Coretan Terbaru KakakeciK

Friday, July 19, 2013

Jom Memasak : Pajeri Nenas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

pjeri nenas

Buat pertama kalinya kakakecik cuba buat pajeri nenas. 2 hari lepas ada chat dengan sahabat lama nie, dia ada tanya pandai tak buat pajeri nenas..jujur kakakecik gitau dia tak pernah buat, biasa buat pajeri terung je.Dia kata memang la utara terung…selatan nenas..So, dia mintak kakakecik buatkan pajeri nenas, arini kakakecik memenuhi permintaan dan impian sahabat kakakecik yang nak pajeri nenas. Walaupun dia tak dapat makan tapi bila kakakecik buat pajeri nenas dia dah menghargainya. Kata nya pajeri nenas nie sentimental value untuk dia.

 

Untuk tidak menghampakan harapan dan impian nya kakakecik pun buat la skit..boleh jugak dijadikan juadah berbuka kami sekeluarga. Kebetulan mak ada beli nenas pagi tu, apa lagi dapat la buat…Jom kita semak resepi nya…

pajeri

Resepi : Pajeri Nenas

Bahan-bahannya :

  • 1 biji nenas sederhana
  • 2 sudu gula merah (atau secukup rasa)
  • 1 sudu gula pasir
  • 2 sudu kerisik
  • 1 cawan santan
  • 2 sudu rempah ikan
  • 1 camca teh pes asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air

Bahan Tumis :

  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga

Bahan Kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • Sedikit udang kering, rendam 15 minit dan toskan
  • 1 biji buah keras, hiris

nenas

Cara Membuatnya :

  1. Kupas nenas, buang mata keranjangnya dan potong bulat sederhana tebal. Hiris penjuru hujung nenas tapi tak perlu terputus. Rebus sekejap dan kemudian toskan.
  2. Bancuh bahan kisar halus dengan rempah kari hingga menjadi pes. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumis hingga garing, masukkan pes rempah dan tumis hingga pecah minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tambah pes asam jawa, kacau dan tuang pati santan. Lepas tu boleh la masuk kan gula pasir dan gula merah serta garam secukup rasa.
  4. Masukkan kerisik, kacau dan masak hingga mendidih (jika perlu tambah sedikit air). Masukkan nenas. Gaul rata dan masak dengan api kecil hingga pekat. Bila kuah dah pekat dan nenas lembut. Apa lagi tutup api dan hidangkan untuk makan le ye..hehe

Selamat Mencuba.

 

psst ; sahabat, ini je mampu shida buat dan hasilkan..rasa dan rupanya tatau la sama ke tidak macam mak kamu buat..

2 comments:

Anonymous said... [Reply]

Terima kasih shda :) takkan lupa shda masak ni :)

kiera'sakura said... [Reply]

pajeri kira x suka. tak kira la terung ke nenas ke. tapi nenas cicah garam sukaaaaaaaaaaaaaaaaaa. lama dah xmakan nenas sejak tau preggy huuu