Coretan Terbaru KakakeciK

Wednesday, July 31, 2013

Iftar #18 : Kami Blogger Utagha (KBU)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Kalau Jumaat iftar bersama dengan adik2/rakan2 sekelas PJSK…Sabtu plak kakakecik iftar bersama adik2 KBU…Alhamdulillah setelah dirancang oleh Mak KBU, Cik GKSB akhirnya Restoran Tepi Sungai, Alor Setar menjadi lokasi iftar Kami Blogger Utagha bagi tahun ini…

 

Sama jugak macam iftar ex-PJSK, last year kakakecik tak dapat join iftar KBU di Sg Petani disebabkan tuntutan tanggungjawab kepada keluarga (menjaga adik di hospital). Tahun nie kakakecik ambik la peluang yang ada sementara bujang belum kahwin. Kalau da kahwin nanti kena bawak suami tak pun mintak izin suami, kalau dia kasi baru boleh join. Hehehe…Itu kata mak la bila jiran tegur setiap kali dia datang umah 3x kakakecik berbuka puasa di luar..nasib baik mak bekap baik punya…

 

Sekali lagi lokasi restoran kakakecik tatau jugak…hahaha…makin teruk la kakakecik nie banyak restoran yang kakakecik tatau kan…never mind..janji da jumpa pun..Kakakecik sampai tak de la lewat sangat..pukul 7.15 macam tu..saja keluar umah lewat skit kekonon nak bagi kek karamel yang bawak tu sejuk lagi waktu berbuka..hehe…

 kbu

Antara yang hadir..Pakcu, Cik GKSB, Solihin Zubir, Kartunis Damas & sahabatnya, Oshin, Naqiah & sahabatnya, Kiera & Nadh laki bini, Tunang Cik GKSB, Sani MAYC Perlis sekeluarga..

kbu8

Menu…sama jugak macam iftar ex-PJSK..just tak de sotong goreng tepung..yang lain-lain sama..Ikan Siakap 3 rasa, ayam goreng kunyit, kailan ikan masin, tomyam, dan telur dadar..Air fresh oranger..3 set untuk kami semua…Tapi kakakecik tak makan pun makanan nie semua..tatau la sedap ke idak..tapi GK kata sedap..kalau tak sedap tak kan dia tak mintak mana yang dorang makan tak habis kan (lariiiiii laju nanti GK cepok)

kbu6

Kakakecik special order…ktw tomyam, sotong goreng tepung dan air laici. Sotong goreng tepung nya sedap….tomyam tu kalau dia bagi lambat skit memang meleleh la..walau tak de sayur…huhuhu…

kek karamel pelangi

Untuk berlaku adil, untuk KBU pun kakakecik bawak kan sebiji kek karamel pelangi…alhamdulillah dorang dapat la merasa sorang skit…kalau nak banyak kena la tempah ye dak..hehehe…

 

Selesai iftar…kami gerak ke Masjid Zahir untuk solat maghrib dan seterusnya sesi beramah mesra serta bergambar….sambil tu tunggu Syaliza untuk bagi sedikit kek karamel yang tertinggal untuk nya..Liza sori tau, ikutkan kak dah siap potong da untuk liza di rumah tapi anak buah akak suka kek nie..dia nampak terus sebut kek ayang..tak sampai hati lak x kasi..hehee..

kbu1

Sekali tengok gambar nie macam kumpulan nasyid..tangan semua sama je…tapi kan di dalam gambar nie terserlah kerendahan kakakecik bila SZ berdiri di sebelah…huhuhu..dah tu baju kakakecik tetiba macam baju orang mengandung nampak nya…uwaaaaaaaaaaaaa..tak suka tak suka..kami lepak tak lama pun di sini..elok Syaliza sampai gomoi2 sat dengan Iman..semua pakat balik..Kakakecik de tanya Pakcu ada nak p mana2 tak sebab kakakecik nak ke Tesco beli barang skit…tapi semua pakat on..eh tak semua..pakcu, kiera, nadh, Sz da oshin je..Lagipun Nadh nak tunjuk kedai nasi arab di stargate tu..tup2 kedai tu dah nak tutup..tak dapat la beli untuk mak…

 

Elok kami sampai tesco, Sz call Nadh…tanya di mana..rupa2nya dorang silap tesco..kami di tesco star gate tandop..dia n oshin kat tesco mergong..last2 kami p burger bakar kat mergong…dah la tatau tang mana..main serbu dalam gelap je kat iman ktw..hahaha..sekali burger bakar depan lagi…hahahaa…lawak kot…

kbu10

Kat burger bakar nie..memang candle lite moreh la…letrik takdak..hahaha..ayaq pun boleh order 3 jenis sahaja…burger lak..burger bakar biasa n meatball…okey janji bakar tu ada..sampai kertas meatball pun terbakar…part tak leh lupa tu…pakat dok tunggu bagi ketiga-tiga lilin atas meja tu habis baru kami nak balik..elok habis 1, brader burger bakar nak letak yang baru..kami kata…xpe xpe tak payah sebab kami tunggu lilin nie padam habis je kami nak balik hahahahhaa….tapi kami xde la wat mcam nie sebab mak Oshin call dan kakakecik pun dah nak balik pendangpukul 11.20 kami blah dari burger bakar…Alhamdulillah sebelum jarum jam berhimpun kakakecik sampai umah..

 

Walau apa pun terima kasih semua yang buat kakakecik rindu saat2 kita bersama malam tu…insyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi ye….raya nanti kita konvoi raya nak tak selepas kenduri kawen tatia pada raya ke4??

 

psst : terkilan sebab tak dapat beli nasi arab untuk mak dan ayah..huhu

Iftar 17# Ex-PJSK GMAS 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

 

Minggu lepas, 3 hari kakakecik berbuka di luar..Rabu, Jumaat dan Sabtu…utk iftar ari Rabu KIV dulu…nie nak abadikan iftar kakakecik bersama2 rakan sekelas PJSK GMAS 2008 dulu…semua nya adik2 belaka…da la kakakecik sorang je pompuan yang join..segan juga la pada awal nya (sebelum pergi la) tapi memandangkan dah 2x iftar dorang kakakecik tak dapat join..nanti apa plak kata depa kan..

 

So, jumaat tu kakakecik berbuka di Restoran Petai Belalang, Simpang Kuala…tak de makanan yang letak petai or belalang ye..jangan risau..hehe…Dah la 1st time pergi..memang tatau sangat di mana lokasi sebenarnya restoran tu…main p ikut direction yang depa bagi kat group je…

pjsk8pjsk9

Macam biasa la menu berbuka di kedai ala2 Thai nie..mesti la Siakap 3 rasa, kailan ikan masin, telur dadar, tomyam, ayam goreng kunyit dan sotong goreng tepung…Air..tembikai dan oren bancuh…Kek Karamel Pelangi dan Murtabak tu jangan plak order kat restoran tu ye..Murtabak ‘Farhin Ahmad’ kakakecik suruh wan beli kan..kek karamel pelangi tu..mesti la kakakecik yang bawak kan…

pjsk3

Sotong goreng tepung yang sedap…kakakecik yang habiskan untuk pinggan kedua…sampaikan depa kata..kak nie badan kecik tapi makan banyak..weiii makan skit je kot…nasi half je.. pjsk5 Ayam goreng kunyit nie pun super duper sedap…..

pjsk6Ikan Siakap 3 Rasa…kakakecik tak de makan sangat pun…tapi sedap jugak la..ikan dia pun besar 700gm…memang jenuh la kami 7 orang nak habiskan…

 

Opss..gambar tomyam takde sebab lambat skit sampai…apa pun tomyam dia memang sedap sangat..kakakecik dok hirup je..lepas raya nie nak pegi makan lagi la…hehehe..Agak2 korang berapa harga semua makanan berbuka kami nie…cepat teka…RM 110.00 je untuk 2set menu nie…murah kan mahal mana pun....Kami hanya collect sorang RM10.00 selebihnya Mirul yang payung..thanks Mirul..moga bertambah2 lagi rezeki ang…makanan di sini sedap jugak…tapi tang servis tu kurang memuaskan..mungkin ramai sangat penuh kedai nya…semua nak makan time yang sama kan…

pjsk

Tak ramai pun yang datang..hanya 7 orang sahaja…Basri, Wan, Wahab, Fukrul, Kakakecik, Mirul dan ‘adik’ nya Along aka Nadia…yang lain masing2 ada komitmen lain..ada yang kerja, ada yang mabuk alah..Apa pun ukhwah antara kami masih diteruskan…Fukrul sanggup balik dari Penang dengan demam nya…memang terbaik la..da la malam tu pukul 12 masuk kerja plak…apa pun terima kasih semua…terutama untuk Amirul Asyraf aka Meon yang payung kami.. :)

Tuesday, July 30, 2013

Terlupa.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Kita sudah berada di fasa ketiga Ramadhan...dan pasti ramai ibu-ibu,kakak-kakak sudah sibuk di dapur dengan mixer dan oven untuk mengukis bermacam jenis kuih...


Kakakecik ikutkan plan nak start mengukis malam tadi...tapi entah mengapa kakakecik boleh terlupa....saat nak tidur ni baru teringat...Ya Allah,macam mana la boleh tak ingat untuk mengukis..huhuhu..ni tanda nya kakakecik da tua la yer..huhu..tak pe la malam nanti la kakakecik start..korang tolong ingatkan ye..jeles tau tengok dua sahabat kakakecik, Lydia Miza dan Ayu CR da berbalang balang kuih raya dorang buat..




Thursday, July 25, 2013

BahagiaMu DeritaKu



 

BAHAGIAMU DERITAKU

Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku trima
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku trima
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu

Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Lelaki






Kau fikir kau siapa
Cinta ini kau buang saja
Ku tak perlukan memori
Dan kau tak perlu kembali

Kau fikir ku apa
Siang malam engkau yang punya
Kau datang dan kau pergi
Kau buat aku begini

Oh lelaki
Tak guna ku berikan semua
Banggakah dirimu
Kekasihmu sahabatku
Rupanya selama ini
Dia menaruh hati
Kadang kala aku terfikir
Kau berikannya janji yang sama
Dan kau katakan padaku
Sepuluh tahun yang lalu


Oh lelaki
Tak guna ku berikan semua

Ini rupanya kau balas kembali
Semua yang ku beri
Tak pernah mencukupi
Kau bukan lagi yang aku kenali
Perempuan seperti ku
Tak ingin bersamamu


Dahulu kau bukan begini
Kau hancurkan hati
Ku yakin dahulu
Kau bukan kau bukan kau bukan


Oh lelaki
Tak guna ku berikan semua
Oh lelaki
Tak guna ku berikan semua
Lelaki lelaki
Tak guna tak guna tak guna

(macam kena plak kan...sapa suruh dia tanya...dan kata sesuai bagi dia...haaaaa ambik la ambik saya tuju lagi ni untuk awak..hahahahah)

Wednesday, July 24, 2013

Jom Memasak : Nasi Daging Chef Hanielieza

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
IMG_20130723_192900
Di entry lepas lepas kakakecik ada mention kan yang kakakecik berusaha mencari resepi nasi daging, nak masak untuk mak kesayangan yang tak dapat makan sabtu aritu. Dalam usaha mencari tu dapat la banyak resepi, kakakecik da tatau nak ambik guna pakai yang mana satu. Kebetulan Shireen, anak angkat mak ada komen di entry mencari resepi nasi daging, yang dia penah buat guna resepi nasi daging Chef Hanielieza dan lulus piawaian babanya...dia rujuk ke buku Chef Hanielieza yang sehari satu resipi tu..alamak, camne nie kakakecik takde buku tu dan memang ada juga terlintas nak beli buku resepi tu (sapa yang baik hati nak buat amal di bulan posa nie, sedekah kan la buku tu untuk kakakecik hehehe)..

Okey, nak sedapkan hati..mungkin ada Chef Hanielieza share di blog nya kan…so, apa lagi x mau bazir bazir masa kakakecik mintak pertolongan abang google…keywords “resepi nasi daging chef hanielieza” kalau ada yang masuk ke blog korang tu..kakakecik la yang jenguk tu..Alhamdulillah ada pun Chef tulis di blog nya…nak salin malas..print screen je la…

Okey..misi membuat nasi daging akhirnya terlaksana di Ramadhan ke-14..Jom kita semak resepi yang kakakecik ambik dari Chef Hanielieza.
IMG_20130723_192915
Resepi : Nasi Daging Chef Hanielieza
Bahan-bahannya : (kakakecik buat separuh resepi nie je)
  • 1 kg. daging....potong sebesar 4 inci dan rebus dgn halia sehingga lembut
  • 6 cawan beras bathmati....bersih dan toskan (guna beras biasa je, lepas nie kena beli mak kata untuk hari raya…mak!!!!!!!!!!!!!)
  • 7 cawan air rebusan daging
  • 1 cawan susu cair
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 500 gm tomato cincangkan (kakakecik guna tomato pure)
  • 3 susu besar rempah kurma dibancuh dgn sedikit air
  • 2 sudu besar kismis
  • 5 helai daun pandan ..disimpulkan
  • garam & gula secukup rasa
Bahan tumis
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum buah pelaga
  • 2 labu bawang besar ***
  • 3 ulas bawang putih ***
  • 1 inci halia ***
*** mayang halus atau tumbuk

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker
  2. Tumiskan bahan tumis yang telah dimayangkan.
  3. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air..biarkan wangi.
  4. Masukkan air rebusan daging, tomato sup , susu cair dan daging...biarkan mendidih.
  5. Masukkan daun pandan, garam , gula , beras dan kismis
  6. Pindahkan periuk Rice Cooker dan biarkan nasi masak saperti biasa.
  7. Hidangkan bersama Dalca Sayuran dan Air Asam.
ns daging
Alhamdulillah, walau pada awal tu kakakecik agak gusar tengok nasi tu macam terlebih air..tapi bila da sejuk..xde la lembik sangat..okey okey je la…mungkin sebab guna beras biasa..kalau guna beras bathmati mungkin lebih cantik hasil nya..Okey mak dah suruh beli..tadi dengar2 mak sebut nasi arab plak..demn kena cari resepi nasi arab la plak gamak ya..heheheh…

Opss….tadi masa berbuka kembang skit hidung nie, mukan montot ye…sebab Ali tanya beli kat mana nie…Mak bagitau kak shida yang buat..oooh dia ingat kami beli…hehehe…terima kasih Ali..walau ang tak puji kata sedap, tapi ang bertambah tu tanda nya sedap la kan..hehehe….

Okey kawan-kawan kalau yang mencari2 resepi nasi daging tu..cuba la try guna resepi ini..pasti puas hati…


Tuesday, July 23, 2013

Penuhi Permintaan #Menu Berbuka 14 Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

berbuka14

Sehari lagi kita akan melangkah ke separuh berpuasa di bulan Ramadhan…tup tap tup tap dah hari ke 14 kita berpuasa. Pagi 14 Ramadhan juga kakakecik sekali lagi semput..ini kali ketiga untuk bulan puasa tahun nie…Tak sempat makan ubat pun pagi tadi sebab semput datang saat terakhir waktu kecemasan…huhuhu.Alhamdulillah mampu bertahan sehingga petang walau badan amat tak bermaya…pergi kerja jugak tapi tak de banyak cakap..huhuhu..

IMG_20130723_192805

Okey la berbalik ke menu berbuka untuk 14 Ramadhan…menu lebih kepada untuk memenuhi permintaan. Nasi daging kakakecik buat untuk penuhi permintaan mak yang tak dapat makan nasi daging sabtu lepas.. Dapat jugak kakakecik penuhi apa yang mak nak makan…mungkin ia tak de sesedap di pasaran tapi Ali bertambah la hehehe…Eh, tak kan nasi daging kosong je kan…ada jugak buat air asam tomato dan gulai daging+batang pisang…kakakecik nak wat gulai campur kentang mak tak nak, nak batang pisang. Sejibik macam yang abang on beli…huhuhu..mak nie..

IMG_20130723_193028

Babau plak mak buat untuk penuhi permintaan anak saudara nya, Ali…sanggup tu Ali pegi beli tauge semata-mata nak suruh Long dia buat babau…dan dia pun berbuka di rumah kami.

IMG_20130723_193044

Buah melaka, mak buat di setengah jam terakhir apabila sedar hanya sejenis kuih sahaja yang ada…ikutkan kakakecik nak buat kuih lopeh, tapi mak kata dah tak sempat..Yang paling cepat dan mudah buah melaka je la…pewarna pun hijau tak mau nak hijau sebab mak just guna pandan paste yang kakakecik guna untuk buat kek…

 

pssst : apa menu berbuka korang 14 Ramadhan…

Monday, July 22, 2013

Jom Memasak : Bubur Som Som

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
IMG_20130722_184131
Apa menu berbuka korang tadi???ooo, beli ke buat juadah berbuka tu..kakakecik petang tadi hanya buat bubur som som. Yang lain-lain tu bihun sup, nasi goreng putih, lepat liat inti mak yang buat. Hajat di hati nak buat nasi daging..dah siap beli semua perkakas nya..tapi mak bagitau esok aje la buat..hari nie buat sup tulang…sebab tulang dari semalam lagi rebus…Okey kakakecik tak kisah ikut je…

Memandangkan tekak nie teringin sangat nak merasa menikmati bubur som som..tergoda dengan hasil bubur som som yang kak Yatie buat..Seingat2 kakakecik la pertama dan terakhir makan bubur somsom nie pada tahun 1998…lama kan…masa umo belasan tahun..itu pun makan time bulan posa la di rumah Mak Teh Kak Niroh di Bukit Mertajam…masa tu mana la nak ambik tau sangat apa benda yang makan tu…main telan je…
IMG_20130722_184155
Sekarang ni baru la tau…apa yang kakakecik makan dulu tu orang panggil bubur somsom..eh bubur som som nie sama tak dengan lompat tikam..tadi masa anta ke umah Ngah Nah dan Tok Cik..depa dok tanya apa benda yang kakakecik bagi..jenuh gak la nak terang..bila bagitau bubur somsom dikatakan mereka lepat somsom..last2 bagitau je ala2 lompat tikam tapi dalam resepi tu tulis bubur som som..tak cukup dengan itu siap pesan simpan dalam peti ais..makan sejuk2 baru sedap…
Screenshot_2013-07-22-01-50-09Screenshot_2013-07-22-01-50-38
Okey jom semak resepi yang kakakecik ambik dari blog kak Yatie Sinar Kehidupan..pulun print screen simpan dalam hp…senang je kan sekarang nie…
Resepi : Bubur Som Som
Bahan-bahan A
  • 100 g tepung beras-(kakakecik ikut kak Yatie guna 1 cwn)
  • 100 g tepung jagung-(pun sama ikut sukatan kak Yatie iaitu 1 cwn)
  • 1,750 ml santan (500 ml KARA+ air)
  • 1 sk garam atau secukup rasa
  • sedikit pewarna hijau dan pandan paste
  • 2 helai daun pandan-disimpulkan
SIRAP GULA MELAKA :-(ini kakakecik main taram je)
  • 500 g gula melaka
  • 1/4 cwn gula pasir
  • 1000 ml air
  • 2 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara Membuatnya :
  1. Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan dulu.
  2. Satukan kesemua bahan2 A, tapiskan dan masukkan ke dalam periuk dan gaul rata.
  3. Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup, guna api sederhana dan sentiasalah di kacau rata.
  4. Bila dah masak,tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
  5. Sajikan bersama sirap gula melaka
IMG_20130722_184248
Kakakecik buat tadi dapat la dalam 15 bekas comel2 tu…sanggup p beli hahaa….wana pink lagi tau acuan tu…dapat la agih ke rumah Ngah Nah dan Tok Cik…1 rumah dapat 3 ketul..hehee…berkongsi rezeki…




Jom Memasak : Roti Jala a.k.a Roti Kirai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

IMG_20130719_185914

Ja jala itik jala ayam…eh bukan nak jala itik or ayam la kakakecik ooi..tapi kalau jala ayam ke boleh juga buat kari makan dengan roti jala kan..erm..ada ke orang menjala ayam..tak pernah dengar plak, jala ikan ada la..apa2 je la ye..yang pasti ini entry tertangguh…Jumaat lepas, mak nak buat roti jala..ada sesetengah orang panggil roti kirai…

acuan

So..yang bancuh tepung tu semua mak la..ikutkan yang nak menjala nya pun mak jugak..tup2 acuan klasik yang warna kuning kakakecik baru beli tu tak berapa nak mau kuar tepung nya..(yang lama tatau dok mana, mungkin ada sesapa pinjam la tu)..kakakecik teringat yang kakakecik de beli botol 3 lubang tahun lepas..tak guna2 lagi…dok simpan elok je dalam laci..suruh la mak guna botol 3 lubang tu…sekali mak lak tak reti nak guna…Sapa lagi yang nak selesaikan kerja menjala tu..tak lain tak bukan kakakecik la….Walaupun pertama kali memicit menjala nya..alhamdulillah menjadi pun…Siap kena perli dengan abang on..ye la mak mana la reti guna botol tu,mak dulu2 guna bekas wana kuning je..huuuuuh ye la…

IMG_20130719_185813

Resepi : Roti Jala a.k.a Roti Kirai

Bahan-bahan (roti jala)

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 4 cawan air
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna kuning

Bahan-bahan (kari ayam)

  • Isi ayam (potong dadu)
  • Ubi Kentang (potong dadu)
  • Serbuk kari
  • Santan
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Kulit kayu manis
  • Buah pelaga
  • Bunga cengkih
  • Bunga lawang
  • Daun kari
    Minyak masak
    Garam secukup rasa

rotijala

Cara-cara Membuat Roti Jala :

  1. Blender semua bahan sehingga sekata. Tapis ke dalam bekas yang sesuai. Pastikan adunan tepung tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Jika cair, tambah sedikit tepung gandum. Jika pekat, tambah sedikit air.
  2. Panaskan kuali leper dengan api yang sederhana. Sapu sedikit minyak pada kuali.
  3. Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala dan pusingkan acuan dalam kuali  dari bahagian luar hingga ke bahagian dalam.
  4. Biarkan masak sehingga keperangan, anggaran dalam 1-2 minit, angkat ke pinggan dan lipat dan gulung. (Tak perlu terbalikkan)
  5. Ulang langkah 3-4 sehingga habis adunan. Sesekali sapu sedikit minyak pada kuali.

Cara-cara Membuat Kari Ayam

  1. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.Ketepikan
  2. Panaskan periuk/kuali.Tumis rempah-ratus dan bahan-bahan kisar sehingga keperangan.
  3. Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air. Kemudian masukkan santan.
  4. Masukkan isi ayam dan ubi kentang. Biarkan sehingga masak.
  5. Masukkan garam secukup rasa.

**Ayam boleh digantikan dengan daging.

Selamat Mencuba

 

pssst : apa menu berbuka korang arini, kakakecik macam nak cuba buat bubur som som, tergoda dengan bubur somsom kak Yatie Sinar Kehidupan malam tadi

Sunday, July 21, 2013

12 Ramadhan : Menu Berbuka Ringkas & Ulang Tayang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Hari ke12 di bulan puasa tahun nie, hanya menu ringkas dan kuih nya ulang tayang sahaja. Walaupun ringkas, ayah berselera je makan nasi siap bertambah lagi..Untuk hari ini, mak buat gulai pucuk ubi+ikan bilis (mak teringin nak makan dari semalam lagi) dan kerabu sardin+pucuk janggus.Bagi melengkapkan menu tu kakakecik goreng ayam berempah. Makan panas2 sedap sangat..walau kami bertiga sahaja bersimpang siur jugak la tangan bila nak ambik menu…hehe

12rmdan

Mee yang mak beli dok ada je lagi elok peti ais…so, kakakecik pun goreng la separuh..itu pun tak habis sebab kakakecik sorang je makan tadi..Kuih tak de buat pun petang tadi, just goreng samosa frozen yang masih berbaki beberapa biji tu cukup la untuk kami tiga beranak..

IMG_20130721_192236

IMG_20130721_192156

Alhamdulillah..dengan rezeki yang Allah limpahkan dan berikan untuk kami anak beranak berbuka…

 

Untuk resepi klik RESEPI SAMOSA BLACK PEPPER , RESEPI GULAI PUCUK UBI.. Resepi Mee Goreng tak de la plak…huhuhu..ala mesti korang pun boleh buat kan…lagipun kakakecik main campak2 je…

Mencari Resepi Nasi Daging

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Kakakecik sedang berusaha mencari resepi nasi daging yang sedap tapi mudah dibuat, bagi memenuhi permintaan mak. Kecian mak semalam tak dapat merasa nasi daging yang abang on beli untuk berbuka di rumah Ndak Nah…Mak ingatkan Ndak Nah buat, so mak buat jual mahal la masa orang pelawa.

 

Tup2 kakakecik balik kerja tadi mak bagitau ada beli daging dan tulang…siap rebus lagi…bila tanya katanya nak buat sup..ok la…kakakecik kata esok je la buat bihun sup sebab arini dah plan nak buat mee kuah..tapi bila pikir-pikir esok pun berkuah…cancel mee kuah, buat mee goreng je..Opss berlalut ke mana dah nie…

 

Sebenarnya, kakakecik sendiri tatau pun mak nak makan nasi daging, mak memang tak bagitau.kalau kita nak makan apa2 yang mak wat awal2 lagi dah bagitau kan…merengek mintak mak buat kan..Ini pun kakakecik boleh tau bila sembang2 dengan Tok Cik..kakakecik bagitau mak ada beli tulang dan daging…Tok Cik cepat2 bagitau yang mak nak suruh kakakecik buat nasi daging. Ya Allah mak nie, masa cheq tanya tadi tak habaq…okey la..apa pun kena cari resepi yang mudah, senang tapi sedap..Kalau boleh tak nak guna perencah nasi daging Iman..nak cuba buat perencah sendiri…

 

Kalau kawan-kawan ada resepi nasi daging yang sedap bagitau la ye…Mak...insyaAllah esok cheq penuhi apa yang mak nak tu....

My New Gadget

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

 

Alhamdullillah, khamis lepas dapat pun apa yang di idam kan..walaupun dah ada sebelum nie..nak jugak tambah yang baru..Ye la, hampir 2 tahun hak milik orang lain kakakecik dah buat macam harta sendiri…Huhuhu..kontrak sampai Jun aritu je…So, nak tak nak Julai nie kena la serah kembali kepada empunya yang berhak…

 

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…agak2 korang la kan apa la yang kakakecik baru beli sangat tu…selalu nya kalau benda baru nie orang kata..barang panas kan..tapi yang nie belum panas lagi sebab baru keluar kotak..tunggu minggu depan mesti panas punya la..jangan sampai ada yang melecur pulak sudah la ye..hehehe

 

Dah dapat teka…apa dia…ye betul2 bagi sapa yang dah tengok di Fb dan Instag.. oven

Oven jenama Hanabishi nie tak de la mahal mana pun..tapi kakakecik suka dan jatuh cinta dengan nya..Ye la harga kalau ada offer bawah RM100.00. Nak beli yang besar mahal skit kena tambah dalam RM50 begitu tak nak la..buat apa beli yang besar tapi bila nak buat kek karamel tak boleh jalan 2 biji sekali hehe…

oven2

Ketiga-tiga oven tu jenama Hanabishi, model yang sama jugak kami hadiahkan untuk Kiera Sakura kenduri dia tahun lepas,tapi time beli untuk kiera tu takde offer..hehhee..EH, bukan kakakecik punya ketiga-tiga oven tu…1 oven tu milik Pak Nyang, pak sedara kakakecik..sejak pinjam guna oven dia 2 tahun lepas la yang kakakecik terus jatuh cinta tu..kalau pegi memana mall mesti pergi tengok ada oven jenama hanabishi dan kalau ada offer nak jugak beli..Tahun lepas beli malam raya ke tiga…time tu Pacific Alor Star Mall dah nak tutup pun..kakakecik gigih pulun gak nak beli haha…Awal tahun aritu dah nyaris2 nak beli di Jusco QB…sebab ada offer..siap nak ambik 3 biji lagi untuk adik ilah dan kak ja sekali..tup2 bila konpius tang harga, gatai mulut tanya salesman tu…dia p scan harga da mahal..harga yang depa display tu harga offer masa tahun baru cina…memang geram gak la..tak pasal2 kena sound salesman tu..hahaha…dari nak ambik 3 biji…satu pun kakakecik tak beli…Insya Allah, harap oven hanabishi nie dapat la memberi khidmat yang memuaskan untuk kakakecik.

 

 

psst : kakakecik tak keseorangan membuat kuih raya tahun nie..adik balik cuti 2hb…yehaa

Saturday, July 20, 2013

Jom Memasak : Samosa Black Pepper

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Salam 11 Ramadhan…

 

Samosa selalu nya orang buat dan yang kita dok nampak tiga segi je kan…kalau panjang dipanggilnya popia…Tapi kalau mai mood malas nak lipat 3 segi balut je macam popia janji inti dalam nya inti samosa…Tu bagi sapa yang malas dan tak berapa nak rajin sangat la..

 

Kekonon nak buat samosa frozen..senang dan mudah kalau balik kerja lewat skit tak sempat buat kuih goreng je samosa tu kan..Ingat dihati Dik Ilah nak jugak bawak balik Ipoh…Namun apa kan daya, Selasa malam Rabu yang lepas mata semua mintak bantal..mengantuk tak boleh nak lipat samosa dengan kuantiti yang banyak..Dapat la Dik Ilah bawak balik habuan 2-3kali goreng.

 

Dan, petang semalam..kakakecik rajin diri sedikit untuk melipat samosa 3 segi (habiskan stok kulit popia yang telah digunting, tak baik membazir). Kak Ja plak katanya balut je macam popia…mudah kata dia..ikut suka dia la…dia nak dia balut..Kakakecik nak buat 3 segi punya…namo derhaka derhaka okey…

 

Resepi..mudah ringkas sahaja inti nya….renyah bab nak lipat 3 segi popia tu sahaja…naik hangin jugakla sebab dok cuba 2-3 kali lipat tak mau nak menjadi..dah la kulit popia yang beli tu lembut..huhuhu..tak macam yang biasa guna sebelum nie….sekali lagi tak baik membazir mau tak mau kena juga guna kulit popia besar yang beli 2 bungkus itu…Jom kita semak resepi samosa kakakecik..

samosa

Resepi : Samosa Black Pepper

Bahan-bahan :

  • Kulit popia saiz besar (digunting 3)
  • Kentang – dipotong dadu
  • Lada Hitam – terpulang kalau suka pedas2 letak la banyak
  • Bawang besar – dipotong dadu
  • Daging / Ayam Kisar (kakakecik guna stok daging di umah dan kisar sendiri)
  • Garam secukup rasa
  • Sos Tiram
  • Bawang putih – cincang halus
  • Sedikit Minyak untuk menumis
  • Air

Cara-cara membuat Inti :

  1. Kentang dan bawang besar di potong dadu. Ketepi kan.
  2. Kisar lada hitam, ketepikan juga.
  3. Panaskan minyak.  Tumis bawang putih sehingga naik bau wangi.
  4. Masukkan sos tiram, lada hitam yang telah dikisar dan sedikit air.
  5. Seterusnya masukkan daging, kacau sehingga daging tidak berketul.
  6. Kemudian, masukkan kentang, bawang besar, garam serta air.
  7. Masak dengan api sederhana sehingga kering dan kentang empuk.
  8. Dah siap inti..Biarkan ia sejuk sebentar.

 

Cara Melipat : (ini yang lemah nie)

  1. Ambik kulit popia. Potong 3 bahagian. Kiranya 1 keping kulit popia yang besar tu akan dapat 3 keping. (jangan jadi macam kakakecik p gunting 2…dah rugi, itu la buat time bulan posa je..habis hilang skills nya..hehehe..skills la sangatkan)
  2. Seterusnya, ambik satu keping kecil kulit popia. Masukkan inti. Lipat-lipatkan biar jadi bentuk segitiga. Selitkan yang bahagian ujung tu di dalam mana2 bahagian yang boleh. Buat sampai habis. (kakakecik mudah sahaja, buat kelongsong macam nak buat ketupat, hehehe)

Sudah siap semua. Nak goreng waktu berbuka terus pun boleh..kalau buat waktu malam boleh frozenkan dan goreng la bila2 nak..Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana panas.

Friday, July 19, 2013

Jom Memasak : Pajeri Nenas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

pjeri nenas

Buat pertama kalinya kakakecik cuba buat pajeri nenas. 2 hari lepas ada chat dengan sahabat lama nie, dia ada tanya pandai tak buat pajeri nenas..jujur kakakecik gitau dia tak pernah buat, biasa buat pajeri terung je.Dia kata memang la utara terung…selatan nenas..So, dia mintak kakakecik buatkan pajeri nenas, arini kakakecik memenuhi permintaan dan impian sahabat kakakecik yang nak pajeri nenas. Walaupun dia tak dapat makan tapi bila kakakecik buat pajeri nenas dia dah menghargainya. Kata nya pajeri nenas nie sentimental value untuk dia.

 

Untuk tidak menghampakan harapan dan impian nya kakakecik pun buat la skit..boleh jugak dijadikan juadah berbuka kami sekeluarga. Kebetulan mak ada beli nenas pagi tu, apa lagi dapat la buat…Jom kita semak resepi nya…

pajeri

Resepi : Pajeri Nenas

Bahan-bahannya :

  • 1 biji nenas sederhana
  • 2 sudu gula merah (atau secukup rasa)
  • 1 sudu gula pasir
  • 2 sudu kerisik
  • 1 cawan santan
  • 2 sudu rempah ikan
  • 1 camca teh pes asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air

Bahan Tumis :

  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga

Bahan Kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • Sedikit udang kering, rendam 15 minit dan toskan
  • 1 biji buah keras, hiris

nenas

Cara Membuatnya :

  1. Kupas nenas, buang mata keranjangnya dan potong bulat sederhana tebal. Hiris penjuru hujung nenas tapi tak perlu terputus. Rebus sekejap dan kemudian toskan.
  2. Bancuh bahan kisar halus dengan rempah kari hingga menjadi pes. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumis hingga garing, masukkan pes rempah dan tumis hingga pecah minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tambah pes asam jawa, kacau dan tuang pati santan. Lepas tu boleh la masuk kan gula pasir dan gula merah serta garam secukup rasa.
  4. Masukkan kerisik, kacau dan masak hingga mendidih (jika perlu tambah sedikit air). Masukkan nenas. Gaul rata dan masak dengan api kecil hingga pekat. Bila kuah dah pekat dan nenas lembut. Apa lagi tutup api dan hidangkan untuk makan le ye..hehe

Selamat Mencuba.

 

psst ; sahabat, ini je mampu shida buat dan hasilkan..rasa dan rupanya tatau la sama ke tidak macam mak kamu buat..

Berasaskan Kentang # Menu Berbuka 10Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

10 Ramadhan…bermakna telah berlalu fasa pertama di bulan Ramadhan..cepat sahaja terasa, masih banyak yang belum dilaksanakan,huhuhu…Memandangkan hari nie cuti, masuk dapur awal sejam daripada biasa..walau pada pagi hari badan agak lemau…nak buat kerjaa pun agak malas…dok lepak dalam bilik je..Untuk juadah berbuka 10 Ramadhan..kuih adalah yang berasaskan ubi kentang…kebetulan semua nie tak rancang pun..Mak dari semalam lagi nak buat roti jala, tapi acuan kuning yang selalu guna ntah di mana letak nya…dan inti samosa masih banyak ada dalam peti ais…beberapa malam lepas tak mampu nak balut lipat samosa..petang tadi lipat balut untuk berbuka ari nie je..takde wat frozen pun…

IMG_20130719_185914

samosa

Selain 2 jenis kuih nie, mak ada buat gulai ikan nyok-nyok campur biji cempedak, bakar ikan kembung dan kakakecik ada jugak buat pajeri nenas untuk di makan dengan nasi..Pajeri nenas tu permintaan seorang sahabat kakakecik..

pjeri nenas

Alhamdulillah ini la rezeki kami hari nie…dapat jugak berkongsi dengan jiran bawah umah…Resepi nanti kakakecik share ye..

Tuesday, July 16, 2013

Menu Berbuka 6Ramadhan dan Sahur 7Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 berbuka

6 Ramadhan…balik kerja awal skit pukul 5 dah sampai rumah…rehat2 sebentar pukul 6 baru masuk dapur start masak..Kakakecik bagitau mak nak wat kuih abuk-abuk..okey mak ON..adik ilah plak nak makan bihun hailam..suruh dia buat sendiri takmau..last2 kakakecik yang kena buat…huhuhu…2 jenis je kami masak..murtabak dan samosa beli..hehehe…

sahur

Untuk sahur, kami dah decide nak buat nasi minyak sahaja..ini pun plan masa dok masak waktu berbuka..hehee..mak buat nasi minyak,kakakecik buat sambal bilis, telur dadar dan juga ikan bilis goreng..Sambal ikan bilis tu saja la kakakecik wat ala2 orang dulu buat…sambal bilis tak goreng.kakakecik suka sambal ikan bilis begini…Kenapa mak yang masak nasi minyak???? Sebab kakakecik punya nasi minyak tak sama taste nya dengan mak buat….huhu..sedap yang mak buat lagi..bertambah tau sahur tadi..harap ada lagi nasi tu boleh la makan untuk berbuka nanti..hehehe…alamak time sahur tadi mak n dik ilah tanya mana daging masak merah..soriiiiiiii terlupa yang mak dan dik ilah mintak buatkan..dorang tak makan lagi daging masak merah yang kakakecik buat….sapa suruh bagitau awal sangat…okey petang nie kak buat ye…opps cempedak goreng pun ada jugak..mak memang suka wat cucuq time makan sahur..dulu mak tak makan nasi..makan cucuq je…

 

p/s : selamat mencuba ye eliani buat nasi minyak ala mak long hehehe

 

psst : hari nie mesti ada mee goreng sebab moreh malam nie turn umah…

Habis Berbintat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Ada orang komplen la asyik ambik dan post gambar makanan je..Itu je mampu ingat saja2 tayang ke,sekurang2nya gambar makanan tu boleh bagi ilham kepada orang lain untuk masak jugakk, huhu apa da..tapi jangan plak ada yang komplen asyik ambik dan post gambar Ainur Sorfina je..Arrgh biar ahh jangan jeles..itu je anak menakan yang ada di rumah sekarang nie..Hahaha..

 ainur1

Kecian dengan Sorfina, 2 malam tidur di rumah tok dah habis berbintat merah badan nya..dan paling sadis kat muka dan mata habis bengkak..huhuhu..dah tu buat muka macam nak marah..tatau la jugak sebab apa…dok syak nyamuk la..tapi itu la dah spray pun bilik sebelum masuk tido…yg pelik dia je dok kena gigit…ibu dia riso gak alergic makan apa2 ke…

ainur2

Tapi semalam ibu nya dah mintak kakakecik belikan MOPIKO..so dah letak la kat tempat2 bintat tu..harap dah okey la skit…tak pasal2 malam tadi Sorfina kena tukar bilik..hahaha tak tidur sebilik dengan Ateh da..sebab bilik yang kami tidur tu ada bilik air…

 

psst : picture last dia kena tipu…tak mau sangat tengok camera, sekali sebut achu 2-3x baru dia nak tengok camera..pastu kelam kabut cari achu nya..hahaha..sowi sopina

Monday, July 15, 2013

Jom Memasak : Kuih Abok-abok a.k.a Tepung Gomak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bersemangat malam nie nak update pasal kuih abok-abok (abok abok or abuk abuk ye ejaan nya) a.k.a tepung gomak nie, walhal ada banyak lagi entry lain sebelum nya..kenapa la eksited bukan main nie kakakecik ooi. Yela pertama kali kot buat kuih nie pastu menjadi lak.Ayah kata sedap, dah boleh kawen..Uwaaa…dan dan kata mak yang wat..hehehe..

Kalau sahabat kakakecik Lydia Miza menggunakan tepung kacang hijau sebagai saduran nya. Kakakecik juga tradisi punya style..hehe..kacang hijau yang disangai hingga keperangan pastu di tenyeh2 dengan lesung batu, tampi buang kulitnya baru blender sampai halus.hehhee..tu mak yang ajar..mak kata orang dulu2 buat macam tu…
proses tepung gomak
Resepi nie, kakakecik takde la tengok di mana2..tak de sukatan khas pun sebab main tuang je tepung dalam bekas dan letak air adun ikut lembut yang sesuai. Jom kita tengok resepi tepung gomak (abuk2) yang kakakecik buat..

Resepi : Kuih Abok-abok a.k.a Tepung Gomak
Bahan Inti:
  • 2 cawan kelapa parut
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/4 air

Bahan Kulit:
  • 150 gram tepung pulut
  • 1/2 cawan air
  • sedikit garam

Bahan Sadur  (75 g kacang hijau - digoreng tanpa minyak hingga keperangan, dikisar & diayak.)


Cara Membuatnya:
  1. Untuk membuat Inti : Satukan semua bahan di dalam kuali. Masak sehingga air kering. Ketepikan & biar ia sejuk.
  2. Panaskan periuk yang mengandungi air.
  3. Sementara menunggu air mendidih, kita uli doh ye (jangan bazirkan masa..tadi tak pasal2 nak kenal berleter dengan mak). Uli tepung yang tepung diletakkan sedikit garam dengan air sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh dan adunan tidak melekat. (seperti membuat doh buah melaka).
  4. Bentuk2 kan bulat inti supaya mudah untuk diletakkan atas doh kulit.
  5. Ambil doh sebesar bola pingpong, bulat dan leperkan tepung, masukkan inti ditengahnya dan bulatkan semula. Leperkan sikit .
  6. Seterusnya  apabila air telah mendidih, masukkan doh yang telah dintikan dan dibentuk tadi. Tunggu sehingga ia timbul (macam buat buah melaka juga la)
  7. Kuih dah timbul, tunggu apa lagi cedok dan toskan dengan penapis. Jangan tunggu lama2 terus sadurkan ia dengan kacang hijau yang telah dikisar. (boleh juga guna tepung kacang hijau yang tersedia jual di pasaran macam Lydia Miza guna)
tpg gomak
Selamat mencuba.
psst : mak kata puas makan malam nie sebab dah boleh buat sendiri kuih kegemaran ayah

Jom Memasak : Keow Teow Kerang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Jumaat weekend lepas ada beli 2bungkus keow teow dan jugak kerang. Keow Teow plan awal nak buat koew teow hailam, memang buat pun tapi hanya 1 bungkus sahaja. Kerang plak plan nak buat kerabu dengan tauge, tapi tak jadi buat kerabu tauge. Dah ayah bawak balik pucuk putat, so buat pucuk putat je la..Tauge guna untuk buat inti Babau..

 

Dah alang-alang ada sebungkus lagi keow teow dan jugak sedikit kerang yang lebih buat sambal kerang tu kakakecik teringin nak makan keow teow kerang. Dah lama kot tak buat keow teow kerang, selalu buat keow teow letak udang je…

 

Apa lagi, bermula la proses campak mencampak bahan ke dalam kuali..campak campak pun alhamdulillah rasa nya cukup rasa walau berpuasa…Okey kat sini kakakecik nak share la resepi keow teow kerang campak kakakecik.

ktw kerang

Bahan-bahan :

  • Keow teow (harus la keow teow kan)
  • Cili Kisar
  • Kicap, sos cili, sos tiram.
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Tauge
  • Daun Kucai
  • Telur (pastikan dibasuh)
  • Kerang yang telah direbus dan kupas kulitnya (tak kan nak masak sekali kulitkan)
  • Sedikit isi ayam
  • Bawang putih dan bawang merah (bahan tumis)
  • Minyak untuk menumis
  • Kicap pekat untuk salut (gaul di keow teow)
  • Carrot, Tomato (saja suka suki letak walau tak makan sangat)

Cara-cara membuatnya :

  1. Gaul sedikit kicap pekat pada keow teow. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumiskan la dulu bawang kecik, bawang putih sampai la garing sedikit. Bila dah garing dan berbau wangi, baru la masukkan cili kisar, sos tiram, sos cili dan kicap serta sedikit garam. Sampai la pecah minyak.
  3. Seterusnya masukkan kerang dan isi ayam. Biarkan sehingga ayam masak.
  4. Masukkan keow teow. Kacau sampai sebati. Masukkan tomato dan carrot.
  5. Last sekali, tutup api dan masukkan scramble egg, kucai serta taugeh.
  6. Sedia untuk dihidang. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng dan cili merah potong.

 

Selamat mencuba..

 

psst : tetiba teringat plak keow teow udang siap kopek kulitnya pada tahun lepas..teringat keow teow je bukan tuan nya

Menu Berbuka # 5 Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Semalam, menu berbuka kat rumah semua nya buat sendiri..empat jenis juadah yang kami buat..kakakecik da plan nak buat keow teow kerang, mak plak riso ikan yang dah rebus tu tak sedap so mak suruh buat laksa kuah lemak. Dik Ilah plak teringin nak makan cucur udang c/w kuah kacang. Tepung bungkus tu mak buat sebab 5 hari posa nie tak buat lagi tepung bungkus..Ayaq plak ada 3 jenis, ayaq oren, ayaq nyok dan ayaq hijau fanta..jenuh la makan…eh buat banyak2 ni kakakecik agih semangkuk dua ke jiran bawah dan tepi rumah..Bukan sapa pun depa, adik beradik sendiri je..

buka5   

Kami berbuka 5 orang, Mak Ayah, Kakakecik, Adik Ilah, Adik Pikah dan sepupu kakakecik, Ali..Eh terlupa plak Sorfina pun berbuka sama..sibuk jugak dia macam orang lain..nak sudu garfu..hehehe..

 

psst : apa menu berbuka hari nie ye…tatau lagi..tapi yang pasti dah order murtabak 2biji..hehehe