Coretan Terbaru KakakeciK

Saturday, April 20, 2013

Jom Memasak : Pizza Udang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

DSCN3680

Kakakecik ingin kongsi resepi pizza udang yang kakakecik buat petang semalam untuk makan dengan family di rumah. Alhamdulillah walaupun guna tepung gandum tapi doh yang amat kakakecik berpuas hati…

 

Adunan doh kakakecik oleh daripada resepi pizza sebelum nie…Nasib baik menjadi kalau tak, dop tahu jugak la…dah la guna cheese yang expired tarikh nya…tapi masih lagi bertali bila ditarik…hehehe.. Memandangkan stok udang segar ada di dlm esbox…so kakakecik toppingkan pizza nie dengan udang dan sosej.

 

DSCN3673

BAHAN DOH :

  • 500 gm tepung gandum
  • 250 ml air suam
  • 10 g yis segera
  • 1 camca besar gula halus
  • 1 camca teh garam halus
  • 4 camca besar mentega
  • 1 camca teh shortening
  • 1 camca oregano

BAHAN ISIAN :

  • 1 1/2 cawan sos tomato
  • 6 batang sosej ayamas, hiris bulat
  • Keju Mozarella secukupnya
  • 1 camca teh serbuk lada hitam
  • sos cili
  • hirisan bawang besar
  • udang segar secukupnya

CARA MEMBUATNYA :

1. UNTUK DOH :- Bancuh yis dengan gula dan 1/2 bahagian air suam, kacau rata dan tunggu berbuih. Sementara itu, gaul garam, oregano, shortening dengan tepung hingga rata, dan buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan baki air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan kenyal (kena uli lama sikit). Bulat2kan doh dan alih ke dalam bekas, tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 1 jam hingga naik sekali ganda.

2. UNTUK PIZZA :- Panaskan oven pada suhu 200C, lenser dulang pizza dengan sedikit mentega, bagi 2 doh, ambil satu bahagian, bulat2kan dan canai, alih doh ke dalam dulang tadi dan tekan supaya rata dan bulat. Masukkan ke dalam oven dan bakar kosong selama 5 minit. Keluarkan dan sapu dengan sos tomato dan tabur bahan2 inti ikut suka dan akhir sekali tabur parutan keju mozarella dan lada hitam serta sos cili. Bakar kembali selama 20 - 25 minit hingga keju cair dan roti pizza kelihatan kekuningan. Boleh dihidangkan.....

 

DSCN3676

Selamat mencuba

3 comments:

rinduan citarasa said... [Reply]

syida.. kalau abis tarikh. tepung xada y high protien pun okey jer.
janji ianya ttp lazat

kiera'sakura said... [Reply]

sonok la anak2 sedara akak kat rumah tue. akak ada masak mcm2

MR & MRS MAKMUM said... [Reply]

kesedapan nya terasa hingga ke opis chek aihhhh nyum2