Bersemangat malam nie nak update pasal kuih abok-abok (abok abok or abuk abuk ye ejaan nya) a.k.a tepung gomak nie, walhal ada banyak lagi entry lain sebelum nya..kenapa la eksited bukan main nie kakakecik ooi. Yela pertama kali kot buat kuih nie pastu menjadi lak.Ayah kata sedap, dah boleh kawen..Uwaaa…dan dan kata mak yang wat..hehehe..
Kalau sahabat kakakecik Lydia Miza menggunakan tepung kacang hijau sebagai saduran nya. Kakakecik juga tradisi punya style..hehe..kacang hijau yang disangai hingga keperangan pastu di tenyeh2 dengan lesung batu, tampi buang kulitnya baru blender sampai halus.hehhee..tu mak yang ajar..mak kata orang dulu2 buat macam tu…
Resepi nie, kakakecik takde la tengok di mana2..tak de sukatan khas pun sebab main tuang je tepung dalam bekas dan letak air adun ikut lembut yang sesuai. Jom kita tengok resepi tepung gomak (abuk2) yang kakakecik buat..
Resepi : Kuih Abok-abok a.k.a Tepung Gomak
Bahan Inti:
- 2 cawan kelapa parut
- 1/2 cawan gula merah
- 1/2 cawan gula pasir
- 1/4 air
Bahan Kulit:
- 150 gram tepung pulut
- 1/2 cawan air
- sedikit garam
Bahan Sadur (75 g kacang hijau - digoreng tanpa minyak hingga keperangan, dikisar & diayak.)
Cara Membuatnya:
- Untuk membuat Inti : Satukan semua bahan di dalam kuali. Masak sehingga air kering. Ketepikan & biar ia sejuk.
- Panaskan periuk yang mengandungi air.
- Sementara menunggu air mendidih, kita uli doh ye (jangan bazirkan masa..tadi tak pasal2 nak kenal berleter dengan mak). Uli tepung yang tepung diletakkan sedikit garam dengan air sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh dan adunan tidak melekat. (seperti membuat doh buah melaka).
- Bentuk2 kan bulat inti supaya mudah untuk diletakkan atas doh kulit.
- Ambil doh sebesar bola pingpong, bulat dan leperkan tepung, masukkan inti ditengahnya dan bulatkan semula. Leperkan sikit .
- Seterusnya apabila air telah mendidih, masukkan doh yang telah dintikan dan dibentuk tadi. Tunggu sehingga ia timbul (macam buat buah melaka juga la)
- Kuih dah timbul, tunggu apa lagi cedok dan toskan dengan penapis. Jangan tunggu lama2 terus sadurkan ia dengan kacang hijau yang telah dikisar. (boleh juga guna tepung kacang hijau yang tersedia jual di pasaran macam Lydia Miza guna)
Selamat mencuba.
psst : mak kata puas makan malam nie sebab dah boleh buat sendiri kuih kegemaran ayah
22 comments:
Kakak suka tepng gomak ni. Kalau inti ada campur durian lagi mantop kan. Kakak nak carilah di bazar petang ni..(kakak kan kerjanya membel aje dik.. tak masak pun)
Mak abg eq guna tepung kacang hijau. sedap tepung gomak ni. liat2 bila makan. hehe
-eqbalzack-
insyaAllah balik ipoh minggu nie baru nak try buat. tapi dah merasa makan dah masa beli kat bazar ritu :D
@Kakzakie ada erk yang inti campur durian..tak pernah lak shda makan..tp kalau ada pun mungkin juga la xmakan..hehehe....(akak keje membeli kalau sedap tak pe kalau x sedap uuwaaa)
@diana a;a liat2 gitu..sedap awak..terai la makan...
@eqbalzack ooo sini susah nak dapat la abang eq tepung kacang hijau..de tanya gak tp xde...takpe la sekali sekala wat tradisional nya style kan hehe...memang sedap sangat2 abuk2 nie
@kiera'sakura hehe..buat la...insyaAllah inti nak buh banyak mana pun kita nya ska
Terima kasih kerana siarkan resepi ni. Rasanya ada kesilapan pada jumlah gula pasir dalam inti. Mungkin sukatannya 1/2 tetapi kesilapan menaip kot. Harap betulkan kerana ia menjadi panduan pada org yg belum pernah buat/makan kuih ni. Bimbang jika diikutkan inti menjadi terlalu manis. Apa-apa pun usaha anda untuk memasak dan berkongsi cara memasak kuih tradisional seperti sepatutnya sangar-sangat dihargai.
@Effa Muhamad terima kasih effa tegur pasal sukatan tu..typing error..huhuhu..saya dah edit semula
syukur Alhamdulillah terima kasih banyak share tips.. nak tanya, kuih ni boleh bertahan berapa lama yer?
kalau buat@beli pagi malam still boleh makan kan? esok hari masih boleh kan? hehe
kuih feberet..tp kl dh tringin sgt nk mkn...tpg@kcg hijau xder..sy salut dgn nestum kisar..
Kuih abuk2 diperbuat dari sagu dlm dsun pisang. Ni kuih tepung gomak. Maaf sy perbetulkan.
250 gram bsmaan brape erkk.. klau dlm skatan cawan
Orang Utara panggil kuih ni abuk-abuk
1 adunan ni boleh dpat berapa biji kuih?
1 adunan ni boleh dpat berapa biji kuih?
1 adunan ni boleh dpat berapa biji kuih?
sedapnya..kuih feveret ni hehe..tq bg resepi
haa la kak oi
Abok abok bukan dipanggil tepung gomak
Sedap yg amatttttttt :)
Sedap kannnnn
Post a Comment