Coretan Terbaru KakakeciK

Sunday, April 21, 2013

Bayi Penamaan Calon

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

DSCN3713

Kami sekeluarga sememangnya menantikan saat kelahiran bayi yang kak Munirah kandungkan. Disebabkan kami jangka bayi kembar memandangkan perut kak Munirah sangat besar. Dan semalam, saat Malaysia adakan Penamaan Calon PRU 13..Kak Munirah sudah dimasukkan ubat untuk bersalin dan dibawa ke dewan bersalin, dia dah x mampu menahan lagi untuk membawa dengan masalah air kencing yang sentiasa kotor..…

IMG_20130420

Alhamdulillah, lebih kurang jam 3 petang..kak Munirah melahirkan bayi perempuan yang seberat 3.2kg…seorang sahaja..bukan kembar pun…frust Fitri ingatkan akan dapat adik kembar.. Muka iras abahnya, bentuk muka mcm Fitri, abang long…hidung macam Afiq dan bibir/mulut sekali tengok macam Angah 2kali tengok macam Abang Long…Jantina sahaja sama macam ummi dan Kak Tirah…hehehe..

DSCN3715

DSCN3716

Ini adalah anak saudara/cucu ke 13 untuk kami sekeluarga…zuriat kelima untuk Kak Munirah dan Abang Din..elok sangat la kan..Semalam 20 April 2013 adalah hari penamaan calon PRU13..mudah la kami ingat dan akan mengusik nya nanti BAYI PENAMAAN CALON #PRU13..hehehe..

DSCN3706

Walaupun ini adalah penyambung zuriat yang ke13 dalam family kami, tetapi kami sangat teruja menantikan saat ia dilahirkan ke dunia ini. Al maklum la jarak antara abangnya adalah 7 tahun…macam Dik Ilah dan Adi Pikah la…7 tahun jugak…si Afiq tu kami panggil Baby Tua la dulu…manja. Tapi sekarang dia dah pandai berdikari bila ummi nya mengandung…

DSCN3724

Semoga baby Irdina akan menjadi anak yang berguna, solehah dan berakhlak mulia.. terima kasih kepada semua yang mendoakan kakak ipar kakakecik. Tahniah kepada Abang Din dan Kak Munirah.

 

p/s belum lagi ada nama penuh….tengah mencari nama yang sesuai dan bermakna untuk digabungkan dengan Irdina..Irdina Zahra okey tak?

2 comments:

Azwa said... [Reply]

hi baby. comelnya awak!

Kira Sakura said... [Reply]

Irdina Insyirah!!!!! hihihihi

besar nanti mesti comel putih. org kata kalau baby masa lahir merah2 dah besar nanti jadi putih mcm si Afiq Danial tue.