Coretan Terbaru KakakeciK

Wednesday, April 3, 2013

Dicabuli

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Uwaaaaaaaaaaaaaa..2 malam lepas sedang enak asyik kakakecik berborak di telefon dengan mysweetheart tetiba ada ada sesuatu yang merayap ke atas betis kakakecik. Terus menjerit dan terasa geli…kecian mysweetheart terpaksa mendengar jeritan kakaknya…sori ye..kalau aritu kamu menjerit kegelian, kali nie kak pulak menjerit kegelian…huhuhu…

 

Daripada santai baring di tilam bujang tempat tido Sorfina terus melompat ke katil kakakecik selalu tido…masih lagi dalam mood geli dan gesel2 bahagian betis yang dicabuli oleh sesuatu..Kakakecik mengadu ke mysweetheart..apa benda ntah macam jelly je kat betis tadi..cicak rasa nya…Mysweetheart pelik..mana ada cicak merayap dan melompat…Tetiba kakakecik ternampak macam sesuatu melompat dari tilam tu…terus mencari kat spek..ada ke tanya sweetheart mana spek kak..mana spek kak…mana la mysweetheart tu nak tau..bukan kami duduk sebilik dan serumah..dia kat Kulim sana…huhuhu…dah jumpa spek..apa lagi mencari la kelibat yang melompat tadi….

Picture 039

Oh Tidak…..yang mencabuli betis tadi adalah seekor anak katak…huhuhu….terasa nak je mandi sebab geli je badan dan betis..Gelak je mysweetheart bila bagitau seekor anak katak yang melompat tadi…Konon malam tu plan nak tido di bawah terus tak menjadi…usir katak tu keluar dari bilik…

 

Esok pagi mengadu la dengan mak, semalam ada katak melompat kat betis cheq…Nak tau apa mak kata… “Alaaaaaaaaaaa, anak katak yang kecik tu je pun” Kakakecik terus muka chom…. “Mak…kecik2 pun katak tau..geli..huhuhu”

 

 

p/s : mysweetheat adalah seorang blogger, perempuan, pangkat adik..setiap hari kami akan berhubung dan update kisah hidup kami…sweet tak kami..sweet kan

2 comments:

kiera'sakura said... [Reply]

kalau kira pun geli.. hihihi

npe akak xambik cium, mane tau nanti tukar jadi putera raja hahahahaha :p

Mrs. Abi said... [Reply]

untung la ada mysweetheart...lalalala...