecik meratah je..Sedap tau kerabu buah beka nie..walaupun ada yang kata pahit buah nya tapi kalau pandai buat dan olahnya sedap je dimakan…sedar ta sedar habis sepiring. Dah 2 hari berturut2 mak buat kerabu buah beka..kira nya nie pembuka selera kami sekeluarga.
Tak ketinggalan kuih melayu tradisional, lepat liat inti..ala-ala kuih koci. tapi nie memanjang kalau kuih koci 3 segi kan..Yang nie pun mak buat.
Untuk melengkap dan menyempurnakan berbuka tadi, air tebu penyejuk tekak dan juga kurma mengikut Sunnah.
Menu sahur…tak de yang special pun pagi 2 Ramadhan tu sebab mak just panaskan semula siakap kukus dan buat daging goreng kunyit. Kakakecik goreng telur dadar untuk makan bersama daging masak merah lebihan berbuka.
psst: esok lusa mesti meriah makanan di rumah sebab adik beradik pakat balik
3 comments:
buah beka? baru pestime dengar
teringin nak makan daging pulak. bosan dah asyik makan ikan, ayam, seafodd je. tapi kat sini susah nak dapat daging segar. :(
rupa buah beka tu cm mana
Post a Comment