Coretan Terbaru KakakeciK

Thursday, February 10, 2011

Posisi Tidur

POSISI TIDUR111

Assalamualaikum…Selamat malam semua…memandangkan hari dah malam meh sini shida nak kongsi pasal posisi tidur…shida teregat kisah 5-6 tahun lepas kisah zaman muda remaja..zaman study dulu…

“ Akak malam tadi kan kita kena tindih la masa tidur…kita rasa sesak nafas nak nyawa tak lepas..”

Ex-roomate shida nie suka sangat tidur meniarap..ada 1 malam tu dia rasa macam kena tindih dgn 1 benda….tak pasti la kan benda apa tu yang pasti bukan manusia…bukan aje ex-roomate shida je suka tidur meniarap…

Adik shida sendiri pun tidur meniarap sekali dia dok cerita dengan tunang dia…kena marah..sebab apa tidur meniarap nie tak elok boleh mati mengejut sebab kesukaran bernafas yang boleh menganggu jantung dan otak …(shida memang tak tidur meniarap kalau la shida tidur meniarap mau lagi semput time tidur tu)….APA YANG PENTING DI SNI SEBENARNYA tidur posisi MENIARAP INI DILARANG di dalam ISLAM…

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya." (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

So…QASEH cayunk lepas ni jangan lagi tido MENIARAP ok…bukan aje x baik utk payudara tp jugak untuk kesihatan….

qash

Kalau gitu cayunk qaseh jangan amal kan lagi tau…ubah la posisi tidur bagaimana yang disarankan ini…

TIDUR MENGIRING KE KANAN

Sebab apa ini lah posisi tidur yang terbaik kerana paru kiri lebih kecil berbanding paru kanan..sekaligus menyebabkan jantung kita menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut kita akan bertenggek di atas nya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Alhamdulillah shida selalu tidur dengan posisi di atas sebelum nie shida lebih suka tidur terlentang dan mengiring ke kanan…tetiba bila borak2 dengan seorang kawan bab tido dia bagitau shida posisi tidur yang betul…

Tidur mengiring ke kanan ini jugak merupakan cara tidur Nabi Muhammad SAW di mana Nabi saw akan tidur mengiring ke sebelah kanan kemudian, beliau berbalik bertumpu sedikit pada sisi kiri, supaya dengan begitu proses pencernaan lebih cepat karena condongnya lambung di atas hati. Kemudian beliau kembali tidur bertumpu pada sisi kanan lagi, agar makanan segera larut dari lambung jadi posisi permulaan dan posisi terakhir tidur bertumpu pada sisi kanan.

tdur sapa nie

Bukan sebab apa tidur terlentang nie akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka meneletang disebabkan regangnya rahang bawah.. Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara...Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.


Kalau kita tidur mengiring ke kiri plak….tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Apa yang penting sebelum tidur…ambik wuduk…baca doa tido…sapa tatau sila tanya ustazah SUNAH

selamat malam semua…tidur tu lasak2 sangat ok...t terjatuh katil plak....



8 comments:

fami said... [Reply]

kena tindih takde kaitan sgt kut dgn posture tidur kan.....

klu dah nak kena, tidur camana pun kena gak.

cuma klu kita cuba fikir sama2, mana2 objek yang dalam keadaan mengiring, baik ke kiri atau ke kanan, bila ditindih, dia tak cepat rosak.

tak caya? cuba cari dua kotak koko krunch kosong yang bertutup elok, yang satu kita telentangkan, tindihkan dengan henfon di tengah badannya selama 10-30 saat.

yang satu lagi, sekarang kita cuba buat perkara yang sama dengan kita miringkan dia.

mana yang lagi rosak? =)

aDisH.sHidA said... [Reply]

@famitakde kotak koko crunch la..sebab shda tak makan bijirin gtu hehe....awk di sini shida nak kongsi tentang posisi tidur yang seelok2nya..hehe...itu je :P

AdyBudika said... [Reply]

tido tonggeng??? ade??

Mr.Kerro said... [Reply]

ish..byk gak dgr kes kne tindih..btl ke mmg kne tindih dek something?..uish!

man yusoef said... [Reply]

so far mmg tak pernah tido meniarap...tak selesa kot...hehe

aDisH.sHidA said... [Reply]

@AdyBudika kalau budak2 tido tonggeng tu budak tu ada penyakit cacing..kalau org tua tatau la hahahaa

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Mr.Kerro tatau la mr kerro sebab shda sendiri pun xpenah kena tindih tp berdasarkan pengalaman kawan2 cerita mcm ada benda la...mak shida sendiri pun penah kena jenuh gak nak baca ayat-ayat suci...

aDisH.sHidA said... [Reply]

@man yusoef bagus la kalu cmtu man....shida sendiri pun xpenah tdo meniarap kalau ada pun tdo kejap bukan lena time kena sengugut hahahaa sebab nak tekan perut