Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Hari ke12 di bulan puasa tahun nie, hanya menu ringkas dan kuih nya ulang tayang sahaja. Walaupun ringkas, ayah berselera je makan nasi siap bertambah lagi..Untuk hari ini, mak buat gulai pucuk ubi+ikan bilis (mak teringin nak makan dari semalam lagi) dan kerabu sardin+pucuk janggus.Bagi melengkapkan menu tu kakakecik goreng ayam berempah. Makan panas2 sedap sangat..walau kami bertiga sahaja bersimpang siur jugak la tangan bila nak ambik menu…hehe
Mee yang mak beli dok ada je lagi elok peti ais…so, kakakecik pun goreng la separuh..itu pun tak habis sebab kakakecik sorang je makan tadi..Kuih tak de buat pun petang tadi, just goreng samosa frozen yang masih berbaki beberapa biji tu cukup la untuk kami tiga beranak..
Alhamdulillah..dengan rezeki yang Allah limpahkan dan berikan untuk kami anak beranak berbuka…
Untuk resepi klik RESEPI SAMOSA BLACK PEPPER , RESEPI GULAI PUCUK UBI.. Resepi Mee Goreng tak de la plak…huhuhu..ala mesti korang pun boleh buat kan…lagipun kakakecik main campak2 je…
6 comments:
Ty pun berbuka posa dengan samosa few days ni. haha
Selalunya hat campak2 tu yg sedap ^^,
sis,yang campak2 tulah sedap...yummy he3..
selamat bersahur ye ^^
mai ckit
terliurnyaaaa kitaaaa... :(
ritu ingat nak mintak mama buatkan masak lemak pucuk ubi dgn sardin tp x sempat. balik pun kejap. mana ada masa nak makan semua bnda huuu
Post a Comment